Dapur orang bujang dan dapur orang berkeluarga kadangkala tidak sama bahan-bahannya. Sebagai contoh, dapur orang bujang lebih banyak mempunyai stok makanan bahan kering dan makanan dalam tin sedangkan dapur orang berkeluarga lebih kepada bahan basah.

Banyak bahan-bahan yang ada di dalam dapur orang berkeluarga seperti :

1. Telur

Telur sangat luar biasa. Ianya boleh dimakan begitu sahaja dan boleh digunakan untuk pelbagai keperluan memasak. Antara hidangan yang anda boleh buat adalah telur dadar dan ianya sangat mudah untuk dihasilkan.
 

2. Mentega


Mentega digunakan untuk hampir semua perkara. Anda memerlukannya untuk disapukan pada roti bakar, memasak ayam, dimasukkan ke dalam sos, memasak mi, dan lain-lain.

3. Susu

Susu tidak susah untuk dibeli. Cuma susu jarang dibeli sebagai stok di rumah, akibatnya apabila memerlukannya, stok susu tidak ada. Anda disyorkan untuk membeli jumlah yang lebih kecil sebagai persediaan jika tiba-tiba mahu memasak sesuatu dengan susu sebagai salah satu bahannya.

4. Tomato

Proses membeli sayur boleh menjadi tekanan. Kadang tidak tahu sayur-sayuran apa yang patut dibeli kerana takut boleh menjadi buruk jika disimpan.

Antara sayuran terbaik yang boleh di beli dan disimpan adalah tomato. Beli sekurang-kurangnya beberapa biji tomato sebagai stok, boleh nikmati bersama roti bakar, salad atau ramuan untuk sos pasta buatan sendiri. Tomato juga sedap dan sesuai untuk apa jua masakan.

5. Sos

 
Kita tahu bahawa bahan penambah rasa kadang-kadang mencecah harga yang mahal. Tetapi masih ada banyak lagi jenama sos tempatan yang berbaloi untuk di beli. Ada sos cili, tomato, sos pencicah dan banyak lagi di pasaraya untuk didapatkan.

6. Epal


Untuk memastikan diri anda tidak kembali makan roti dan karbohidrat lain, epal merupakan sejenis buah yang bagus untuk diet. Beli dan simpan beberapa biji epal setiap masa. Ia enak untuk dinikmati semasa sarapan atau makanan ringan di kala tengah hari.

7. Ayam

Tidak mempunyai apa-apa untuk makan malam tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memasak. Dapur keluarga seharusnya mempunyai sejenis daging di dalam peti sejuk yang dapat ditukarkan menjadi makanan mengandungi protein dengan mudah. Salah satunya adalah ayam.

Ayam boleh dibeli, dibersihkan dan disimpan dalam suatu tempoh yang agak lama dalam bahagian sejuk beku. Ayam juga sangat bagus untuk dimasak dengan apa jua resepi.


Mahu beli semua bahan makanan runcit ini tidak susah. Jika tidak ada masa untuk kunjungi mana-mana pasaraya, boleh beli grocery delivery pilihan secara atas talian.

Ada banyak jenis penghantaran barangan runcit secara online ni dan salah satu daripadanya adalah Pandamart. Dengan Pandamart, pelbagai bahan makanan boleh dibeli dengan mudah dan cepat.

Sama seperti Foodpanda, Panda Mart juga menggunakan kaedah yang sama. Hanya perlu pesan secara online dan segala barangan yang ditempah akan dihantar ke lokasi sehingga depan pintu rumah, InshaAllah.

 


Pandamart ini tidak hanya menerima pesanan untuk bahan barangan runcit untuk dimasak tetapi juga barangan keperluan rumah yang lain. Pelanggan dengan mudah boleh membeli ubat-ubatan, barangan keperluan bayi seperti lampin pakai buang, susu keperluan anak, barangan mandian, barangan penjagaan diri dan sebagainya.

Pendek kata, sebagaimana kita membeli belah di pasaraya besar biasa, begitulah juga yang ditawarkan oleh Pandamart ini.