20 Pesanan Buat SUAMI
Assalamualaikum. Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi 20 pesanan buat suami daripada penceramah motivasi terkemuka dan penulis prolifik, DATO' DR. HJ. MOHD. FADZILAH KAMSAH. Semoga ianya dapat diamalkan oleh para semua.
1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri terutamanya isteri yang bekerja dan sama-sama menanggung perbelanjaan keluarga dan hutang suami.
2. Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan dengar baik-baik. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil itu, otak suami perlulah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan memaksa isteri melakukan hubungan intim sekiranya isteri letih atau tiada mood. Agama menggalakkan yang bujang berkahwin bukan semata -mata untuk kita penuhi nafsu syahwat.
5. Kalau sudah ada anak, sama-samalah pikul tanggungjawab menjaga anak. Ada sesetengah suami tu, isteri yang sedang makan pun disuruh cebok kencing dan berak anak. Sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan seperti seorang maharaja!
6. Sekiranya suami makan terlebih dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sehingga apabila tiba giliran isteri, yang tinggal hanyalah ekor ikan sekerat, janggut sotong dan sedikit taugeh.
7. Kalau mahu mengajak tetamu bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu. Jika boleh sehari dua sebelum tetamu bertandang, jadi bolehlah isteri memasak makanan yang sedap-sedap dan mengemas rumah dengan sempurna. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu sudah datang sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma sempat hidang minuman sahaja.
8. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Suami juga perlu melihat badan sendiri dalam cermin dulu.
9. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri. Jangan sekali-kali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
10 Jangan kedekut dengan isteri akan keperluan rumah tangga. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya wanita ini sifatnya semakin suami degil tidak mahu meminta pertolongan, selagi itulah dia rela mahu menolong.
11. JANGAN MENJADI TUKANG SEPAH DAN BERSIKAP PENGOTOR. Setelah membuka baju, letakkan ke dalam bakul baju yang kotor. Apabila menggunakan pencungkil gigi, buanglah ke dalam bakul sampah. Apabila menggunakan ubat gigi, tutup balik penutupnya. Apabila ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asalnya.
12. RAJIN-RAJINLAH BERTANYA KEPADA ISTERI kalau-kalau dia perlukan bantuan. Jangan pula bertanya dua tahun sekali atau sekadar tunjuk rajin apabila ada tetamu di rumah saja.
13. HORMATILAH ISTERI sebagaimana kita mahu dihormati. Isteri pun manusia juga. Bahkan Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri.
14. JANGAN MAIN KAYU TIGA dengan perempuan lain. Bayangkan kalau isteri anda yang buat demikian, mampukah anda menerima?
15. Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, TEGURLAH SECARA BAIK. Jangan asyik menengking saja.
16 Kalau isteri kelihatan kurang sihat, cepat-cepatlah bawa berjumpa doktor Tunjukkan anda MENGAMBIL BERAT tentang dirinya.
17 BERBINCANGLAH DENGAN ISTERI sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami ada kuasa veto, tidak hilang bisa itu kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah bertimbang rasa dan saling menghargai.
18 DALAMI AGAMA DAN BIMBINGLAH ANAK ISTERI dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kita mahu seluruh ahli keluarga kita masuk syurga dan kita juga mahu benteng seluruh ahli keluarga kita daripada api neraka.
19 BERUSAHALAH DENGAN IKHLAS untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan lakukan apa-apa yang isteri tidak suka. Percayalah, kalau suami berbuat baik sekali dengan isteri, biasanya isteri akan membalas dengan 10 kali kebaikan pula.
20 JANGAN ABAIKAN ISTERI yang merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, mintalah maaf. Kalau perlu dipujuk pujuklah. Hati wanita sensitif. Kadangkala sikap tidak ambil peduli suami bagaikan menghiris hiris hati isteri.

Wallahualam. Semoga bermanfaat.
14 Comments
In syaa Allah
ReplyDeleteYa pada suami sila amalkan.
ReplyDelete*thumbs up
ReplyDeletesuami imam yg membawa makmumnya ke syurga
ReplyDeletesaya baca tak per kan?hihi
ReplyDeletesaling toleransi, itu penting :)
ReplyDeleteMenghargai dan lakukan kerana Allah.
ReplyDeletewehh saperla x sayang bini ., tapi ada kann cikgu., khannnns ;p
ReplyDeletesejuk hati isteri kalau suami amalkan 20 tu..
ReplyDeletesebak pulak baca.. isteri cerminan suami... baik layanan suami baiklah isterinya kan..
ReplyDeleteAssalamualaikum abg kie.. terima kasih utk pesanan ini. Sayang isteri tinggal-tinggalkan.. betul ke?
ReplyDeletegood sharing this cikgu :)
ReplyDeleteboleh dijadikan panduan pada saya
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini bang. Moga bermanfaat buat semua.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.