Masak Lemak Cili Api Kulit Rambai
Assalamualaikum. Masa kanak-kanak abam kie suka makan buah rambai ni. Buah rambai ni kalau dimakan mesti telan sekali dengan bijinya. Biasanya kulit buah rambai ini tidak dibuang begitu sahaja. Sebaliknya ia boleh dibuat gulai lemak cili api. Jika nak lagi sedap boleh tambahkan lauk-pauk seperti daging, ayam dan ikan selayang. Warisan turun temurun ini Abam Kie ingin kongsikan bersama kawan2 blogger pada hari ini. Uniknya masakan ini cuma boleh dibuat pada musim buah aje. Bukannya selalu dapat makan gulai tradisional ni. Biasanya resepi ini terkenal di Pantai Timur. Tak pastilah tentang negeri2 lain. Jom kita masak sekarang!
MASAK LEMAK CILI API KULIT RAMBAI
Bahan-bahan:
100g daging separa empuk
Sedikit ikan bilis
1 inci kunyit hidup
1 kotak santan
sedikit air
Garam dan gula
Cara-cara membuatnya
6. Letakkan 2 batang serai untuk menaikkan rasa dan bau gulai lemak ini.
7. Bila dah cukup semua rasa, padamkan api dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba!
25 Comments
Kulit rambai boleh dimakan rupanya.
ReplyDeleteSedapnya.. dulu saya pun suka makan rambai telan sekali bijinya. Sampailah mak takutkan dia kata nanti tumbuh pokok ramai dalam perut. Tak berani lepas tu.. hahaha.
ReplyDeletebaru ni beli rambai, bg jiran ✌️mak dia msk lemak camni campur ikan tenggiri
ReplyDeleteHaritu kak ipar pun ada tayang resepi kulit ramai masak lemak putih tapi saya tak pernah cuba lagi
ReplyDeletepernah rasa sekali masa berkunjung ke rumah bapa saudara emak di kelantan masa kecik dulu.... jauh.. pergi naik keretapi... lepas tu, pagi pagi sarapan nasi... beras proses sendiri, air tebu mesin sendiri, masak apa saja di keliling rumah, ada tanaman, ada lembu, ada arnab...rumah kampung yang luas lamannya. puas main.
ReplyDeleteSedap ni. Lama tak masak kulit rambai sebab tak jumpa buah rambai!
ReplyDeletebelum lagi merasa buah rambai tahun ni...
ReplyDeleteLama tak makan, sebab selama ni mak mentua yg buat
ReplyDeleteYeah...sama macam mak SA la ...masak ikan letak kulit rambai, kadang dia keringkan kulit rambai tu jugak
ReplyDeletesaya bukan peminat buah rambai...xtaula..jnis2 buah yg camtu mmg xley nk g kt tekak ni ha...kalau buat msak lemak gni mungkin boleh dicuba
ReplyDeletepernah cuba makan, sedap juga.
ReplyDeletetapi kalau kat rumah sendiri mmg arwah mama tak pernah masaklah
wah baru tahu kulit rambai pun boleh dijadikan lauk. selama ni biasa tahu makan isi buah je
ReplyDeleteEhhh, tak pernah makan, nampak menarikkk!
ReplyDeleteNi resipi baru cikgu Abam
ReplyDeletewah nampak pun sedap ni abam kie...
ReplyDeletesedap ni...thanks abam kie share resepi!
ReplyDeletelama tak makan buah rambai.
ReplyDeleteSaya tahu adanya menu seperti ini tetapi belum pernah mencubanya.
ReplyDeleteSedapnya resepi tradisi tu
ReplyDeletetak pernah makan lagi rasanya kulit rambai
ReplyDeleteSuka jugak makan buah rambai. Tapi sekarang susah nak jumpa. Tak pernah lagi makan lauk masak lemak cili api campur kulit rambai. Pernah nampak orang masak tapi tak pernah cuba lagi.
ReplyDeleteTak pernah try Dan xpernah rasa. Masak lemak kulit setoi selalu mkn nyum..nyum hehe
ReplyDeletekulit rambai pon boleh buat masak lemak cili ape? rare ni, first time dengar. camne lah rasanya
ReplyDeletedari kecil lagi mama tahu ttg lauk ni tapi rasanya sampai skrg mama tak penah makan lagi
ReplyDeleteoh tak penah tau kulit rambai ni boleh dibuat masakan. haha
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.