Andai Covid 19 berlarutan sehingga 20 tahun
Lagi 20 tahun jika si Corona masih ada dengan kita. Anak-anak kecil akan belajar sejarah baru.
1. Lepak Mamak
"Lepak Mamak tu apa Abah?"
Oh! Ia aktiviti kemasyarakatan kaum lelaki yang malas hadap muka bini malam malam dan lepak dengan kawan kawan di kedai mamak. Minum bergelas-gelas teh tarik dan asap rokok berkepul-kepul.
2. Menonton Wayang
Zaman dulu sebulan sekali kita akan pergi tonton filem macam kat Neflix tapi dalam bilik besar ramai ramai. Wajib beli bertih jagung yang sangat mahal dan duduk atas kerusi empuk. Kadang kadang ada orang tertidur dalam tu, dengkur satu panggung boleh dengar.
3. Salon Rambut.
Dia macam bilik kecil ada kaca, tempat mak mak buat rambut atau shampo rambut dulu. Sekarang rambut jadi kembang nie sebab tak ke salon la nie.
4. Taman Tema
Zaman dulu ada taman tema air, dia bukan macam zoo. Sebab dalam tu semua orang datang nak mandi mandi dan main air saja. Sekarang kita main air bawah shower saja.
5. Hotel
Bilik bilik cantik ada katil tebal dan channel Astro free tapi 4 siaran saja. Sarapan pagi boleh makan banyak mana pun waktu pagi. Ada kolam mandi, makcik tak pernah pegi gym sebuk nak angkat besi.
6. Kelab Malam
Dulu ada kelab untuk orang goyang goyang kepala sampai pening. Balik mabuk mabuk dan langgar orang. Campur lelaki perempuan, sebab tu tuhan marah.
7. Reunion Sekolah Lepas Raya.
Oh, ini tempat jumpa nak tengok siapa paling berjaya dikalangan kawan sekolah. Biasanya yang datang mesti bawa kereta besar dan melaram paling lawa. Kadang kala boleh jumpa kekasih lama. Jangan datang tak bawa bini, bahaya!
6. Kenduri Kahwin.
Jemput orang datang ramai ramai makan waktu kahwin, ada banyak khemah, ada orang pakai gelang sampai siku, tempah baju baharu dan orang biasa sibuk nak jadi Raja Sehari. Lepas kahwin duduk rumah sewa.
Apa lagi yang akan masuk dalam Wikipedia nanti kawan?
Mohon tambah dengan penjelasan
Hidup Di zaman Corona
21 Comments
doa yg baik2 kan
ReplyDeletesedih pulak baca semua ni
ReplyDeleteMakanan buffet jadi makanan bungkusan bawa balik sahaja.
ReplyDeleteSemoga cepat la kembali pulih... dah rindu nak habiskan masa dengan family...
ReplyDeleteSeminar di hotel.. Lebih 500 orang boleh menimba ilmu, makanan pun sedap..
ReplyDeletebelum terfikir pula saya keadaan Covid sehingga 20 tahun..
ReplyDeleterasanya sangat amazing
lepas ni kalau jumpa sanak saudara, kawan2 dah takde adat salam laga pipi ka bahu ka apa2 yang direct contact dengan badan seseorang. jangan istilah 'silatulrahim' pun hilang sama sudahlah
ReplyDeleteBangunan tinggi bertingkat tu apa..owh itu sekolah tempat guru dan pelajar berkongsi dan menerima ilmua..sekarang boleh diakses dari rumah sahaja.
ReplyDeleteAllah 😅 kalau 20 tahun lagi hmmm tah la.
ReplyDeleterindu betul yang nombor 2 tu
ReplyDeletesemua tinggal sejarah nanti... bab lepak mamak tu pasal malas nak hadap muka bini ke?? Kah kah kah.. nasib Pak Inche kita suka lepak rumah jer
ReplyDelete,....seperti segala nikmat dunia telah ditarik balik. Allahu.
ReplyDeletekan betul byk nikmat dunia seakan akan hilang lupus seandainya berterusan
ReplyDeleteada kebaikkanya juga
nampaknya covid menjadi ssejarah yg meninggalkan sejarah
ReplyDeletebila tengok list tu bagus juga kan.. takde lagho dan tak membazir duit
ReplyDeletegunting rambut maksudnya saya akan selalu gunting pendek jelah sebab tak boleh ke salon hihiih
ReplyDeleteTak mustahil terjadi.. Sekarang pun dah banyak yang tak boleh nak dibuat.. huhuhu..
ReplyDeletehahaha lawak pulak. moga2 covid19 cepat menghilang..
ReplyDeleteIya tidak mustahil.
ReplyDeleteHaha sebab tu ke lelaki suka lepak mamak??
ReplyDeletecovid ni ada jer tp kita jer yang leka..huhu
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.