Cara Terminate / Tutup Akaun ASTRO Tanpa Ke Kaunter
Perkhidmatan langganan televisyen berbayar, ASTRO atau nama penuhnya All-Asian Satellite Televison and Radio Operator sering dikecam kerana gemar menayangkan program atau siaran yang sama secara berulang-ulang secara kerap.
Selain itu, kewujudan perkhidmatan seumpamanya dari UnifiTV, Netflix, Disney+ dan banyak lagi telah memberikan saingan yang sihat kepada Astro yang telah lama mendominasi perkhidmatan siaran televisyen berbayar di negara ini.
Sekiranya anda hendak menamatkan langganan ASTRO, anda perlu melakukannya dengan cara yang betul kerana segelintir pelanggan mendakwa masih menerima bil walaupun telah berhenti melanggan.
Terdapat beberapa cara untuk berhenti melanggan, terminat atau menutup akaun ASTRO anda dan kali ini kami akan kongsikan caranya.
Cara Menamatkan ASTRO Melalui Panggilan ke Customer Service Center
Cara paling pantas dan mudah adalah membuat sendiri panggilan ke Customer Service Center dan bercakap dengan operator yang bertugas.
Dail nombor 03-95433838
Setelah berjaya bercakap dengan operator, sila lakukan langkah-langkah berikut:
Semak baki kontrak akaun ASTRO anda
Semak baki bayaran bil ASTRO anda
Dapatkan tarikh bil ASTRO yang berikutnya
Semak status kontrak sama ada masih dalam kontrak atau tidak
Jelaskan baki bil anda (jika ada)
Maklumkan kepada pihak operator hasrat anda untuk mnghentikan langganan
Setelah selesai, tunggu sehingga 24 jam sebelum akaun ASTRO anda ditamatkan
Sekiranya selepas 24 jam akaun anda belum ditamatkan, sila hubungi semula pihak ASTRO untuk semakan semula status penamatan langganan
Cara Menamatkan Servis ASTRO Melalui Emel
Untuk menamatkan langganan ASTRO, anda juga boleh melakukannya melalui emel, ianya tidak perlu dalam bahasa Inggeris tetapi perlulah ditulis dengan professional.
Pastikan anda memasukkan butiran-butiran penting berikut dalam emel yang dihantar ke pihak ASTRO:
Alamat emel: wecare@astro.com.my
Subjek emel: Penamatan Perkhidmatan ASTRO
Nyatakan tujuan emel tersebut dihantar:
“Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memaklumkan akaun ASTRO di bawah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan langganan ASTRO”
Sertakan butiran akaun ASTRO
Nama pemilik akaun
Nombor kad pengenalan
Nombor akaun ASTRO
Alamat
No telefon
Akhiri emel tersebut dengan menyatakan agar pihak ASTRO dapat melakukan proses penamatan kontrak ini dengan segera.
Adakah kita wajar menutup akaun ASTRO?
Segalanya terpulang kepada anda kerana pada masa kini kita mempunyai lebih banyak pilihan berbanding dengan 10 tahun lalu dimana perkhidmatan seperti Netflix, DisneyPlus dan seumpamanya belum wujud atau masuk ke Malaysia.
Apa-apa pun segalanya bergantung kepada keperluan dan status kewangan masing-masing kerana anda juga yang akan membayar bil setiap bulan.
Pertanyaan dan persoalan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kemusykilan atau persoalan mengenai cara terminate ASTRO, sila layari halaman FAQ ASTRO dimana anda boleh menghubungi mereka melalui Chat di WhatsApp atau mengisi borang pertanyaan secara online.
13 Comments
bosan rancangan kat astro sekarang. kalau mak xtengok tv tu memang dah lama terminate astro ni..haha
ReplyDeleteBagus kongsi cara kalau ada orang tercari-cari cara yang betul.
ReplyDeletedah jarang tengok channel astro..
ReplyDeleteSesekali tengok rancangan astro,,semua di hujung jari..rasanya sesuai di terminatedkan..
ReplyDeletePanduan yang bermanfaat
ReplyDeletekami dah lama tutup astro, dah tak larat nak layan cerita yang samaaaaaaa setiap hari
ReplyDeleteJarang tgk astro skrg
ReplyDeletesaya pun dah matikan astro di rumah mak abah... pasangkan njoi sahaja. sebab mak tengok tv3, tv9 dan alhijrah sahaja
ReplyDeletestill ada astro, sbb 1 je smart tv, 1 lagi tv biasa so...masih ada astro.
ReplyDeletesaya juga pengguna astro tegar suatu masa dahulu. sayang sangat nak terminate dan sanggup bayar tiap2 bulan. kini dah setahun rasanya terminate astro. saya dulu call customer service sahaja. nak dapat panggilan dijawab tu lama jugak lah, tp proses terminasi tu sekejap jer tanpa masalah.
ReplyDeletePasang njoi saja.. astro ni banyak siaran ulangan
ReplyDeleteAmmi pun baru je terminate ASTRO selepas hampir 19 tahun guna. Pernah sekali ada org astro call nak mintak kita ambil recorder..ammi cakap dekat dia..
ReplyDeleteAwak dok ulang cerita seminggu 8 kali...pastuu awak nak saya record apa lagi?
rumah aida lama xde astro. more to utube, movies online, netflix.
ReplyDeletebulan mei ari tu, delete akaun astro rumah arwah mak mertua. memang kami pasang & byr kan. so bila rumah da kosong selepas arwah takde, kami disconnect la kan.
hmmmmm tak boleh batal within 24 hours da skang. kena tunggu cycle bill yg akan dtg. meaning, we still have to pay 1 month. gitu la, abe Ki. memang gitu la terma diorang, jahat! meskipun kita call masa tu takde hutang and the next bill belum tiba, still kena tunggu. nonsence sgt kan!
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.