Bilakah kita akan dikunjungi dan dikelilingi oleh ramai orang?
Assalamualaikum. Di dalam kehidupan di dunia yang fana ini, terdapat dua kejadian dimana kita dikunjungi dan dikelilingi ramai orang. Jom Abam Kie nak cerita sikit.
Pertama sekali apabila kita baru saja dilahirkan ke dunia ini. Pasti ramai ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan rakan taulan yang akan menemui kita yang masih bayi itu. Masing-masing akan datang bertanya khabar dan mengucapkan tahniah kepada ibubapa kita yang baru mendapat cahayamata. Lepas tu tetamu bukannya datang dengan tangan kosong. Mereka akan bawa cenderahati untuk bayi seperti pakaian, tuala, botol susu, tilam, bantal dan sebagainya. Selalunya sebelum balik, mereka akan menyelitkan duit di bawah bantal bayi. Seingat Abam Kie la, boleh tahan juga la wang yang diperolehi oleh anak2 semasa bayi dulu. Lalu duit tu Abam Kie simpan di Tabung Haji. Alhamdulillah.
Kejadian kedua dimana kita dikunjungi ialah bila kita meninggal dunia kelak. Memang di dalam hadis pun digalakkan menziarahi saudara seagama kita yang telah meninggal dunia supaya memberi keinsafan kepada kita yang masih hidup ini. Sudah tentu bila menziarahi si mati itu, kita akan menderma sedikit wang kepada keluarga si mati. Kos pengurusan jenazah sekarang makin mahal. Nak bayar kepada penggali kubur, beli kain kafan, sewa van jenazah, kenduri tahlil dan sebagainya. Kalau di kampung selalunya memang satu kampung pergi ziarahi si mati.
Demikianlah kisah tentang saat kita dikunjungi dan dikelilingi ramai orang. Semoga kita semua akan lebih mengingati kematian yang bakal tiba kelak. Sekian. Terima kasih.
14 Comments
Mungkin dalam keadaan sekarang orang tidak ramai ziarah.
ReplyDeleteTapi betul ingat mati yang makin hampir.
Kdg2 masa kita sakit, ramai yg dtg ziarah..
ReplyDeletemasa sakit ramai yang datang ziarah
ReplyDeleteskrg sakit atau sehat tiada yg kunjungi kita
ReplyDeletetiada lg dan entah sampai bila
Rindu nak menziarahi.
ReplyDeleteTapi zaman pendamik covid-19 ni, sekiranya pesakit covid-19 meninggal dunia, tidak boleh dilawati, ke kubur pun hanya yang menguruskan sahaja. Sedih.
ReplyDeleteDalam keadaan sekarang ni susah nak ziarah/lawat bayi baru lahir atau mereka yang sakit.
ReplyDeletebila baca post ni,terus saya rindu dekat arwah abang ngah saya,baru sahaja pergi dalam bulan April haritu..ngah semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
ReplyDeleteDalam keadaan covid19 ni abam kie..mgkin ziarah mnziarahi tidak molek sgt kot..sdgkan org sakit pun rasa ssh nk pi melawat ini kan pula sudah menggal dunia.. Apa yg penting doa kepada yang sakit atau skimati itu lebih afdal skg ni :)
ReplyDeleteMoga tenang mereka yang telah pulang ke 'sana'
ReplyDeleteallahuakhbar..skrg xboleh dh nk melawat2 org sakit mcm dlu
ReplyDeleteIndeed. Insaf sekejap. Tapi ada lagi satu, waktu kahwin.
ReplyDeleteBetul teacher. Teringat arwah datuk saya yang baru meninggal dunia. Ramai kawan arwah datang ziarah..
ReplyDeletenak tak nak inilah putaran kehidupan kita kan huhu
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.