Penutupan akaun simpanan Yippie di Maybank
Assalamualaikum. Abe Kie membuka akaun simpanan Yippie di Maybank untuk setiap anak sejak mereka masih bayi lagi. Ini bertujuan untuk menyimpan duit raya mereka. Semasa mereka di sek rendah dulu memang la duit raya tu berjaya abe kie simpan di sini. Tetapi sejak mereka akil baligh ni, duit raya tu x sempat disimpan sebab awal2 lagi mereka belanjakan. Sebab tu la x boleh bagi duit raya banyak2 kepada remaja. Huhuhu...
Sebab utama abe kie tutup akaun Yippie ni sebab abe kie x boleh monitor berapa baki dalam akaun tu. Ia tak terpapar dlm M2U! Jika nak tahu baki, kena pi ke bank dan beratur di kaunter. Menyusahkan tul terutama sekali pd zaman Covid ni sbb nak gi cawangan Maybank kena buat temujanji dulu. Cuma yg best tentang akaun Yipie ni, ia x akan dormant biar pun x ada transaksi dalam tempoh yg lama. Berbeza dgn Public Bank dan Bank Muamalat. Jika x ada transaksi dalam setahun terus akaun tu ditutup. Kejam tul.
Jadi kebetulan abe kie pi maybank utk mupgrade akaun kak long yg cecah 18 thn tempohari, terus abe kie tutup akaun adik2nya yg 3 org tu. Tambahan pula masa menunggu yg lama. Pas tu nak masuk ke dalam Maybank pun susah! Syukurlah proses penutupan tu kejap je. Cuma cuak gak sbb kena turunkan cop ibu jari beberapa kali.
Pada pendapat abe kie la, cukup dengan buka akaun Tabung Haji, ASB dan SSPN utk anak2 sebab kita boleh pantau akaun berkenaan secara online sama ada di apps HP dan browser. Mudah dan selamat, kan? Apa2 pun terpulang kepada anda untuk menyimpan duit anak2 di tempat yg selamat dan menguntungkan. Selamat maju jaya semua!
11 Comments
Anak2 kecil ni buatkan satu akaun simpanan pun dah memadai
ReplyDeletesimpanan utk masa depan.. aminn
ReplyDeleteBagus Abam Kie ni... Salut!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Paling penting ada simpanan kan cikgu.
ReplyDeleteSama lah sini..asyik anak beli online..susah lah nak saving duit..
ReplyDeletekalau online lagi mudah zaman sekarang
ReplyDeleteteringat masa sekolah dulu selalu pihak maybank datang promote akaun yippie ni
ReplyDeleteleceh juga tak boleh check online. Saya setuju yang SSPN dan Tabung Haji adalah pilihan yang lebih baik
ReplyDeleteBijak Abam Kie alang-alang pergi Maybank buat akan Kak Long.
ReplyDeletemasuk SSPN lagi bagus kot, untuk masa depan anak2 juga
ReplyDeletealhamdulillah dah besar anak abe.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.