6 sebab mengapa kita perlu ada sehari tanpa telefon pintar
TIDAK dinafikan telefon bimbit atau smart phone adalah alat pertama yang akan dicapai setiap pagi sebaik sahaja bangun dari dan yang terakhir ditatap sebelum tidur.
Sepanjang hari pula, kebiasaannya kita terus-menerus melayari pelbagai laman dan aplikasi sama ada dengan menggunakan tablet, komputer, televisyen ataupun smart phone kita sendiri. Ia seolah-olah tidak pernah dimatikan langsung.
Selagi ada bateri selagi itu la kita akan menggunakannya dengan pelbagai perkara. Betul tak?
Disebabkan itu, penyanyi Hollywood yang berasal dari Amarika Syarikat (US), Alicia Keys baru-baru ini dilihat berusaha untuk mengawal mentaliti sedemikian dengan memperuntukkan hari tanpa teknologi, sehari dalam seminggu.
Namun, seperti apa yang dijangka ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan tambahan pula dalam menjalani kehidupan seharian kita amat-amat memerlukan telefon bimbit.
Ia jelas membuktikan kita sangat bergantung kepada peralatan tersebut sehingga jika tidak menggunakannya lebih-lebih lagi sepanjang hari, bukanlah satu perkara yang mudah.
Namun, jika korang menimbangkan untuk melakukan ‘digital detox’ atau tempoh tanpa teknologi, kita juga boleh memulakan secara berperingkat.
Apa yang penting cuba dahulu!
Memetik laporan portal Independent, kita mungkin boleh memulakan dengan tidak menggunakan teknologi selama beberapa jam terlebih dahulu sebelum cuba meninggalkannya dalam tempoh seharian.
Langkah itu mungkin agak berat untuk dilakukan tetapi berikut adalah sebab mengapa kita amat perlu cuba memperuntukkan hari bebas teknologi, sehari dalam seminggu.
1. Lebihan masa
Sosial media sebenarnya telah ‘mencuri’ banyak masa kita dan kebanyakan pengguna yang menggunakan aplikasi laman sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter TikTok dan lain-lain lagi.
Buktinya, korang perasan tak sedang kita lega melayari aplikasi tersebut, tahu-tahu sudah dua jam berlalu begitu sahaja tanpa kita menyederinya. Betul tak?
Pupuk minat membaca bukan sekadar guna buku, cara dan teknik yang tepat sangat membantu
Dalam masa dua jam sebenarnya banyak perkara yang kita boleh lakukan. Sebagai contoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka juga mengambil jangka masa yang hampir serupa. Cukup lama bukan?
Oleh itu, cuba elakkan diri daripada memeriksa akaun media sosial korang terlalu lama dan ada lebih banyakkan masa untuk hobi baharu atau masa dengan duduk bersahaja atau membaca buku.
2. Bantu untuk dapatkkan tidur yang berkualiti
Kita semua tahu bahawa perlunya mematikan telefon bimbit satu atau dua jam sebelum tidur.
Namun, siapa antara kita yang melakukan demikian?
Selamat menyambut Hari Tidur Sedunia! Jom tidur!
Kajian menunjukkan bahawa penggunaan berlebihan teknologi mungkin menyebabkan masalah tidur seperti apa yang dilaporkan oleh Independent.
Jadi, hadkan waktu menggunakan telefon, walaupun setakat satu hari dalam tempoh seminggu dan ia boleh meninggalkan kesan positif ke atas mutu kualiti tidur kita.
3. Pertingkatkan keseimbangan kerja dan kehidupan
Khususnya jika kita bekerja dari rumah, keseimbangan kerja dan hidup seakan sukar dicapai.
Dengan dapur kita kini menjadi pejabat, semakin mudah untuk kita menghabiskan kerja di luar waktu kerja biasa.
Sehari tanpa teknologi, mungkin pada hujung minggu, boleh membantu memperbaiki keseimbangan hidup dan kerja serta mengurangkan kecenderungan untuk kerap memeriksa emel.
4. Kurang tekanan
Dengan telefon bimbit sentiasa melekat pada tangan, kita sentiasa maklum tentang berita-berita yang berlaku di sekeliling kita.
Ini mungkin memenatkan, khususnya jika emosi kita sering terjejas dengan perkara buruk yang berlaku di dunia.
Langkah untuk berehat daripada kitaran berita yang tidak berhenti mungkin membantu mengurangkan paras tekanan.
Ia juga membantu kita berasa lebih segar apabila korang menghidupkan kembali telefon selepas ia dimatikan dalam tempoh masa yang panjang.
5. Hapus masalah tengkuk tegang
Sakit tengkuk yang timbul kerana terlalu lama menggunakan komputer riba atau menggunakan telefon bimbit disebabkan otot yang tegang kerana terlalu lama menunduk.
Langkah tidak menggunakan teknologi seketika boleh memberi ruang untuk memulihkan tengkuk dan bahu dan kita juga boleh menggunakan waktu itu untuk melakukan regangan otot supaya membantu melegakan kesakitan itu.
6. Buktikan pada diri
Tiada jalan pintas untuk melakukannya. Meninggalkan teknologi memang bukan mudah.
Namun, jika korang berjaya melakukannya, meskipun gagal dalam percubaan sebelum ini ia akan membuktikan bahawa sebenarnya kita tidak bergantung sepenuhnya kepada teknologi.
Malah, ini akan membuatkan kita bangga dengan diri sendiri!
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Sumber : mediacorp
20 Comments
Ada satu hari tidak guna hp langsung, memang rasa banyak masa dan banyak kerja dapat dilakukan.
ReplyDeletesetuju
ReplyDeleteBetul ni. Rehatkan mata dan fikiran juga.
ReplyDeleteSekarang ni kerja pun kena mengadap phone selalu sebab Whatsapp..sebab tu weekend kena usaha juga jauhkan diri dari phone tu :)
ReplyDeleteklu mak-mak mcm sy ni bila kt umh phone dh tak hirau kat mana... ada kala kena serbu kat anak...
ReplyDeletehari cuti boleh cuba 'digital detox'..hari kerja, hp ni sangat perlu, utk komunikasi dgn klien, kdg2 kena marah kena bos sbb lambat tengok whatsapp..lmbt reply..huhu..
ReplyDeleteSy pernah try jgk ni sehari tanpa henpon.. Rasa x keruan dibuatnya 😅😅
ReplyDeleteAgak susah bagi saya hahaha tapi boleh cuba. Belum cuba belum tahu hehehe. Bagus jugak sehari tanpa telefon sebab boleh restkan mata.
ReplyDeleteGUNAKAN TIKA PERLU SAJA
ReplyDeletePayah jugak untuk saya sehari tanpa hp. Kerja partime saya memang banyak guna hp.
ReplyDeleteMaybe one day boleh cuba buat 😊
alhamdulillah, mostly masa saya tidak bersama hp
ReplyDeleterasa mcm susah tapi byk kebaikkan kan hehe
ReplyDeletesusah niiiiiii...... sbb rasa mcm phone kenaaaaaa ada
ReplyDeleteSaya setuju. Memang ada masa kita kena buat digital detoxing supaya ada ruang untuk imbangkan balik hidup 😊
ReplyDeleteBoleh je... Saya dah pernah cuba... Rasa macam relax plak sehari tak fikir pasal Phone...
ReplyDeleteYa agar sukar jika ia menjadi habit harian kita. Insha Allah, akan memperbaiki diri :)
ReplyDeleteso far pernah buat social media detox je. dah 6 bulan. no fb, twitter etc. Cuma blog je susah tinggal sebab ramai kawan kat sini. sayang pulak
ReplyDeleteSelalu masa charging je tak pegang hp.. hehehe.. Memang shutdown terus waktu charging tu..
ReplyDeletesebenanrya semua tu betul abe.. tapi.. hmm boleh ke mama bertahan sehari xde henpon hmmm
ReplyDeleteSokong. Tapi tu lah, benda dah terbiasa. Hari² mahu pegang telefon. Dari hudak² sampai ke orang tua. 😅😅
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.