7 makanan sahur buat anda kenyang lebih lama
PADA minggu pertama bulan Ramadan, ramai daripada kita biasanya akan berasa lemau dan tidak bermaya kerana tubuh masih dalam proses membiasakan diri dengan perubahan yang sedang berlaku.
Disebabkan itu juga, ketika waktu sahur, ramai yang akan memasak pelbagia jenis lauk dengan harapan rasa kenyang dapat bertahan sehingga waktu berbuka puasa.
Bagaimanapun ramai tersilap, sebaliknya tetap berasa lapar meskipun belum separuh hari berpuasa.
Sebenarnya terdapat pelbagai makanan dan bahan boleh digunakan yang lebih memberi manfaat terutamanya membuatkan seseorang berasa kenyang lebih lama.
Berikut adalah tujuh makanan yang boleh membuatkan rasa kenyang lebih lama;
1. Kentang rebus
Kentang rebus atau yang dipanggang sangat padat dan kaya vitamin C serta beberapa nutrisi sihat yang lain. Kajian yang dilakukan Satiety Index juga memberikan skor tertinggi kepada makanan itu sebanyak 323.
Ia adalah makanan paling efektif untuk mengurangkan nafsu makan berbanding makanan lain serta lebih mengenyangkan. Jadi ia cukup sesuai dimakan ketika sahur.
2. Oat
Serat merupakan komponen makanan yang penting selain ia membantu mengawal kadar gula dalam darah dan kolesterol. Paling penting ia mengenyangkan.
Bagi menambah keenakan ketika menikmati oat semasa sahur, cuba tambahkan madu atau buah-buahan bagi menyedapkan lagi hidangan tersebut.
3. Susu rendah lemak
Susu rendah lemak antara minuman yang dapat meningkatkan rasa kenyang termasuk produk lain seperti yogurt dan sebagainya.
4. Telur
Telur adalah sumber protein, vitamin dan mineral yang sangat baik dan sekali gus membuatkan rasa kenyang lebih lama. Atas sebab itu, ramai makan telur ketika sarapan.
Kajian dilakukan International Journal of Food Sciences and Nutrition pada 2011 dengan memberi peserta makanan seperti telur dadar, kentang panggang dan sandwich ayam.
Selepas empat jam, peserta yang memilih telur dadar masih berasa kenyang.
5. Ikan
Ikan kaya dengan omega-3 yang merupakan lemak yang baik untuk manusia serta meningkatkan rasa kenyang selain ia boleh dimasak dengan pelbagai cara dan cukup menyelerakan.
6. Daging
Seperti ikan, daging lembu tanpa lemak merupakan pengganti kedua terbaik selepas ikan. Ia bukan sahaja meningkatkan sumber protein tetapi juga dapat membuatkan rasa kenyang lebih lama.
7. Sayur-sayuran
Pelbagai jenis sayuran mempunyai vitamin, mineral yang cukup berkhasiat selain rendah kalori serta mengandungi air lebih banyak.
Kelebihan ini yang membuatkan sayur-sayuran adalah pilihan yang lebih baik untuk membuatkan rasa kenyang lebih lama terutamanya ketika bersahur.
17 Comments
Terima kasih Abam Kie share makanan yang bagus untuk sahur boleh la perut ini tak keluar angin selalu hehe
ReplyDeletemasa sahur mesti nak makan nasi..
ReplyDeletememang kene utamakan makanan bersahur yang tahan lama rasa kenyang.
ReplyDeletekentang rebus sedap
ReplyDeleteKadang pening jugak nak mempelbagaikan hidangan sahur ni
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeletethanks for sharing. saya sahur memang tak boleh tinggal nasi dan kurma. pastu air bergelen-gelen. menarik idea kentang rebus tu
ReplyDeletesaya sahur dengan apa yg ade jer, kadang2 makan buah kurma jer, jadilah
ReplyDeleteCabaran waktu sahur ni nak cari mood nak makan tu.
ReplyDeleteuish.. kentang tu menarik..
ReplyDeleteseeloknya amkan ni lagi bagus kan.. perut pun tak terlalu penuh mcm makan nasi
ReplyDeleteand yg penting, air bykkk hehehe
ReplyDeleteTak lalu lah nak makan berat waktu sahur.
ReplyDeletewahhh.. terima kasih share
ReplyDeleteproduk iks
cara buat kerepek pisang
ikan segar
keperluan dapur
mmg kena mkn berat masa sahur.,
ReplyDeletemasa buka mkn ala kadar je., ;p
Saya makan sayur cukup 5,6 suap saja. Makan roti saja pun sudah cukup. Biasanya kalau sahur bahan menu yang ada berasaskan telur atau kentang.
ReplyDeleteterima kasih share ilmu yg berguna
ReplyDeletedoa selepas solat
kelebihan surah al mulk
menyambut kelahiran bayi
aqiqah di kemboja
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.