Jika tersedar semasa sedang tidur dan waktu solat Subuh belum masuk, elok bangun berwuduk, kemudian tunaikan solat sunat tahajjud dua rakaat. Solat tahajjud boleh ditunaikan dua rakaat, empat, enam, lapan dan seterusnya.

LAFAZ NIAT

أصلي شئة الجد ركعتين لله تقالی 

 

Maksudnya: "Sahaja aku sembahyang sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Taala

SELEPAS MEMBACA SURAH AL-FATIHAH. BACA SURAH BERIKUT:

Rakaat pertama Surah al-Kafirun.

Rakaat kedua: Surah al-Ikhlas.

Boleh juga dibaca mana-mana surah daripada al-Quran

SELEPAS MEMBACA TASBIH PADA SUJUD KEDUA DALAM RAKAAT TERAKHIR, BACALAH DOA BERIKUT 3 KALI

رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق، واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا.

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang berat lag mulia serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku daripada sisi-Mu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku." (Riwayat al-Tirmizi)

SEBAIK SELESAI SALAM, BACALAH DOA YANG DIBACA OLEH RASULULLAH SAW INI:

اللهم اجعل في قلبي نورا، وفي بصري نوژا، وفي شمعي نورا، وعن يميني نورا، وعن يساري نوژا، وفوق نوزاء وتحتي نورا، وأمامي ثورا، وخلفي نورا، واجعل لي نوژا

Maksudnya: "Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya pada lidahku cahaya dan jadikan pada pendengaranku cahaya serta jadikan pada penglihatanku cahaya. jadikan di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan dari bawahku cahaya. Ya Allah kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang 

(Riwayat al-Bukhari)

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan kita menunaikan solat tahajjud khasnya dan qiammulai amnya terutama sekali pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Abam Kie pun perlahan2 ingin istiqamah dalam melakukan ibadah malam ini. Semoga kita semua akan berjaya. In Shaa Allah. Sekian. Terima kasih.