Ada yang beranggapan manusia yang hidupnya menabung hilang nikmat kehidupan, saya fikir ada benarnya bagi mereka yang tidak suka berjimat.

Kita semua berbeza, kita menikmati dan membenci perkara yang berbeza. Kita juga mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza. Bakat dan kecerdasan kita juga berbeza.

Oleh sebab nikmat itu berbeza nilainya, maka kita beranggapan manusia berjimat tidak nikmati hidup sebenarnya.

Nikmat hidup datang dalam pelbagai cara, ada manusia nikmat hidupnya ;

+ bila dapat tukar kereta
+ dapat memancing sepanjang masa
+ dapat berasap lepas makan sekeluarga
+ mengadap Maha Raja Lawak Mega
+ beli baju jenama Prada
+ makan di hotel jenama
+ selfie sepanjang masa
+ belanja semua wang yang ada
+ berlumba gelang siapa ada bunga
+ lepak mamak sampai senja
+ kenduri kawin 7 malam lamanya
+ pamerkan semua apa yang ada
+ beristeri lebih dari tiga
+ berpolitik sepanjang masa
+ rim kereta lebih besar dari tayar
+ dah tukar tiga kereta, tapi masih hidup menyewa
+ salahkan orang bila tiada simpanan
+ jenama jam mesti luar negara
+ berwhatsapp sepanjang masa
+ dapat jadi YB kawasannya.
+ dapat belai panda

Ada manusia nikmatnya berbeza ;

+ nikmatnya beli rumah sebagai harta
+ buat tabungan keluarga
+ bawak bekal kemana mana
+ ada simpanan ASB yang maksima
+ dapat ke Umrah usia muda
+ Puasa isnin - kamis dia
+ baca buku sepanjang masa
+ Daki gunung dan mengembara
+ simpanan emas perak berganda
+ hantar anak sekolah agama
+ kekal dengan kancil lama
+ tiada hutang kereta
+ hidup sederhana
+ jemaah disurau adanya
+ sambung pengajian sarjana
+ terlibat kerja sukarela
+ sedekahnya berganda
+ bantu ibubapa
+ buat kek dan sedekah pada tetangga

Setiap manusia itu berbeza, hormati perbezaan nikmat mereka. Asal tidak langgar syariat agama biar mereka dengan minatnya. Tepuk dada dan tanya selera, dimanakah minat anda ?. Apakah minat kita membawa kita kehadapan atau buat kita diketawakan.

Wallahu A'llam.

#BinaNikmatYangBawaAndaKeSyurga