Nasihat Kewangan Untuk Orang Muda
Ini nasihat kewangan untuk orang muda:
1. Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka akaun TH. Takkan kau tak nak pergi haji kan. Buka RM1,300.
2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan (terpulang kepada komitmen masing-masing)
3. Cari pendapatan sampingan. Sekarang ni banyak part time boleh buat, ada hustle income FARcapital, agen insurans, jual kat shopee.
4. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta-juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM150K tiap tahun, baru RM75.
5. Baca buku kewangan. Tambah ilmu pengetahuan. Tapi kalau takde feel baca buku, pergi seminar kewangan. Sekarang ni dah banyak.
6. Buku taknak, seminar taknak, kau baca je dekat facebook dan blog-blog usahawan. Banyak ilmu free. Try https://tinyurl.com/webinarahad.
7. Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut ilmu dengan dia. Belanje kopi secawan. Kalau aku, belanja mamak jadilah.
8. Sedekah sekurang-kurang nya hari Jumaat. Jangan rasa takut untuk memberi, sebab Allah Penjamin Rezeki.
9. Bagitau awek/pakwe belanja makan, wayang asing asing. Jangan gelabah nak gentle bagai. Kalau gentle, kahwin terus.
10. Pergi mohon PRS (Private Retirement Scheme). Ada ramai ejen dekat luar sana yang boleh bantu.
11. Buat unit amanah, buat mana yang mampu. Cash pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.
12. Kurang kan bakar duit sendiri, yakni MEROKOK. Terjaga kesihatan sama. Duit pun save.
13. Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di bawah kemampuan. Takyah terpengaruh dengan trend instafamous.
14. Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, minyak pun jimat.
15. Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM38 sebulan, boleh cover RM50K.
16. Buat jadual menyimpan. Sekarang macam-macam apps dekat telefon pintar untuk pantau simpanan.
17. Rajin rajin memasak dekat rumah. Masak nasi berlauk. Bawak bekal pergi kerja. Jangan kedarah Maggie je, kesian perut.
18. Usahakan bayar PTPTN tu. Nama pon hutang, orang lain nak guna jugak, takkan kau je sedap.
19. Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Takyah nak kutuk member niaga. Support dorang.
20. Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.
*DISCLAIMER*: Nama pun nasihat, rasa bermanfaat & sesuai, boleh la ambil. Gambar sekadar hiasan.
Credit to tuan asal post: @Azrul ikhwan
17 Comments
Hehe bagus nasihat lebih-lebih lagi sedekah Jumaat.
ReplyDeleteBanyak info-info yang berguna..Mana yang boleh dipraktikkan boleh ambil..
ReplyDeleteilmu yang bagus..tq sharing
ReplyDeletebanyak betul point point nya. MY pun terlewat melakukan banyak perkara tu. leka mengatur hidup semasa, lupa masa depan
ReplyDeleteSaya ada simpanan dalam tabung haji 😊 Alhamdulillah. Walaupun kerap shopping di shopee saya tak lupa menyimpan menabung juga 😊
ReplyDeleteno 13 tu paling saya setuju
ReplyDeleteBnayak point yang bermanfaat.Tq for sharing abam kie.
ReplyDeleteSemoga keperluan dan kehendak tidak tertukar.
ReplyDeletetips yg sangat berguna & relatable dgn kehidupan sekrg...start young, start early...tak hensem takpe, janji kaya...hehe..
ReplyDeletepesanan yg sangat bagu utk semua
ReplyDeleteBiar nyimpan sikit dari tak nyimpan langsung.
ReplyDeleteDulu masa mula2 kerja tahun 2001..mampu simpan rm15 je sebulan dlm ASB sebab banyak sgt cabang gaji tu nak pergi.
sangat bermanfaat abam kie..
ReplyDeletedari 20 saya dapat buat 6 darinya :)
tq sharing :)
Bagus tipnya.. alhamdulillah.. ada yang dah berjaya buat.
ReplyDeleteterima kasih banyak nasihat berguna
ReplyDeletenasihat yang berguna untuk warga muda..
ReplyDeletenasihat yg bagus utk belia2
ReplyDeletepaling menyesal, buat personal loan. darah muda sungguh la masa tu :(
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.