Tips Untuk Mendapatkan Bentuk Badan Yang Menarik
MEMILIKI bentuk badan menawan atau tubuh langsing akan membuatkan individu itu yakin di khalayak ramai dan sentiasa bersedia berdepan pelbagai situasi.
Namun, bagi mengekalkan potongan badan seperti itu, perlu amalkan rutin sihat secara konsisten. Membuat kerja rumah dan bergerak ke sana sini apabila berada di tempat kerja atau belajar, sebenarnya memberi manfaat serta mudah untuk mengekalkan bentuk badan
Tanpa disedari, semua tugasan itu membabitkan pergerakan yang mampu membakar lemak.
1. Amalkan secara konsisten
Anda tidak perlu memberi perhatian sepenuhnya untuk menahan selera makan secara berdiet atau terpaksa giat melakukan senaman untuk mengekalkan tahap kecergasan badan.
Lakukan beberapa tabiat baik dan amalkan secara konsisten dalam tempoh sasaran tertentu. Hasilnya, bentuk badan menawan dapat dilihat dalam tempoh singkat.
2. Tiga hidangan setiap hari
Banyak pelan diet memberi pendekatan hidangan mini membabitkan jumlah makanan sedikit dari enam hingga lapan kali sehari. Sehinggakan, ada yang sanggup melanggan pelbagai pelan pemakanan di pasaran.
Untuk melaksanakan strategi ini, anda perlu mengekalkan antara 200 hingga 300 kadar kalori untuk hidangan dan makanan ringan. Kelihatannya mudah untuk makanan ringan tetapi tidak bagi waktu makan tengah hari, malam atau sarapan,
Justeru, amalkan tiga hidangan setiap hari bagi memuaskan hati dan tahap tenaga yang tinggi. Ini bermakna, sepanjang hari tiada waktu lapang untuk kudapan.
Penyelidikan pada tahun 2012, mendapati wanita yang makan tiga kali sehari rendah lemak dalam darah, berbanding mereka yang makan enam kali walaupun dengan jumlah kalori sama.
3. Amalkan buahan dan sayuran
Mengurangkan jumlah hidangan atau pengambilan makanan ringan dari enam ke tiga hidangan bukanlah penyelesaian pantas untuk mendapatkan bentuk badan langsing, sebaliknya menyeksa diri saja.
Salah satu helah untuk mengawal kalori adalah memenuhkan separuh pinggan dengan menghidangkan buahan dan sayuran. Mengamalkan makanan penuh nutrien ini juga menunjukkan pengurangan besar dalam berat badan. Seterusnya, isi separuh lagi dengan makanan lain berkhasiat dan karbohidrat.
4. Teliti saiz hidangan
Kajian dijalankan Universiti Cornell mendapati, mereka yang memakan saiz hidangan kecil ketika waktu makan tengah hari menghasilkan kurang 250 kalori setiap hari dan hilang kira-kira 400 gram dalam masa seminggu.
Ini adalah cara menjaga bentuk badan paling konvensional, bagi mengelakkan anda menghadap hidangan penuh tamak pada malam hari selepas mengurangkan saiz hidangan di waktu siang.
Penyelidik turut berkata, badan akan set semula dengan sendiri selepas setiap hidangan. Justeru, pengambilan saiz hidangan yang kecil tidak membuatkan anda untuk mengambil secara berlebihan sebaliknya menerima kebaikan berterusan.
5. Aktiviti berjalan
Lakukan aktiviti berjalan secara pantas setiap hari. Jadikan berjalan sebahagian daripada rutin harian supaya boleh menikmati kesihatan kardiovaskular, pengurusan tekanan dan berat badan.
Pilih laluan dengan pemandangan menyeronokkan seperti taman. la dapat memberi keseronokan apabila dapat melihat suasana semula jadi. Selain itu, berjalan berulang-alik ke tempat kerja dan jadikan ia rutin bersama teman.
Pakai kasut dan pakaian dengan lapisan pakaian dalam yang selesa supaya anda boleh menyesuaikan diri dengan apa saja suhu. Sebaiknya, berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
6. Latih diri dengan berat
Gunakan latihan rintangan untuk mengekalkan jisim otot supaya menggalakkan kesihatan tulang dan merangsang metabolisme badan anda.
Latih diri tiga hari setiap minggu dengan latihan seperti tekanan dada, kaki dan belakang kepala serta seated row'. Kebanyakan pusat kecergasan mempunyai litar mesin yang anda boleh ikuti. Latih badan anda untuk setiap senaman.
7. Jauhi makanan proses
Makanan proses sewajarnya tidak termasuk dalam diet. Ini kerana pengambilannya akan membantu menyingkirkan kalori kosong yang cenderung untuk menambah berat badan yang tiada manfaat dari segi pemakanan.
Gantikan dengan tepung putih, gula dan daging yang diproses bersama beras perang. bijian, buah-buahan, sayur sayuran serta daging tanpa lemak.
Makan lima hingga enam hidangan kecil tetapi seimbang setiap hari. Elakkan memadatkan diri sendiri, sebaliknya hanya makan sehingga anda tidak lagi lapar berbanding makan sehingga kekenyangan.
16 Comments
yang penting semangat.. saya ni memula bersemangat, pastu malas... hahaha
ReplyDeletepoint no 7 tu payah sikit dibuang dalam diri huhuhu
ReplyDeletekena konsisten..tu yg adventure skt tu. mula2 ok..seminggu dua minggu, lama2 ke laut sudah...
ReplyDeleteJauhi makanan proses
ReplyDeleteLama nk loading blog abam kie ni ye...bg sy nk dptkan bentuk badan ni senang, nak kekal tu susah.
ReplyDeleteSaya sejak kena darah tinggi terus jaga pemakanan sihat dan kawal berat badan. Serik duduk wad lama²
ReplyDeleteMAKANAN PROSES XBAIK UTK KESIHATAN JUGA KAN
ReplyDeleteAnak Yaya yang masih kecil ni duk sibuk jaga badan. Emaknya yang krik2 tengok anak bersenam dan bersukan.
ReplyDeletenombor 4 tu uncle selalu tak teliti langsung! hehehehe
ReplyDeleteTips bagus dan mudah di amalkan sebenarnya, cuma kena berdisiplin
ReplyDeletePetang-petang memang keluar berjalan tengok pemandangan.
ReplyDeleteSelalu makan sayur dan buah itu yang susah untuk konsisten.
ok noted abe. mmg bagus tips ni
ReplyDeletesungguh benar bagai di kata. hati kena kental nak buat semua ni :D
ReplyDeleteAduh! Kalaulah saya boleh buat satu dari 7 poin abang Kie bagi ni bersyukur sangat.. masalahnya.. liat sungguh lah.
ReplyDeletewah satu info yang sangat bermanfaat..
ReplyDeleteharap istiqamah untuk mengamailkannya
No. 6 itu hoohoho.. nak angkat beras 5kg pun menangis
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.