Nikmat kehidupan yang berbeza
Ada yang beranggapan manusia yang hidupnya menabung hilang nikmat kehidupan, saya fikir ada benarnya bagi mereka yang tidak suka berjimat.
Kita semua berbeza, kita menikmati dan membenci perkara yang berbeza. Kita juga mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza. Bakat dan kecerdasan kita juga berbeza.
Oleh sebab nikmat itu berbeza nilainya, maka kita beranggapan manusia berjimat tidak nikmati hidup sebenarnya.
Nikmat hidup datang dalam pelbagai cara, ada manusia nikmat hidupnya ;
+ bila dapat tukar kereta
+ dapat memancing sepanjang masa
+ dapat berasap lepas makan sekeluarga
+ mengadap Maha Raja Lawak Mega
+ beli baju jenama Prada
+ makan di hotel jenama
+ selfie sepanjang masa
+ belanja semua wang yang ada
+ berlumba gelang siapa ada bunga
+ lepak mamak sampai senja
+ kenduri kawin 7 malam lamanya
+ pamerkan semua apa yang ada
+ beristeri lebih dari tiga
+ berpolitik sepanjang masa
+ rim kereta lebih besar dari tayar
+ dah tukar tiga kereta, tapi masih hidup menyewa
+ salahkan orang bila tiada simpanan
+ jenama jam mesti luar negara
+ berwhatsapp sepanjang masa
+ dapat jadi YB kawasannya.
+ dapat belai panda
Ada manusia nikmatnya berbeza ;
+ nikmatnya beli rumah sebagai harta
+ buat tabungan keluarga
+ bawak bekal kemana mana
+ ada simpanan ASB yang maksima
+ dapat ke Umrah usia muda
+ Puasa isnin - kamis dia
+ baca buku sepanjang masa
+ Daki gunung dan mengembara
+ simpanan emas perak berganda
+ hantar anak sekolah agama
+ kekal dengan kancil lama
+ tiada hutang kereta
+ hidup sederhana
+ jemaah disurau adanya
+ sambung pengajian sarjana
+ terlibat kerja sukarela
+ sedekahnya berganda
+ bantu ibubapa
+ buat kek dan sedekah pada tetangga
Setiap manusia itu berbeza, hormati perbezaan nikmat mereka. Asal tidak langgar syariat agama biar mereka dengan minatnya. Tepuk dada dan tanya selera, dimanakah minat anda ?. Apakah minat kita membawa kita kehadapan atau buat kita diketawakan.
Wallahu A'llam.
#BinaNikmatYangBawaAndaKeSyurga
17 Comments
Betul tu cikgu, rezeki dan dugaan setiap orang tak sama. Kadang kita tengok benda remeh tapi bagi orang lain benda tu sangat membahagiakan, semuanya tak sama
ReplyDeletebetul...kehidupan kita berbeza..jgn compare dgn orang lain..enjoy life!
ReplyDeletesetuju. kita raikan kegembiraan org lain. and doa agar kita dikurniakan rezeki yg lebih bermanfaat dari Allah. jgn cemburu secara negatif.
ReplyDeleteanugerah Allah beza. dugaan Allah pun beza. yg penting, di samping kita menikmati kurniaan Allah tu, kita cari redha Allah. tu lebih penting dari kita dok cari nikmat dunia.
aida suka kalau layari fb dan baca sharing kawan2 tentang kebahagiaan mereka. alhamdulillah. ia umpama satu injection utk aida agar nak dpt gitu juga. happy for them :)
setuju sangat.. setiap org ada rezeki yang berbeza..jadi,sentiasa terapkan dalam diri dengan perkara yang positif.. percaya dengan rezeki dari Allah.. :)
ReplyDeleteCara menikmati dan mengurus apa yang dinikmati berbeza-beza satu dengan yang lain.
ReplyDeleteBetul. Minat setiap individu mungkin sama dan berbeza. Seperti juga pendapat, ada pendapat yang sama, ada juga pendapat yang berbeza. Justeru, minat dan pendapat perlu diraikan.
ReplyDeletesinggah sini malam ni
ReplyDeletehidup ni takkan sama dgn orang lain.
ReplyDeletesemua ada garis jalan masing-masing.
dah ditetapkan begitu.
Yang beruntung adalah mereka yang bertakwa dan beriman.
Terima kasih atas perkongsian.
Nanti, jemputlah singgah blog saya >>> https://www.mrspip.com/2021/06/the-benefits-of-green-tea.html
Rezeki ada dimana-mana, jadi jangan malas untuk mencari.. moga Abg Kie dan keluarga murah rezeki selalu
ReplyDeletebetul..bersyukur dengan rezeki yg diberikan
ReplyDeletethis is so true... haruslah sentiasa bersyukur
ReplyDeletebersyukur n reda nikmati rezki anugerah Allah
ReplyDeleteSetuju. Apa pun kita kena bersyukur...
ReplyDeletebetul abamkie. lain orang lain preference kan .
ReplyDeleteYes betul. Nikmat hidup berbeza. Pada seseorang sekecil kecil perkara tu pun dah nikmat pada dia. Yang penting bersyukur
ReplyDeleteBetul itu. Jangan pandang rendah pada orang lain yang tidak sama pendapat dengan kita.
ReplyDeleteHargai dan syukurilah kehidupan yang ada kini...Seeloknya, tetap cuba yang terbaikk..Gituh~
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.