10 Jenis Toxic Teacher!
Maaf tapi ini realiti. Masih ada lagi cikgu cikgu yang bersikap toksik terhadap anak murid.
1 - Marah bila murid bertanya. Biasalah murid-murid akan bertanya selepas guru selesai memberi penerangan. Macam Abe Kie ni selalu tanya balik murid2 untuk mengukur kefahaman mereka. PdPC mestilah dalam dua hala, barulah berkesan! Segala soalan yang ditanya oleh murid2 akan Abe Kie jawab. Tapi ada gak mereka ni tanya benda2 yg tak berkaitan dgn subjek yang diajar. Jadi kalau ini terjadi, Abe Kie tak layan je la, bukannya memarahi mereka.
2 - Tidak prihatin bila murid hadapi kesukaran. Sepatutnya seorang guru itu perlu peka dan sedar apabila anak muridnya menghadapi kesukaran dalam pembelajaran kerana tahap kefahaman murid2 ini tak sama. Lakukan tindakan intervensi untuk membantu murid berkenaan.
3 - Tidak mengajar tapi mengarah. Ini berlaku kepada guru yang pemalas. Siap bagi arahan je kpd murid2 tapi tak mendidik mereka.
4 - Garang tak bertempat. Tidak ada dinafikan ada guru yang terlalu garang dengan anak2 murid mereka. Kalau garang tak bertempat macam ni baiklah jadi warder penjara atau tentera je la!
5 - Cepat sangat menghukum. Ini memang tak patut. Segala aduan atau kesalahan yang dilakukan oleh murid perlu disiasat dengan sebaik mungkin. Jangan sesekali cepat menghukum kerana mesti ada alasan di sebalik sesuatu perkara yang dibuat oleh murid.
6 - Anggap tahap semua anak murid sama. Guru2 pada dasarnya sudah diajar mengenai perbezaan individu semasa belajar di universiti atau IPG dahulu. Jadi adalah kesalahan besar jika menganggap semua tahap anak murid sama.
7 - Yang suka mengherdik bukan mendidik. Ini satu sikap buruk jika ada guru yang melakukannya. Jangan suka mengherdik anak2 murid. Mereka perlu dididik sebaik mungkin, bukannya ditengking.
8 - Campur aduk urusan peribadi dengan amanah. Memang teruk la bagi guru2 yang mencampur-aduk urusan peribadi dengan amanah atau urusan kerja. Kita perlu tahu membezakan urusan kerja dan peribadi. Barulah rezeki yg diperolehi itu berkat.
9 - Hanya puji yang cemerlang dan mengabai yang lemah. Guru macam ni memang la toksid sebab membezakan layanan kpd murid2nya. Sepatutnya yang lemah perlu diberikan lebih perhatian manakala yang sudah cemerlang dipantau seadanya kerana mereka sudah boleh berdikari.
10 - Susah nak senyum pada anak murid. OMG! Ada juga cikgu emo yang sukar nak senyum kepada anak murid! Baik berhenti jadi cikgu la. Buat biz sendiri.
Bonus :
11 - Ajar ikut mood. Ni jenis memang dipaksa jadi cikgu oleh ibubapa kot! Nak ajar ikut mood? Ingat sekolah tu bapak kau yang punya ke? Cara penyelesaiannya berhenti jadi cikgu la. Tak menyusahkan pentadbir, rakan sejawat dan murid2. Betul kan?
Wallahu A’lam,
“ Ya Allah, Kau lembutkanlah hati kami dalam mendidik anak-anak murid kami dan Kau jadikanlah kami pendidik yang amanah, peramah dan pandai mendidik. “
#KhusyukParenting
13 Comments
memang ada yang begini.. kadang2 semua ni process dalam membentuk peribadi cikgu tu juga. maybe dia jenis ada sifat begini lambat laun baru berubah.. tapi eloknya dari awal toksah laaa ada sifat2 begini. takut budak nanti.. dan dan hilang mood depa nak belajar..
ReplyDeleteGuru juga manusia biasa, ade kerenah tersendiri..
ReplyDeleteallah x best nya kalau dapat cikgu2 camni... btw Selamat HAri Guru abam mie... :)
ReplyDeleteeh silap abam Kie... mana plak datang nya mie tu ahahha
ReplyDeleteHehe garang Abam Kie marah guru toksik.
ReplyDeleteMemang ada guru begini.
sedih bila dpt guru mcm ni..
ReplyDeletecikgu sekolah dulu garang masa mengajar ke abam kie, lepas kelas cikgu-cikgu semua ok..hehe
ReplyDeleteNo 10 tu hmmmm betul sangat >.<
ReplyDeleteCikgu dulu lain skrg lain. Hahaha berubah ikut zaman
ReplyDeletenada macam ada marah sikit nampaknya.. hehehe.. ada je jumpa cikgu2 macam ni.. tapi x semua..
ReplyDeleteSaya pernah dapat cikgu yang no 1 tu.. sedih owh kena marah bila kita bertanya sebab tak faham.. huhuhu..
ReplyDeletetak best kalau dapat guru macam ni. jadi tak semangat belajar. kalau bertanya pun marah, nanti murid tu sesat jalan
ReplyDeletehuaaa..betul semua betul.. klu cikgu2 yg jenis mcm ni.. rasa malas nak masok class dia
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.