Membeli ketuhar gelombang mikro di Shopee
Assalamualaikum. Pada petang Jumaat, 7 Mei 2021 bersamaan 25 Ramadhan 1442 Abam Kie sekeluarga terhidu bau benda hangit di dapur. Masa tu hampir waktu berbuka jadi kami tak la serius sangat mengenalpasti dari manakah bau hangit itu datang. Cuma selesai menunaikan solat Maghrib barulah Abam Kie sedar bahawa bau hangit itu datangnya dari ketuhar gelombang mikro Panasonic. Oven ini digunakan sejak November 2019. Kira masih baharu lagi la jugak.
Lalu Abam Kie cuba tekan suis ON namun microwave oven itu tak hidup. Lampu tak menyala. Cuba pasang kat plug lain pun sama je. Keesokan harinya isteri dan anak sulung Abam Kie pergi menghantar microwave oven itu ke sebuah kedai elektrik dan elektronik di Tanah Merah. Memang pada malam sebelumnya Abam Kie dah telefon technician tu dan ceritakan pasal oven ni.
Pada tengahari Isnin 28 Ramadhan tu technician berkenaan yang bernama Mokhtar menelefon Abam Kie dan menceritakan status oven yang rosak tu menelan belanja RM300 untuk dibaiki. Itu baru harga alat ganti. Belum lagi kos upah. Kira macam total lost tu!
Tidak dinafikan kat rumah ni microwave oven ni amat diperlukan untuk memudahkan kerja2 memasak. Abam Kie cuba survey harga di kedai elektrik di Tanah Merah. Seorang salesman tu DM gambar oven yg ada dalam stok kedainya beserta dengan harga. OMG! Mahalnya kalau dibandingkan dengan harga di Shopee! Beza melebihi RM100 untuk jenama yang sama.
Setelah difikir dan dihitung, Abam Kie mengambil keputusan untuk membeli di Shopee aje. Pilihan banyak dan harga pun jauh lebih murah dari kedai fizikal. Survey punya survey, akhirnya Abam Kie tertarik dengan jenama Samsung seperti di atas yang berharga RM285. Muatan 23L dan dilapisi seramik di bahagian dalam bagi memudahkan kerja2 pembersihan. Pesanan dibuat pada jam 2.40 p.m. 10 Mei 2021. Mujurlah Abam Kie pilih kedai G-Orange di Tunjong, Kota Bharu. Dalam hati berdoa agar benda ni akan sampai sebelum Aidil Fitri. Ada gak DM penjual tu tanya dia tentang hal ini. Dia kata akan mencuba sehabis baik agar pesanan Abam Kie dapat dihantar sebelum Hari Raya.
Alhamdulillah. Pada pagi Rabu 12 Mei 2021 pemandu lori J n T menelefon Abam Kie bagi menunjuk arah ke rumah Abam Kie. Patutlah dia tanya sebab pemandu ni datang terus dari Kota Bharu. Kalau dispatch boy J n T Tanah Merah ni memang sedia maklum la lokasi rumah Abam Kie. Syukur Alhamdulillah kerana ketuhar gelombang mikro Samsung ini selamat sampai tanpa mengalami sebarang kesan calar atau kemek. Terima kasih kepada penjual dan J n T kerana berjaya menghantar pesanan saya sebelum Raya. Semoga microwave oven ini panjang jangka hayatnya di dapur Abam Kie. In Shaa Allah. Sekian, terima kasih.
22 Comments
Betul abam kie beli online lg murah
ReplyDeleteWah oven baru.. Ok tak? Tengah mencari jugak ni.. Body dia metal ke atau plastik bahagian luar tu
ReplyDeleteZaman sekarang tiada nak baiki-baiki, tukar baharu terus. Memang harga baiki ada kalanya lagi mahal dari harga barang baharu.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Alat atau perkakas elektrik ni ikut rezeki dan jodoh jugakan Cikgu AK. Ada yang tahan bertahun-tahun. Ada yang kiraan bulan dah rosak. Dan kadang kos baiki lebih mahal daripada kos beli baharu.
ReplyDeletekos baiki baik beli baru je kan
ReplyDeleteBetul Abe koe kadang kandang banyak barang Elektrik murah di shope
ReplyDeleteWah.. Skrg byk pilihan beli online kan.. Cuma kena pandai cari dan survey.. Psstt tu bole buat kuih raya x tu? Klu bole.. Amacam smpt x dpt beberapa jenis kuih? Hehhe
ReplyDeleteBaru sangat tu kalau 2019. Tapi yelah kalau dah rosak nak buat cmane. Harap yang baru tahan lama
ReplyDeletewahh tambah variasi menu masakan lepas ni
ReplyDeleteAlhamdulillah sampai sebelum raya.
ReplyDeleteHangit itu sebab apa ya? Ada panaskan apa-apa ke sebelum itu?
Kadang kadang kos baiki nak sama harga dengan beli baru, sebab tu terus beli baru hehehehe.
ReplyDeleteBarang elektrik pun dah boleh beli online sekarang ni, memang kadang-kadang lagi murah dari beli kat kedai..tapi, just kena make sure warranty tu abam kie :)
ReplyDeleteMahal nya kos nak baiki, mmg lebih baik beli baru . Jimat duit kan.
ReplyDeletebeli baru lg murah dari harga baiki kan
ReplyDeletehari tu beli dekat luar je. Tak biasa beli online kalau barang elektik ni. Tapi alhamdulillah sampai skrg boleh guna
ReplyDeleteAlhamdulillah pesaan dibuat cpt ja sampai
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat sebelum hari raya...berbaloi beli online..
ReplyDeletecantik ovenya
ReplyDeletemesti tambah semangat nk baking
Antara gadjet dapur yang menjadi idaman.. hehehe..
ReplyDeleteLega rasanya bila barang sampai dalam keadaan baik kan Abam Kie..
kos baiki lagi mahal tuu. ada niat nk beli oven jugak. hehe
ReplyDeleteBeli baru lagi murah dari kos nak baiki ni abam kie.. huhuuu... Moga yang baru ni tahan lama ya abam kie..
ReplyDeletepuasa2 ni best la panaskan lauk..:)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.