Assalamualaikum. Sebenarnya dah lama Abam Kie mengidam nak beli tablet untuk kegunaan PdPR tetapi belum terjumpa tab yang sesuai. Jika cari di kedai pun jarang kedai yang ada stok tab. Jika nak mudah kena beli di Shopee atau Lazada. Abe Kie sebenarnya sudah beli satu tab klon di Lazada tetapi bila sampai didapati skrin tab itu ada kesan calar. Terus abam kie hantar balik kpd penjual tu untuk refund. Hampir dua minggu juga nak dapat duit tu sebab penjual tu melengahkan proses pampasan. Geram tul. 

Bila dah dapat duit refund sebanyak RM340 tu barulah abam kie survey kedai2 di Tanah Merah ni. Berkenan dengan tab Huawei MatePad T 10s. Boleh letak simcard. Bunyi pun lantang. Skrin comel. Cuma malangnya produk Huawei ni tak ada Google Play Store. Itu yg lecehnya. Tapi penjual tu kata buleh je install apps Google secara hack. Kerana nak guna sangat, Abam Kie beli je la. 

Storan tab ni x besar. Cuma 64GB. Jadi abam kie install apps yg perlu je. Utk storan tambahan, abam kie beli SD card saiz 256GB gitu! Macam2 movie buleh simpan dalam tu. Foto di atas tu masa abam kie menonton Netflix. 


Oh! Ya. Abam Kie gunakan VMOS (www.vmos.com) untuk install Google Play Store kat dalam tab ni. Gigih cari tutorial di Youtube. Mujurlah jumpa teknik yg bersesuaian. Alhamdulillah. Menjadi dan boleh guna tab tu mcm biasa. Boleh tengok video kat atas ye jika anda menghadapi masalah spt Abam Kie.

Sekarang ni tab tu kerap berada di tangan anak2 pula. Sesedap hati je mereka conquer. Harap2 tak berlaku perkara2 yg tidak diingini semasa mereka menggunakan tab tersebut. Sekian. Terima kasih.