Sudah menjadi impian bagi setiap suri rumah untuk menyediakan hidangan daripada air tangan sendiriyang sihat, bersih lagi berkhasiat buat keluarga tersayang. Namun adakalanya, keterbatasan masa sering menjadi alasan impian ini tidak dapat dilaksanakan lebih-lebih lagi bagi ibu bekerja. Tip dan trik mudah ini boleh membantu para isteri dan ibu yang raljin memasak untuk menyediakan hidangan buat anak-anak dan suami tersayang setiap hari dengan cepat dan pantas.

1) Rancang menu untuk seminggu

Pada hujung minggu boleh merancang dengan lebih awal menu-menu yang akan disediakan pada minggu berikutnya. Sebagai contoh, Isnin - Ayam Masak Lemak Cili Padi, Selasa- Asam Pedas Ikan dan sebagainya.

2) Beli barang basah mengikut keperluan menu yang dirancang

Ketika membeli barang basah di pasar, buat anggaran jumlah yang diperlukan untuk seminggu.

Contohnya: Ayam satu kilo, ikan kembung 1 kilo, udang setengah kilo.

3) Bersihkan bahan basah ini dan asingkan jumlah yang diperlukan

Bersihkan ayam, udang, siang ikan, potong sayur, potong bawang, cili kering dan sebagainya mengikut keperluan untuk sekali masak pada hari tersebut. Contohnya, asingkan 4 ekor ikan selar dalam plastik, kemudian potongkan lengkuas, bawang putih, merah, bendi, kunyit hidup dan letak dalam bekas plastik lain.

4) Labelkan menu ikut hari pada bekas yang ingin disimpan

Kemudian, bahan yang sudah siap dipotong/siang, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari dan menu. Contohnya labelkan "KHAMIS-IKAN SINGGANG"

5) Mudahkan proses defrost sebelum pergi kerja

Simpan di dalam peti sejuk biasa yang memiliki 2 bahagian, 1 untuk suhu sejuk beku dan satu lagi untuk suhu biasa. Sebelum pergi kerja, pindahkan bekas barang basah dari bahagian sejuk beku ke bahagian biasa untuk memudahkan proses defrost nanti. Jadi bila hendak dimasak malam nanti, tidak memerlukan masa yang lama.

TIPS EKSTRA:

1) Sediakan cili dan bawang kisar anggaran untuk seminggu, masukkan ke dalam bekas-bekas kecil. la bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi penyediaan memasak.

2) Namun, pastikan sudu benar-benar bersih dan tidak mencampurkan bahan-bahan lain ketika mencedok cili atau bawang. la bagi memastikan bahan kisar ini tahan lebih lama.

3) Ikan atau ayam untuk digoreng boleh juga diperap awal, simpan dalam beg plastik atau bekas. Masa hendak digoreng, defrost sekejap selepas keluarkan dari freezer, rasanya lebih sedap sebab meresap ke isi.

4) Guna atau beli bekas plastik yang boleh digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro. la juga mempercepatkan lagi kerja-kerja memasak ini.

5) Buat untuk setiap hari satu resepi, selama 1 minggu atau hari bekerja. Selain dapat menjimatkan masa, peti ais pun nampak kemas. Bila pulang dari bekerja, cuma sediakan bahan-bahan kering dan masukkan ke dalam periuk atau kuali. 5 minit sudah siap untuk dimakan panas2. Selamat mencuba!

https://www.mingguanwanita.my/cara-masak-cepat-mudah-setiap-hari-buat-mak-mak-yang-superbusy-5-minit-siap/