Bila KPM buka peluang jadi guru mengejut ni......

Macam - macam pandangan kita boleh dengar.
Ada yang setuju,
Ada yang tak...
Ada juga saudara saya bertanya .....
Sesuai tak kalau dia apply?
Sebagai guru....
Saya nak bercakap jujur dari hati.
Siapa nak apply.....
Boleh saja.
Tapi ada beberapa perkara yang awal awal lagi perlu tahu.

1. Kerjaya ni tak glamour. 

Kalau suka glamour, jangan apply sebab memang tak glamour. Pagi-pagi lagi peluh dah mercik satu badan.
Sebab kita bukan boleh lenggang kangkung dengan kasut tumit tinggi halus 2 inci.
Kena cepat urus murid, terlepas pandang macam-macam boleh berlaku .
Dan peluh tu teruk mercik sampai lah tengahari nanti nak balik nanti.
Sebab apa......keluar masuk kelas tak ada aircond ye....
Kipas ada tapi kadang2 pusing hidup segan mati tak mau..
Kadang budak 40 orang, kipas dua, satu depan satu belakang.
Jadi boleh bayang sendiri tahap ovennya macam mana .
Dan berlanjutan sampai masa balik nanti..
 

2. Jangan harap dapat pujian.

Yang ni lumrah. Semua cikgu dah lali.
Bila murid lemah, biasanya cikgu akan dipersalahkan.
Yang tu tak buat, yang ni tak buat.
Tapi bila murid pandai, biasanya mak ayah dapat nama.
Bagus hantar tusyen, bagus ajar anak di rumah.
Jadi, hati kena awal-awal lagi belajar ikhlas.
Mengajar kerana Allah .
Jangan harap org nak puji sangat.
Jangan tunggu penghargaan orang.
Jangan kecewa kalau tak dapat anugerah cemerlang.
Ingat.......set minda dan hati.
Aku mengajar Lillahita'ala.
Kalau tak set awal awal....nanti kecewa.
Ikhlas entah ke mana.  

3. Semua kerja kita sapu.

Kalau tak boleh multitasking, jangan apply.
Cikgu kena jadi kerani, tukang cat, tukang kebun, pengasuh, doktor, driver dan macam- macam lagi.
Sebab masuk je sekolah, nanti akan ada macam-macam program.
Bukan dok mengajar dalam kelas saja.
Bila buat program, cikgu yang kena buat semua benda.
Jadi...siap sedia untuk multitasking.

4. Kena suka budak-budak   

Kalau jenis migrain dengar budak bising,
Jangan apply.
Sebab takut nanti pengsan masa mengajar.
Budak tetap budak.
Dah nature dioarang akan bising,
Marah macam mana pun diorang akan tetap bercakap.
Jadi....tanya diri tahan tak nak dengar suara 40 budak dalam satu masa?
Tahan tak nak hadap 40 perangai dalam satu masa?
Kalau jenis yang tak tahan, cepat migrain, cepat nak naik tangan, jadi lupakan hasrat nak jadi cikgu.
Silap haribulan masuk jail sebab penampar budak.  

5.Ready to be blamed.

Kita akan deal dengan anak orang.
Jadi silap sikit memang akan ditunding jari ke arah kita.
Dan jangan harap org atas akan membela kita.
Sebab client kita adalah murid.
Macam mana pun, cikgu akan dipersalahkan kerana memang tugas kita menjaga murid di sekolah.
Jadi hati kena kebal.
Tak boleh hati tisu nak nangis kalau ada parents datang serang di sekolah.
Kena belajar ilmu bela diri sendiri.
Kena ada PR yang yakin diri.
Kalau cakap pun takut-takut, malu-malu,
Susah nak hadap dunia pendidikan yg makin mencabar ni.  

6. Tak boleh kedekut. 

Haaa...ni kena bagitau awal-awal.
Salah guna duit sekolah, segerombolan akan turun audit.
Tapi duit sendiri memang sah-sah kena guna untuk sekolah.
Yang tu Allah audit.
Tak ada pilihan....kebanyakan cikgu memang perabih duit untuk sekolah.
Tapi sekali lagi nak ingatkan, Allah audit.
Jadi kena ikhlas juga.
So, bersedia untuk sedekah sepanjang tahun untuk sekolah dan anak-anak nanti. 

Last but not least.......

Duduk sejenak dan kenali diri sendiri sebelum apply.
Jangan mohon sebab tak ada kerja.
Jangan jadikan kerja cikgu sebagai batu loncatan sebab tak dapat kerja lain.
Nak jadi cikgu...kena datang dari hati.
Fikir dulu!

Pesanan daripada guru Bahasa Inggeris lulusan TESL Universiti Malaya 1997.