Hadiah Hari Lahir Yang Tertunda
Assalamualaikum. Hari lahir Abam Kie jatuh pada 19 Mei. Tahun ni genaplah 48 tahun usia ini. Dua tahun lagi nak masuk setengah abad. Rasanya baru tahun lepas ambik result SPM. Hehehe... How time flies.....
Kira-kira lima tahun lepas Abam Kie ada la beri hadiah kepada seorang kenalan maya di Penang. Namanya Izwan. Kenal dia sejak zaman Friendster dan MySpace lagi. Kira2 lima belas tahun lampau. Lama tu kan? Jadi kami selalu la kirim kad raya sepanjang persahabatan kami. Sebenarnya Izwan ni adalah OKU masalah pertuturan dan pendengaran. Dia bekerja sambilan di McDonald bagi menyara kehidupannya selain mendapat bantuan elaun OKU bulanan.
Jadi ada tiga tahun lepas tu abam kie beri hadiah kpdnya sempena hari lahirnya. Tapi Izwan x mampu nak balas hadiah tu sebab dia kehilangan pekerjaan. Abam Kie x kisah mana sbb faham dia x mampu.
Alih2 pada hari lahir Abam Kie yg ke 48 ni dia bersungguh2 nak balas balik hadiah yg Abe Kie kirim kat dia 3 thn lps. Abe Kie kata x perlu la. Tapi dia berkeras nak bagi. Orang nak bagi terima aje la. Rezeki jgn ditolak, maut jgn dicari! Dok gitu?
Dia tanya nak beli apa? Abe Kie jawab nak kemeja kerja. Lepas tu dia tanya saiz dan pergi ke mall utk beli saiz Abe Kie iaitu XL jenis straight cut. Cari punya cari x jumpa saiz dan design tu. Sbb kebanyakan kemeja di mall skrg jenis slim cut or slim fit khusus utk lelaki slim dan anak2 muda. Saiz untuk yg remaja purba dan bertubuh montok serta boroi mcm Abam Kie ni jarang jumpa la pulak. Hahaha...
Last2 Abe Kie suruh dia beli di Shopee je la. Tapi mamat ni x reti nak guna Shopee. Lalu abam kie minta dia transfer duit utk abam kie pilih sendiri. Which he really did! Bila dah dapat duit tu abam kie gi pasaraya terdekat utk beli kemeja tu tp bahagian pakaian ditutup kerana PKP. OMG! Susah la mcm ni. Abe Kie seboleh2nya nak beli di kedai fizikal jika beli kain baju n kasut sbb nak pastikan barangan tu muat di badan.
Nampaknya tiada jalan lain. Terpaksalah order di Shopee. Cari seller tempatan tp x de yg jual design straight cut. Terpaksalah beli yg dari China. Kena beli di kedai plus size plak! Bimbang juga beli baju dari China ni sbb takut x muat ke apa. Nanti susah plak nak pulangkan ke bagai.....
Alhamdulillah. Setelah 5 hari sampai juga 2 helai kemeja Abam Kie. X sampai rm100 pun. Selepas basuh, simpan dalam almari sebab tak tahu bila buleh pakai utk ke sekolah. Takkan la nak mengajar dari rumah nak pakai kemeja n slacks bagai?
Akhir kata terima kasih kepada sahabatku Izwan yg sudi menaja dua helai kemeja utk sambutan hari lahir ke 48. Alhamdulillah.
17 Comments
Haah kalau saya pun suka pilih secara depan mata. Boleh tengok kalau ada kecacatan jahitan atau kotor. Jadi puas hati dapat pegang.
ReplyDeleteBest tu Abam Kie, hadiah hari jadi beli sendiri
ReplyDeleteAlhamdulillah. Mesti kawan cikgu tu sangat gembira sebab cikgu terima hadiah daripadanya.
ReplyDeleteSusah abe kie nak cari yang straight cut. Trend terkini slim fit. Hahaha
ReplyDeleteAlhamduillah, :)
ReplyDeleteBaiknya dia.Bagi beli sendiri pula tu.
ReplyDeletecantik warnanya
ReplyDeleteAlhamdulillah..dapat hadiah besday tu..bkn senang nak dpt kihkih
ReplyDeleteBab pakaian ni saya pun x berani nak beli online... Takut tak kena dekat citarasa. Hehe
ReplyDeleteBest tuuu boleh beli sendiri hadiah hari jadi hehehe. Lagi puas hati.
ReplyDeleteTrend sekarang mmg semua slim fit slim cut la. Memang susah nak cari saiz baju yg betul2 sesuai badan kita musim PKP. Mcm mya kena cari baju yg labuh atau plus size sebab tinggi sangat.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezki cikgu tanda ukhuwah persahabatan yg erat terjalin
ReplyDeleteWhoaaa.. dapat hadiahhhhh.. Tahniahh.. Gigih dia nak balas balik ekkk.. Niceeee
ReplyDeleteTahniah abam kie..mesti kenangan yg terindah utk abam kie..
ReplyDeletesaya kalau beli pakaian hatta spender sekali pon lebih suka beli secara fizikal. beli online ni satu je takutnya, tak sama saiz..
ReplyDeletelama tu persahabatan dari zaman friendster dan myspace. skrg ni friendster ngan myspace ade lagi ker?
Alhamdulillah.. Lama tu dah berkawan.. Zaman MySpace, kiranya 20 tahun lalu.. Semoga ukhwah terus berkekalan..
ReplyDeletewaalaikumussalam. bestnya masih berhubungan. kawan2 saya di friendster/myspace entah ke mana dah. kadang tu teringat jugak T_T
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.