Buat sardin sendiri tentu kebersihan terjaminkan, tak de dah cacing-cacing bagai. Nak buat pedas ke tidak, ikut selera memasing.

Meh Abam Kie kongsi resepinya. Jom buat sardin sendiri atau 😋 SARDIN HOMEMADE 
 

BAHAN-BAHAN:
 
1 kilo ikan sardin
4 biji bawang besar
4 ulas bawang merah kecik
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia ~x yah letak banyak2
3 sudu besar cili kering blender
Sebiji tomato dadu
5 biji cili dibelah dua
4 sudu besar cili sos & sedikit sos tomato
1/2 tin tomato puree
Garam
2 sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air ~ikut kepekatan
limau nipis 2 biji utk perapan
 

CARA-CARA MEMBUATNYA:
 
1. Ikan dipotong ekor n kepala.. bersihkan...pastu perap 10 minit dgn 1/2 sudu garam n 2 biji limau nipis atau kasturi...dah perap basuh semula n toskan air...ketepikan...
 
2. Blender semua bawang dan halia dan sepotong dua tomato..tumis hingga wangi dalam minyak yg banyak sikit lebih kurang suku cawan.
 
3. Dah garing n wangi masukkan cili blender dan tumis hingga betul2 garing n pecah minyak.
 
4. Masukkan pati kiub...sos tiram...tomato puree...tomato potong...dan bahan lain kecuali air kacau lagi bagi sebati...rasa la masin manis n masamnya..kalau dah ok tambah 2 cawan air...x yah banyak2 sangat...kacau sebati...masukkan ikan.
 
5. Tutup periuk tekanan n setkan masa dalam 80 minit lebih kurang sampai tulang dah agak lembut.
 
6. Bila dah cukup masa..lepaskan wap tekanan...ikut arahan pressure cooker masing2 la ye...abang non guna periuk ajaib tu je...stir fry sikit dlm 2 minit bagi kuah pekat...sedia dihidangkan.