11 Pantang Larang Buat Kaki Pancing
AMARAN: JANGAN PERGI MANCING KALAU TAK TAHU....
11 pantang larang hidup di darat dan di air...
Aku bukan Pakar Pancing, tetapi petua “Orang Tua” yang aku jumpa di Sungai Pahang telah mengubah 360 darjah gaya memancing aku. Pada awalnya, agak susah untuk mempraktikkan pantang-larang dan petua ini.
Tapi lama-kelamaan ia menjadi nyaman dan selamat kerana aku sedar aku tidak membuat sesuatu kerosakan atau keburukan yang mahkluk lain tidak suka.
“Orang Tua” berkenaan memperturunkan pantang larang berikut untuk dikongsi bersama. Ini bukannya soal percaya atau tidak percaya tapi soal makhluk yang Allah ciptakan dalam berbagai rupa, bentuk dan keupayaan, yang tidak boleh kita aniayai dan zalimi.
Ingatlah sebaik-baik jin adalah sejahat2 manusia.
Berikut aku kongsikan 11 pantang larang buat kaki pancing:
1) Amalkan memberi salam apabila sampai ke tempat memancing. Ikhlaskan hati hanya untuk memancing mencari rezeki.
2) Betulkan niat. Jika berhajat untuk mendapat tiga atau 4 ekor ikan sahaja, berhentilah setelah hajat dipenuhi. Jangan tamak.
3) Jika terdapat ikan-ikan besar yg sering menunjukkan rupa tapi tidak mahu memakan umpan, biarkan saja....jangan dipedulikan.
4) Bawa segenggam garam kasar atau belerang atau sesuatu untuk halau binatang liar atau berbisa di tempat mancing. Masukkan ke dalam bekas kecil dan letakkan berhampiran.
Keempat-empat petua di atas adalah untuk keselamatan diri, rakan-rakan mahupun keluarga
5) Jangan membuang najis merata-rata. Carilah tempat yg sesuai untuknya. Petua ini adalah untuk mengelakkan kita dari mencemarkan tempat makhluk lain beribadat.
6) Jika keluar memancing dan pulang larut malam, jangan terus pulang ke rumah. Singgahlah dahulu di tempat lain saperti kedai kopi. Bila sampai di rumah jgn terus masuk kerumah. Berehatlah dahulu sebentar di luar rumah. Petua ini adalah untuk mengelakkan anda diikuti oleh makhluk halus dan menghalangnya dari memasuki rumah kita.
7) Jika orang rumah bertanya bila hendak balik ke rumah sesudah memancing. Jangan sekali-kali memberikan jam dam masa yg tepat. Katakan padanya nanti abang balik lah. Petua ini bagi mengelakkan makhlus halus menyerupai anda dan kembali kerumah kita sebelum kita.
8) 😎 Jangan mengambil sebarang benda di tempat kita memancing. Jika kita menggunakan benda yg terdapat di situ. Kembalikan ia semula ke tempatnya. Petua ini adalah untuk memelihara diri dan keluarga kita dari terambil hak makhluk lain yg akan membawa akibat yg buruk.
9) Jika memancing di tepi laut bersama keluarga, jgn biarkan anak bermain di gigi air laut. Kalau nak mandi terus mandi ke dalam air laut. Jika tidak duduk atau bermain saja di pantai. Petua ini adalah untuk keselamatan anak kita dari menjadi rebutan diantara makhluk di darat dan di laut.
10) Jaga mulut, jgn celupar dan suka menegur perkara yg pelik-pelik. Jika sesuatu yg aneh dan luar biasa berlaku, bacalah Ayat Kursi dalam hati… Jika benar-benar terdesak AZAN lah. Jangan panik, bawa bertenang. In Sha Allah semuanya akan baik.
11) Jika hasil tangkapan tiada, ingatlah ada benda yang sedang memburu selain anda di situ.
Jika ia adalah mahkluk halus, biarkan lah.
Jika ia adalah binatang, berhati-hatilah. Guna garam kasar atau penghalau binatang liar untuk elak dari bertemu atau menghalang ia memasuki kawasan mancing kita.
SEMOGA PETUA DAN PANTANG LARANG INI DAPAT DIAMALKAN BERSAMA DAN SAMPAIKANLAH KEPADA KAWAN-KAWAN DAN GENERASI MUDA
10 Comments
orang yg memancing ni sungguh sabaq depa :D
ReplyDeleteoo..mcm2 petua & pantang larang nya yer.. x salah & x rugi apa pun kalu buat.
ReplyDeleteTerima kasih ABam Kie.. :)
ReplyDeleteyang pastinya kalau nak jadi kaki pancing kene ada sifat penyabar yang tinggi, sabar tunggu ikan makan umpan dan 1 lagi sabar bila balik tak dapat hasil hehehhe (kene bebel bini)
ReplyDeleteseram petua nombor 7 tu
ReplyDeletePaling pantang kalau tak sabar haha
ReplyDeleteOOoo... Nombor 7 tu baru tau....
ReplyDeleteRumit juga pantang larangnya.
ReplyDeletebagus tips abe ni tq for sharing
ReplyDeletesaya bukan kaki pancing tpi pernah jugaklah ikut org pegi memancing
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.