43% rakyat Malaysia tidak lagi pergi ke bank
Visa, pemimpin dunia dalam pembayaran digital menerbitkan hasil penemuan baharu daripada Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa yang menunjukkan lebih tujuh dalam 10 rakyat Malaysia (74 peratus) mengetahui perkhidmatan itu dan 65 peratus berminat untuk menggunakannya.
Pengurus Negara bagi Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, kajian berkenaan mendapati 43 peratus daripada rakyat Malaysia kini tidak mengunjungi mana-mana cawangan bank dan mengambil keputusan menggunakan khidmat perbankan dalam talian.
"Kajian juga menunjukkan rakyat Malaysia terdorong untuk beralih kepada bank digital dengan minat paling tinggi ditunjukkan menggunakan perkhidmatan perbankan digital bagi pembayaran bil (78 peratus) bagi melakukan pemindahan dana kepada rakan dan keluarga (69 peratus), membuat pembayaran di lokasi runcit (62 peratus) serta deposit dan pengeluaran (61 peratus)," katanya.
Pada pendapat Abam Kie la...memang pada zaman PKP ni kita perlu lebih kerap menggunakan perkhidmatan bank digital atau perbankan internet. Abam Kie pun pergi ke bank sebab nak cucuk ATM untuk ambil duit tunai je. Jika nak pindahkan dana ke akaun orang lain, abam kie lebih suka guna apps seperti Maybank2U dan CIMBClicks aje. Lagi mudah. Sekarang ni pindahan dana ke bank2 yang berbeza pun dah gratis. Jadi abam kie rasa tak ada keperluan nak beratur panjang semata2 nak bubuh duit ke dalam CDM! Segalanya dihujung jari anda! Mungkin mereka yg masih guna CDM tu belum celik IT. Harap mereka belajar guna kemudahan perbankan digital ini pada masa hadapan.
Selain daripada itu, abam kie lebih suka guna kad kredit utk bayar pembelian di pasaraya. Pay wave kan ada? Mudah je. Mata ganjaran pun boleh! Kalau guna tunai cuma dapat barang je la. Kadang2 abam kie juga guna e-wallet spt Touch n Go. Ada gak dapat cashback dan voucher diskaun. Berbaloi kan? Cuma jika kedai tu x terima kad kredit atau e-wallet maka terpaksalah bayar tunai. Contohnya jika beli sayur di pasar tu penjual cuma terima tunai je.
Jadi apa pendapat kawan2? Masih pergi ke bank dengan kerap ke sekarang? Zaman sudah berubah jadi kita kena ikut peredaran zaman yang lebih canggih, moden dan pantas!
20 Comments
untuk shopping leret kad debit jer..
ReplyDeleteuntuk kedai makan pun boleh jika kedai ada kemudahan demikian.
bank sekarang untuk transit duit sahaja.
Saya lah salah sorang tu.. hihi.. bayar bil ke apa online saja.
ReplyDeleteSaya sudah selesa membeli menggunakan debit card
ReplyDeletesudah selesa jual beli menggunakan bank digital. cash hanya untuk keadaan terdesak sahaja. orang kata cashless.
ReplyDeletemama la tuh haha.. lagipun x suka pegi bank.. transaction lambat aa
ReplyDeleteTermasuk uncle la tu... hehehe
ReplyDeletebetul sangat..
ReplyDeletepegi 2 bulan sekali je kot keluarkan cash sikit buat standby ngan kalau ada nak beli jajan kat kedai runcit bawah rumah
Sejak pandemik melanda negara kita, saya memang jarang sangat-sangat dah pergi ke bank even nak keluar cash pun.. Saya lebih prefer guna online dan pay wave sekarang...
ReplyDeleteKami, PC dan en suami ikut keperluan dan kehendak cikgu.
ReplyDeletebaru ni pegi tu pun sb kad expired he hee kalau x memang tak. msk. la. bank
ReplyDeleteKali terakhir pergi bank pada bulan April. Tidak tahu apa polisi bank sekarang kalau masuk ke bank.
ReplyDeleteSenang sekarang ni. Wave kan aje. Janji ada duit dalam tu. Hi3.
ReplyDeleteBetul la abam kie, sy pon prefer ewallet and byr guna kad
ReplyDeletebetul...yang penting dalam akaun ada duit
ReplyDeleteLagi selesa online banking hehehe. Memang jarang sangat dah pergi ke bank sekarang ni unless ada kena tukar card ke apa ke
ReplyDeleteSaya org berniaga mmg terpaksa masuk kaunter nk msk duit RM1.00 sampai 1k lebih..nak xnak terpaksa guna juga..
ReplyDeletetapi kalau berbelanja mmg suka paywave jer mudah! cash mmg kurg kecuali ready la skit utk kegunaan di gerai nk beli breakfast...depa xdak paywave ^_^
Saya pun jarang pergi ke bank.. Guna kad debit saja.. Kalau beli dengan peniaga di tepi jalan atau kedai makan yang tiada guna kad, baru guna duit..
ReplyDeleteJarang juga pergi bank sekarang. Sebab kalau beli barang selalu guna kad atau beli online
ReplyDeletekena elakkan pergi tempat bersesak.. so kita online je la ye
ReplyDeletebetul la abam kie. sekarang semua saya buat online ja :D
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.