7 Makanan Yang Harus Ada di Dapur Untuk Mereka Yang Sudah Berkeluarga
Dapur orang bujang dan dapur orang berkeluarga kadangkala tidak sama bahan-bahannya. Sebagai contoh, dapur orang bujang lebih banyak mempunyai stok makanan bahan kering dan makanan dalam tin sedangkan dapur orang berkeluarga lebih kepada bahan basah.
Banyak bahan-bahan yang ada di dalam dapur orang berkeluarga seperti :
1. Telur
Telur sangat luar biasa. Ianya boleh dimakan begitu sahaja dan boleh digunakan untuk pelbagai keperluan memasak. Antara hidangan yang anda boleh buat adalah telur dadar dan ianya sangat mudah untuk dihasilkan.
2. Mentega
Mentega digunakan untuk hampir semua perkara. Anda memerlukannya untuk disapukan pada roti bakar, memasak ayam, dimasukkan ke dalam sos, memasak mi, dan lain-lain.
3. Susu
Susu tidak susah untuk dibeli. Cuma susu jarang dibeli sebagai stok di rumah, akibatnya apabila memerlukannya, stok susu tidak ada. Anda disyorkan untuk membeli jumlah yang lebih kecil sebagai persediaan jika tiba-tiba mahu memasak sesuatu dengan susu sebagai salah satu bahannya.
4. Tomato
Proses membeli sayur boleh menjadi tekanan. Kadang tidak tahu sayur-sayuran apa yang patut dibeli kerana takut boleh menjadi buruk jika disimpan.
Antara sayuran terbaik yang boleh di beli dan disimpan adalah tomato. Beli sekurang-kurangnya beberapa biji tomato sebagai stok, boleh nikmati bersama roti bakar, salad atau ramuan untuk sos pasta buatan sendiri. Tomato juga sedap dan sesuai untuk apa jua masakan.
5. Sos
6. Epal
Untuk memastikan diri anda tidak kembali makan roti dan karbohidrat lain, epal merupakan sejenis buah yang bagus untuk diet. Beli dan simpan beberapa biji epal setiap masa. Ia enak untuk dinikmati semasa sarapan atau makanan ringan di kala tengah hari.
7. Ayam
Tidak mempunyai apa-apa untuk makan malam tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memasak. Dapur keluarga seharusnya mempunyai sejenis daging di dalam peti sejuk yang dapat ditukarkan menjadi makanan mengandungi protein dengan mudah. Salah satunya adalah ayam.
Ayam boleh dibeli, dibersihkan dan disimpan dalam suatu tempoh yang agak lama dalam bahagian sejuk beku. Ayam juga sangat bagus untuk dimasak dengan apa jua resepi.
Ada banyak jenis penghantaran barangan runcit secara online ni dan salah satu daripadanya adalah Pandamart. Dengan Pandamart, pelbagai bahan makanan boleh dibeli dengan mudah dan cepat.
Sama seperti Foodpanda, Panda Mart juga menggunakan kaedah yang sama. Hanya perlu pesan secara online dan segala barangan yang ditempah akan dihantar ke lokasi sehingga depan pintu rumah, InshaAllah.
Pendek kata, sebagaimana kita membeli belah di pasaraya besar biasa, begitulah juga yang ditawarkan oleh Pandamart ini.
17 Comments
Telur sentiasa ada. Sekarang dah mudahkan Cikgu AK.
ReplyDeletememang antara barang2 wajib ada ni kan.. kalau xdak idea nak masak apa ke at least guring telur n kicap da best da hehe..
ReplyDeleteMemang barang-barang ni kena pastikan ada stok di dapur. Mudah nak adjust nak masak apa :)
ReplyDeleteTelur tu paling wajib ada.
ReplyDeleteTelur tu mmg wajib beli
ReplyDeleteTelur memang ada. Tomato pun sayur mudah makan mentah pun takpe.
ReplyDeletedirumah saya wajib ade telur. epal tu selalu gak saya beli. sos cili memang ade, dah lama beli x habis-habis. mentega pon ade jer pasal boring-boring bole buah kuih. ayam pon ade, tak ingat bile belinya...
ReplyDeletetelur, mentega dan sos mmg sentiasa ada stok. lelain ikut keadaan. btw, selamat hari guru abam kie.
ReplyDeletesemua diatas selalu ada..kecuali susu,, org rumah ni tak gemar susu
ReplyDeleteMemang wajib tu, cuma epal tu kedang-kadang je ada biasa nya tembikai yg jadi ganti
ReplyDeletemesti tiasa ada stok mknan penting kat dapur kan
ReplyDeletesemua barang itu memang sentiasa ada....memang mudah beli barang online. Lagi seronok beli bila husband kata guna kad kredit dia nak beli apa2 barang keperluan dapur online. Selain pandamart saya juga guna Happy Fresh, tesco express, Aeon Delivery terutama dalam musim covid nie...
ReplyDeletesama la abe.. semua tu kat dapur mama perlu ada tu
ReplyDeleteSemua ada di rumahh
ReplyDeleteTelur, sos dan ayam tu memang wajib ada dekat rumah Sha.. hehehe.. tambah satu lagi.. Kicap..
ReplyDeleteayam dan telur ni paling wajib ada!!! kicap pun sama! marjerin pun! Sebab jarang guna mentega. Satu lagi, megi!!! eh terbanyak pula tambahnya. hehehe
ReplyDeleteye tak ye jugak yer.... kalau ade bahan kat rumah, mmg best la nak masak kan...
ReplyDeletehttp://chefwans.com/
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.