Sambutan Hari Lahir Anis Dalilah Yang Ke 18
Assalamualaikum. Pada hari Rabu, 16 Jun 2021, maka genaplah usia anak sulung Abam Kie, Nur Anis Dalilah 18 tahun. Terasa kejap aje masa berlalu. Masa dia lahir dulu Abam Kie sudah berusia 30 tahun. Kira lewat la juga dapat zuriat. Tapi tak apa, better late than never, right?
Pada hari berkenaan, Abam Kie telah memesan kek coklat pisang berkeju dengan baker di TM ni. Memang sedap kek ini sebab ia kurang manis. Sesuai la utk org berpenyakit macam Abam Kie ni. Harganya pun RM40 je. Jika beli kek ini memang confirm habis. Jika beli kek di kedai selalunya x habis sebab cepat muak.
Selain daripada itu, abam kie ada juga order McDonald secara COD. Maklum la masa PKP ni x boleh rentas daerah. Di Tanah Merah ni plak x de McD. Jadi susah la sikit nak order benda alah ni. Last abe kie gi McD sekitar 2018 dulu. Cuma agak terkilan dgn delivery service ni sebab pesanan McD ni sampai jam 8 mlm. Puas menunggu. Dah la sampai tu dah sejuk semua burger, fun fries dan bubur ayam. Terpaksa reheat dgn microwave oven. Lain kali sure x nak COD McD lagi. Rela pi dine in.....
Inilah wajah Anis. Serupa tak dengan daddy dia? Memang semua anak abam kie mirip dgn bapanya. Biasalah anak perempuan mirip dgn bapanya manakala anak perempuan mirip ibunya. Gambar ini diambil semasa kami sekeluarga melawat Jambatan Angkat Kuala Terengganu pada Sept 2020. Entah bila la boleh melancong macam ni lagi?
Pada SPM 2020 lalu Anis mendapat 8A, 1B+. Dia jadi pelajar ketiga terbaik di sekolahnya. Dia dan dua adiknya memang belajar di sekolah abam kie bertugas. Mudah nak hantar dan ambil. Memang abam kie target dia 8A sbb abam kie cuma dapat 4A je dlm SPM 1990. Dia nak ambik diploma sains komputer biar pun dia layak ambik Asasi atau Matrik. Entah la.... abe kie ikut aje janji dia mahu belajar bersungguh2 sampai grad.
OKlah. Itu aje kisah untuk kali ini. Semoga perjalanan hidup anak sulung abam kie ni 'smooth sailing' sahaja. In Shaa Allah...
29 Comments
Sanah Helwah buat Anis moga sentiasa cemerlang... tak kisahla dia nak ambil diploma apa janji dia minat, comfirm dia akan belajar bersungguh sebab minat.
ReplyDeleteLama betul ya mcD delivery kat sana ya, sayang bila dapat dah sejuk semua
Selamat hari lahir buat Anis dan tahniah dapat keputusan SPM yang terbaik di sekolah. Semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi nanti
ReplyDeleteHappy belated birthday buat Anis..tahniah dpt 8A..semoga berjaya dalam mengejar cita-cita..
ReplyDeletehappy 18th birthday
ReplyDeletewah selamat ulang tahun kelahiran buat anis... dan tahniah juga atas kejayaan dalam SPM baru2 ni.. Semoga akan terus success di masa2 hadapan ye :)
ReplyDeletetahniah Anis. semoga terus maju ye di bidang yg bakal diambil di U kelak. manis aje anak dara abe Kie ni. memang seiras ayahnya. alhamdulillah...
ReplyDeleteselamat hari jadi yang ke-18 untuk Anis :D
ReplyDeleteselamat hari lahir Anis...semoga jadi anak solehah kebanggaan ibu ayah
ReplyDeleteHappy belated birthday buat Anis. semoga sukses dalam apa jua bidang yang diceburi dan dapat mencapai cita-cita dan membanggakan kedua ibu bapa.
ReplyDeleteSelamat hari lahir buat anaknya.. Semoga membesar dengan sihat dan ceria-ceria selalu serta menjadi wanita solehah.
ReplyDeleteHappy Birthday Dalillah moga jadi anak solehah dan sayang kepada kedua ibu/bapa dan keluarga
ReplyDeleteSelamat hari lahir Anis
ReplyDeleteTahniah sangat cemerlang dalam SPM
Selamat hari lahir Anis. Semoga dirahmatiNya selalu dan dapat mencapai apa yang diimpikan.
ReplyDeleteselamat hari lahir..semoga berjaya dunia akhirat. =)
ReplyDeleteIras sungguh Anis dengan Abam Kie. Happy birthday and tahniah Anis. Semoga sentiasa dalam rahmatNya dan sentiasa cemerlang.
ReplyDeleteselamat hari jadi Anis..moga jadi anak yang baik & solehah
ReplyDeleteSelamat hari lahir Anis Dalilah! Semoga dilimpahkan rezeki yang berterusan, menjadi anak yang solehah dan taat pada Allah dan ibu bapa. Semoga sihat selalu! :)
ReplyDeleteselamat hari jadi anis, semoga sukses dengan study ya.
ReplyDeletesannah helwah anis..semoga dipermudahkan urusan duna akhirat
ReplyDeleteHapoy birthday Dalilah
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Buat ANis, Moga jadi anak kebanggaan keluarga
ReplyDeleteHappy birthday Anis. Semoga terus banggakan abam kie sekeluarga. Hebat anak abam kie
ReplyDeletesanah helwah puteri solehah
ReplyDeleteSelamat hari lahir dan tahniah untuk Anis. Semoga terus sukses, berjaya dunia dan akhirat inshaAllah aminn.
ReplyDeleteHappy belated birthday Anis. Semoga terus success di dlm bidang yg ingin diceburi 😊
ReplyDeleteSama nama anak uncle... Tapi tang 'Anis' je...
ReplyDeleteHB Anis!
selamat hari lahir anis. besar dah anak dara abam kie ya.
ReplyDeleteHarap sesi pembelajaran Anis berjalan lancar. Senang satu sekolah. Hehe saya dahulu satu sekolah dengan emak.
ReplyDeleteAmin...Moga urusannya di dunia ni sentiasa dimudahkan dan diberkati ALLAH. Amin
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.