13 Tips Untuk Khusyuk Dalam Solat
Solat yang khusyuk sudah semestinya sah. Tetapi solat yg sah belum tentu khusyuk. Khusyuk dlm solat dpt menyentuh & mendidik hati, akal & nafsu manusia. Ini ialah 13 tips utk khusyuk dlm solat yg semua orang boleh cuba.
1. Sedar kita sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.
2. Penuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak-geri kita.
3. Faham segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
4. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah al-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk jauhkan dari gangguan syaitan5. Pandang ke tempat sujud dan tak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam bersolat.
6. Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.
7. Cuba sedaya upaya utk sentiasa melaksanakan solat berjemaah, (yang paling afdal ialah di masjid, bagi lelaki).
8. Makan & minum dr sumber yang halal
9. Sebelum solat, selesaikan semua hajat utk buang air kecil/besar
10. Ambil wuduk dengan sempurna supaya air kena semua anggota yang wajib dan baca niat wudhuk.
11. Pakai pakaian yang bersih dan kemas mcm nak jumpa orang yang sangat2 penting dlm hidup kita
12. Pastikan tempat sujud tak ada gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
13. Ingat mati dan solat seolah-olah inilah solat kita yg terakhir. Ini paling ampuh untuk saya. Korang boleh cuba jugak.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. [Surah Al-Mu'minuun ayat 1-2]
Jom mulai saat ini jom kita berazam utk baiki solat kita, cuba solat penuh, cuba solat dengan lebih khusyuk, cuba faham setiap makna bacaan dlm solat.
Semoga semua usaha kita walaupun kecil, dipandang oleh Allah. Semoga kita & keturunan kita adalah dalam kalangan hambaNya yang solat penuh & solat dgn penuh khusyuk. Aaminn
10 Comments
syukran for sharing...
ReplyDeleteBukan mudah nk solat khusyuk. Pernah tanya abah Syu masa sekolah dedulu. Katanya, orang yang khusyuk dalam solat ni dia takkan dengar walau sikit pun bunyi. Jasad bergerak tapi rohnya menghadap Allah S.W.T
ReplyDeleteJangan bawa smartphone ketika ke surau office eh!
ReplyDeleteIn syaa Allah
ReplyDeletegood sharing :)
ReplyDeleteSubahanallah..terbaik banyak manfaat
ReplyDeletemari kita berazam untuk khusyuk dalam solat selepas ini
ReplyDeleteTKSH CIKGU PERKONGSIAN BERMANFAAT
ReplyDeleteMemang satu perjuangan untuk khusyuk.
ReplyDeleteterima kasih abe atas sharing yang bagus ni.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.