Masih kisah di Johor.

Admin rasa lepas ni, admin nak kerja kat Bahagian Integriti KPM.

Dari sekolah yang sama sudah ada lebih 10 orang yang menceritakan "kisah" mereka. Tetapi mereka hanya meluahkan sahaja untuk relieve stress dan tak mahu 'up'kan dalam KGM.

Kepada Guru Guru yang ada mesej pada Admin. Terima kasih diatas perkongsian dan juga teguran yang diberikan.

Teman paham, sepatutnya kena dengar dari dua dua pihak.

Tapi tu ler, ater kalau takder angin, takkan pokok bergoyang kan?

On serious note, sometimes I just don't know how to help you all.

Teman ni insan biasa dan bukannya kayangan.

Syukur kepada Allah. Sesungguhnya covid 19 ini telah banyak menyelamatkan ramai nyawa guru2 SKKM2 daripada kekejaman guru besar ini.

Bahkan sampai guru-guru di sini sudah lupa akan perbuatan nya GB terhadap rakan- rakan kita. Betapa banyak kali dia malukan kita macam budak kecil siap kena berdiri di bilik mesyuarat ramai-ramai!!

Walaupun guru besar minta maaf, dia malukan kita dengan cara yang lain pulak dan benda ni akan berterusan sampai dia pencen.

Para guru kan berhati lembut dan pemaaf. Kita kena redha. Think positif. Kita kan satu keluarga.

Sorry to say, saya ni jahat, berhati busuk dan berdendam orangnya jadi apa kata saya senaraikan sebahagian kecil kronologi mangsa e.g tukar expres guru besar kita yang sangat berdiplomatik ni. Saya akui dia sangat soft spoken tetapi ikut angin juga.

Guru besar ini telah mula berkhidmat di skkm2 pada akhir tahun 2016.

Antara akhir tahun 2016 hingga sekarang telah berlaku kes ini.

Tahun 2017 atau 2018- guru lelaki muda dipindahkan atas sebab depresi tetapi ada khabar angin mengatakan bahawa guru pelaki tersebut dihasut untuk membuat laporan palsu kerana guru besar tidak selesa bahawa ibunya kerja di bahagian KPM. Hal ini umum diberitahu waktu mesyuarat. GB nasihat" cikgu2 jangan depress ya."

Ada kes guru lelaki yang berpindah dalam masa sehari setelah menviralkan GB kami parking secara salah (double park) di hadapan market.

Bulan Mei tahun 2019- guru veteran subjek bahasa melayu yang dipindahkan sebab melawannya secara berdepan di pejabat. Guru Bm ini mahu mengutip tandatangan guru guru sebagai bukti protes namun terkantoi dengan salah sorang kaki kipas.

Dan akhirnya, Guru besar ini menghasut 3 orang bawahan untuk membuat laporan polis (ancaman kepada rakan sekerja) supaya boleh dijadikan alasan untuk guru bm ini ditukarkan ke sekolah lain. 3 orang guru wanita yang membuat laporan polis ini pun sudah berjaya balik ke terengganu pada tahun lepas. Hal ini sudah diketahui umum oleh semua guru skkm2 kerana guru besar sendiri umum dalam mesyuarat.

Hujung Tahun 2019 - Seorang ustazah yang kematian bayinya di dalam kandungan 7 bulan akibat stress. Kejadian ini sebenarnya berlaku di sekolah. Tidak lama kemudian untuk tutup kes atau untuk elak suami ustazah tersebut mengamuk, dia dipindahkan ke sekolah yang terdekat. Pada tahun yang sama sekurangnya 2 orang guru lain mengalami keguguran juga dengan salah seorang berpindah ke daerah lain.

Oktober Tahun 2020 - guru sains yang sangat berdedikasi siang malam melatih para pelajarnya berkawad tetapi akhirnya meninggal sebab kanser otak. Masih muda dan meninggalkan seorang balu dan bayi yang kecil. Memanglah guru tersebut rajin buat itu ini secara sukarela tetapi mengapakah budaya kerja sampai bermalam di sekolah tidak dihalang ?

Ini bukan budaya yang sihat dan patut ditegur. Sebelum covid memang biasa cikgu- cikgu "dipaksa rela" untuk bekerja sampai pukul 2 pagi siapkan data dan pentas persembahan. Bahkan karnival sekolah dibuat selama 2 hari satu malam untuk kutip duit dana setiap tahun.

Cukup saya highlightkan dulu beberapa kes ini sebab beratus episod drama air mata yang semua warga skkm2 tahu tetapi terpaksa berdiam diri makan hati sebab akhirnya kena libas dengan kaki kipas dan diugut untuk disaman.

Dah berapa ramai dah antara kami yang muda tak sampai umur 40 tahun sudah mengalami sakit jantung, darah timggi dan pelbagai lagi penyakit kronik sebab stress.

Mestilah pihak pentadbir kata tiada kaitan dengan sekolah. Lepas tu persalahkan cikgu sakit sebab gemuk. Nanti bila sekolah dah buka pula, para guru pun wajib timbang berat badan dan rekod berat badan di pejabat. Ianya benar-benar berlaku!!

Saya pun geram dengan pihak kantin sekolah sekarang dapat tender dengan cara "rasuah halus". Taukenya renovate bangunan kantin bagi besar dengan duit dia sendiri. GB kami sendiri umumkan benda ni waktu perhimpunan PIBG dengan istilah "sumbangan" .

Habis tu, kalau dia dah tukar tender nak robohkan kantin sekolah ke? Dahlah cikgu2 sokmo bergaduh dengan tauke kantin sejak tahun 2017 lagi sebab lauk mahal dan masak selalu tak cukup. Siap jumpa ulat dalam nasi .

Padan muka, tahun seterusnya kantin tak boleh pakai guna langsung. Tengoklah nanti, segala kegemilangan dan keceriaan yang korang usahakan atas pengorbanan kudrat dan air mata guru-guru ini tidak akan kekal.

Sekian.

Kisah sebelum ini ada disini:
https://m.facebook.com/groups/gurugemilang/permalink/6316167705124096/
 
Sumber asal:
https://www.facebook.com/groups/gurugemilang/permalink/6322221701185363/