HARI YANG DIMAKRUHKAN BERPUASA
Assalamualaikum kawan2 yang dihormati sekalian. Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi tentang hari-hari yang dimakruhkan berpuasa. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada rakan2 yang dirahmati Allah.
PUASA PADA HARI ARAFAH (BAGI YANG MENGERJAKAN HAJI)
Bagi jamaah haji, Rasulullah SAW melarangnya sebagaimana hadis yang diriwayatkan Ibnu Majah dan Ahmad bermaksud: Dari Ikrimah, dia mengatakan:
"Aku masuk ke rumah Abu Hurairah lalu bertanya tentang puasa hari Arafah bagi (jamaah haji yang sedang) di Arafah." Lalu Abu Hurairah menjawab, "Rasulullah shallallahu 'alaihiwwasallam melarang puasa hari Arafah di Arafah" (HR. Ibnu Majah dan Ahmad)
PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
Nabi SAW bersabda, yang bermaksud: "Janganlah seseorang daripada kamu berpuasa sunat semata-mata pada hari Jumaat melainkan berpuasa sebelumnya atau sehari selepasnya. Hadis riwayat Bukhari:1849 dan Muslim: 1929)
Kecuali pada:
* hari-hari itu dianjurkan oleh syarak untuk berpuasa seperti hari Asyura atau hari Arafah yang jatuh bertepatan pada hari berkenaan.
* bagi mereka yang mengerjakan puasa sunat Nabi Daud (puasa selang-seli di antara berpuasa sehari dan berbuka sehari)
* tidak makruh juga mereka yang mengerjakan puasa qada' atau puasa nazar.
* sekiranya bersambung puasa itu dengan hari sebelum atau selepasnya atau pun bertepatan hari Jumaat itu dengan adatnya sebagai contoh seseorang itu bernazar berpuasa apabila sembuh daripada penyakitnya, maka bertepatan perkara itu pada hari Jumaat maka puasa sunatnya tidak menjadi makruh. (Lihat Al-Majmu[ Syarh al-Muhazzab, Juzuk 6/479).
PUASA HARI SABTU/AHAD SAHAJA (DITUNGGALKAN)
Menurut ulama sebab menjadikan perbuatan ibadah puasa semata-mata itu makruh adalah kerana hari tersebut merupakan hari yang diagong-agongkan oleh orang-orang Yahudi. Manakala hari Ahad, hari yang diagong-agongkan oleh Nasrani. (Lihat Hasyiah Qalyubi walUmairah, juzuk 2/94 & Mughni Muhtaj, juzuk 2/185)
Nabi SAW bersabda, yang bermaksud: "Sesungguhnya kedua-dua (hari Sabtu dan hari Ahad) adalah dua Hari Raya bagi orang-orang musyrik dan aku mahu perbuatanku berbeza dengan mereka". (HRAhmad: 44/330-331)
PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)
Makruh berpuasa sepanjang tahun, khususnya bagi mereka yang bimbang akan bahaya terhadap dirinya atau bimbangkan hak orang lain. Ini berdasarkan riwayat al-Bukhari. Dalam hal ini, terdapat riwayat daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma berkata:
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak ada puasa bagi siapa yang berpuasa selama-lamanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Merujuk kepada hadis ini, menunjukkan bahawa tidak boleh berpuasa sepanjang tahun. Sebahagian ulama berpendapat hadis ini, merupakan doa kecelakaan bagi orang yang berpuasa supaya tidak meneruskan kesinambungan puasa sunat yang menyebabkan seseorang itu lemah daripada menunaikan amalan kebaikan dan kewajipan terhadap dirinya, keluarga dan yang berhak dilaksanakan.
Rujukan: Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
13 Comments
terima kasih kongsikan
ReplyDeleteHari ni saya belajar sama.. terima kasih Abang Kie ilmunya.
ReplyDeleteTerima kasih atas penerangan terperinci.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Sedikit sebanyak dapat ilmu mengenai puasa.
ReplyDeleteJelas. Terima kasih cikgu perkongsian.
ReplyDeletethanks for sharing :)
ReplyDeleteTERIMA KASIH PERKONGSIAN ILMU
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletePerkongsian bermanfaat
tq share abam kie, kdg2 kita tahu tapi terlupa, hihi
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. puasa tunggal Jumaat tu ada orang kata menyerupai ajaran Katolik
ReplyDeleteTerima kasih ilmunya pak cik. Aku jarang puasa di hari jumat jika tak ada nazar atau ouasa sebelumnya.
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian. Alhamdulillah..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.