Hubungan antara anak dan ibu bapa adalah hubungan yang sangat suci dan istimewa, tidak akan terputus selama-lamanya. Sekalipun telah terpisah antara dunia ini dan dunia tempat tinggal mereka di alam Barzakh, hubungan tersebut akan terus kekal dan akan bersambung hingga ke akhirat.

Yang terpisah hanya jasad. Seolah-olah ada satu pintu yang memisahkan antara dunia ini dengan dunia mereka. Dan mereka telah melalui pintu tersebut untuk menyeberang ke alam Barzakh di sebelah sana. Suatu hari nanti kita juga akan melalui pintu tersebut.

Justeru, sekalipun mereka telah tiada, masih ada beberapa amalan dan bakti yang mampu kita lakukan buat mereka. Berikut antaranya:

#1- 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙪𝙧𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙅𝙚𝙣𝙖𝙯𝙖𝙝 𝙄𝙗𝙪 𝘽𝙖𝙥𝙖

Setelah ibu bapa meninggal dunia, perkara pertama yang boleh dilakukan untuk berbakti kepada mereka ialah menguruskan jenazah mereka secepat mungkin. Meskipun biasanya pengurusan jenazah dilakukan oleh pihak yang mahir dan terlatih, namun ambil lah peluang terakhir untuk menguruskan jenazah ibu bapa. Jika tidak tahu, maka ini masa untuk mula belajar.

#2- 𝙈𝙚𝙡𝙪𝙣𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙃𝙪𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙄𝙗𝙪 𝘽𝙖𝙥𝙖

Sesungguhnya roh seorang anak adam itu terhalang kerana hutang, hatta semua dosa akan diampunkan bagi orang yang mati syahid kecuali hutang. Maka jika ibu bapa masih mempunyai hutang dengan siapa-siapa, usahakanlah untuk melunaskan hutang tersebut.

Jika anak dan ahli keluarga tidak mampu, maka umat Islam perlu saling membantu untuk melunaskannya. Sebaiknya bertemulah dengan pihak yang memberi hutang supaya boleh berbincang dengan lebih lanjut.

Sama juga dalam hal ibadah. Jika ibu bapa pernah berniat untuk melakukan ibadah haji contohnya, dan mereka tidak sempat untuk melaksanakannya, maka kita boleh menunaikan ibadah tersebut bagi pihak mereka.

Seorang wanita daripada Juhainah datang menemui Nabi SAW dan berkata: 

𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘪𝘣𝘶𝘬𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘯𝘢𝘻𝘢𝘳 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘬𝘴𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘫𝘪 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘥𝘪𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘬𝘴𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘫𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭 𝘥𝘶𝘯𝘪𝘢. 𝘈𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘬𝘴𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘫𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬𝘯𝘺𝘢?”

Rasulullah menjawab: 

“𝙔𝙖, 𝙝𝙖𝙟𝙞𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙖. 𝘼𝙥𝙖 𝙥𝙖𝙣𝙙𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙟𝙞𝙠𝙖 𝙞𝙗𝙪 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙠𝙞 𝙝𝙪𝙩𝙖𝙣𝙜, 𝙖𝙙𝙖𝙠𝙖𝙝 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙡𝙪𝙣𝙖𝙨𝙞𝙣𝙮𝙖? 𝙇𝙪𝙣𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 (𝙝𝙪𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖) 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙖𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙙𝙞𝙡𝙪𝙣𝙖𝙨𝙞”

#3- 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙠𝙨𝙖𝙣𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙣𝙘𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘼𝙩𝙖𝙪 𝙅𝙖𝙣𝙟𝙞 𝙄𝙗𝙪 𝘽𝙖𝙥𝙖

Jabir bin ‘Abd Allah radhiallahu ‘anh menerangkan: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berkata: 

“𝘼𝙥𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙙𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙝𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝘽𝙖𝙝𝙧𝙖𝙞𝙣 𝙣𝙚𝙨𝙘𝙖𝙮𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙪 𝙨𝙚𝙠𝙞𝙖𝙣-𝙨𝙚𝙠𝙞𝙖𝙣.” 𝙉𝙖𝙢𝙪𝙣 𝙝𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝘽𝙖𝙝𝙧𝙖𝙞𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙝𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙉𝙖𝙗𝙞 𝙨𝙝𝙖𝙡𝙡𝙖𝙡𝙡𝙖𝙝𝙪 ‘𝙖𝙡𝙖𝙞𝙝𝙞 𝙬𝙖𝙨𝙖𝙡𝙡𝙖𝙢 𝙬𝙖𝙛𝙖𝙩.

Ketika harta dari Bahrain sampai, Abu Bakar (radhiallahu ‘anh) memerintahkan seseorang menyeru:

“𝘚𝘦𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘪𝘭𝘪𝘬𝘪 𝘫𝘢𝘯𝘫𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘩𝘶𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘕𝘢𝘣𝘪 𝘴𝘩𝘢𝘭𝘭𝘢𝘭𝘭𝘢𝘩𝘶 ‘𝘢𝘭𝘢𝘪𝘩𝘪 𝘸𝘢𝘴𝘢𝘭𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘪.”

Maka aku datang dan berkata: 

“𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘕𝘢𝘣𝘪 𝘴𝘩𝘢𝘭𝘭𝘢𝘭𝘭𝘢𝘩𝘶 ‘𝘢𝘭𝘢𝘪𝘩𝘪 𝘸𝘢𝘴𝘢𝘭𝘭𝘢𝘮 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘢𝘯𝘫𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘬𝘪𝘢𝘯-𝘴𝘦𝘬𝘪𝘢𝘯.” 

Maka dia memberi aku satu genggaman dan aku menghitungnya, ternyata jumlahnya lima ratus (dirham). 

Dia berkata: 

“𝘈𝘮𝘣𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘴𝘦𝘶𝘮𝘱𝘢𝘮𝘢𝘯𝘺𝘢” 

(Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya , no. 2296, hadis sahih)

Kisah tersebut menunjukkan bahawa janji yang pernah diberitahu Rasulullah dilunaskan ketika baginda telah wafat dan Saidina Abu Bakar sudah menjadi pemerintah.

#4- 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙠𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙗𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝘿𝙞𝙨𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣

Sekalipun ibu bapa telah meninggal dunia, masih ada banyak amalan yang boleh dilakukan bagi membantu mereka di hari kemudian.

“𝙎𝙚𝙨𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 ‘𝘼𝙯𝙯𝙖 𝙬𝙖 𝙅𝙖𝙡𝙡𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙞𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙧𝙟𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙚𝙡𝙖𝙠𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙙𝙞 𝙨𝙮𝙪𝙧𝙜𝙖, 𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙙𝙞𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙖𝙣𝙮𝙖: “𝙒𝙖𝙝𝙖𝙞 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣! 𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖𝙠𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙞𝙣𝙞?” 𝘿𝙞𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗: “𝘿𝙞𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙢𝙤𝙝𝙤𝙣𝙖𝙣 𝙖𝙢𝙥𝙪𝙣 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙠𝙖𝙢𝙪.” 

(Musnad Ahmad, no: 10202/10610 dengan sanad hasan)

Selain itu, pahala daripada amalan sedekah juga mampu dihubungkan kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia. 

Daripada ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma,

“Sesungguhnya datang seorang lelaki dan bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘪𝘣𝘶𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭 𝘥𝘶𝘯𝘪𝘢, 𝘢𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘢𝘯𝘧𝘢𝘢𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬𝘯𝘺𝘢 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘥𝘦𝘬𝘢𝘩 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬𝘯𝘺𝘢?”

Rasulullah menjawab: "𝙔𝙖".

Lelaki itu lantas berkata: 

“𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘪𝘭𝘪𝘬𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘣𝘶𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘶𝘢𝘩, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘢𝘬𝘴𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘸𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘴𝘦𝘥𝘦𝘬𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬𝘯𝘺𝘢.” 

(Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no 2770 – status hadis sahih)

#5- 𝙈𝙚𝙣𝙚𝙧𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣 𝘼𝙢𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙄𝙗𝙪 𝘽𝙖𝙥𝙖 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝘽𝙖𝙞𝙠 𝘿𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙝𝙚𝙣𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝘽𝙪𝙧𝙪𝙠

Rasulullah SAW bersabda bahawa: 

“𝙎𝙚𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙪𝙣𝙣𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙞𝙖 𝙙𝙞𝙖𝙢𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙞𝙩𝙪, 𝙙𝙞𝙩𝙪𝙡𝙞𝙨 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠𝙣𝙮𝙖 (𝙥𝙖𝙝𝙖𝙡𝙖) 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙥𝙖𝙝𝙖𝙡𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙢𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙩𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙙𝙞𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙝𝙖𝙡𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 (𝙥𝙖𝙧𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙖𝙢𝙖𝙡 𝙞𝙩𝙪) 𝙨𝙚𝙙𝙞𝙠𝙞𝙩 𝙥𝙪𝙣. 𝙎𝙚𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙪𝙣𝙣𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙟𝙖𝙝𝙖𝙩 𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙞𝙖 𝙙𝙞𝙖𝙢𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙞𝙩𝙪 𝙙𝙞𝙩𝙪𝙡𝙞𝙨 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠𝙣𝙮𝙖 (𝙙𝙤𝙨𝙖) 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙙𝙤𝙨𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙢𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙩𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙙𝙞𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙤𝙨𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 (𝙥𝙖𝙧𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙖𝙢𝙖𝙡 𝙞𝙩𝙪) 𝙨𝙚𝙙𝙞𝙠𝙞𝙩 𝙥𝙪𝙣”

(Dikeluarkan oleh Muslim dalam Sahihnya, no. 1017 – status hadis sahih)

Maka jika semasa ibu bapa hidup, mereka sering melakukan amalan membantu fakir miskin, mensedekahkan buku-buku untuk kegunaan kanak-kanak yang memerlukan, atau ibu selalu menjahitkan baju raya dan mensedekahkannya kepada anak-anak yatim, maka seeloknya amalan tersebut diteruskan.

Sebaliknya, jika mereka ada melakukan suatu yang salah dan bertentangan dengan syariat seperti pernah berselisih faham dengan seseorang, maka pergilah berjumpa pihak tersebut untuk meminta maaf. Jika ayah pernah menulis buku dan di dalamnya terdapat kesalahan, maka perbetulkanlah penulisan tersebut dan maklumkanlah kepada orang ramai.

#6- 𝙈𝙚𝙣𝙙𝙤𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙄𝙗𝙪 𝘽𝙖𝙥𝙖

Rasulullah SAW bersabda bahawa: 

"𝘼𝙥𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖, 𝙩𝙚𝙧𝙥𝙪𝙩𝙪𝙨𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙖𝙢𝙖𝙡𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙠𝙚𝙘𝙪𝙖𝙡𝙞 𝙩𝙞𝙜𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙠𝙖𝙧𝙖: 𝙨𝙚𝙙𝙚𝙠𝙖𝙝 𝙟𝙖𝙧𝙞𝙮𝙖𝙝𝙣𝙮𝙖 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙞𝙡𝙢𝙪𝙣𝙮𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙢𝙖𝙣𝙛𝙖𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙤𝙖𝙠𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖".

(Dikeluarkan oleh Muslim dalam Sahihnya, no. 1631 – status hadis sahih)

Doa juga antara penghubung yang paling dekat antara kita dan ibu bapa yang telah meninggal dunia. Tidak ada perkara lain lagi yang mereka perlukan setelah meninggal dunia melainkan kebaikan Tuhan hasil doa dan permohonan daripada anak-anak mereka.

Antara doa yang diajarkan di dalam Al-Quran ialah seperti berikut:

“𝙒𝙖𝙝𝙖𝙞 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣𝙠𝙪! 𝘾𝙪𝙘𝙪𝙧𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙧𝙖𝙝𝙢𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙪𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙪𝙧𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙧𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠𝙠𝙪 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙠𝙚𝙘𝙞𝙡.” 

(Surah al-Isra’ 17:24)

#7- 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙝𝙪𝙗𝙪𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙎𝙞𝙡𝙖𝙩𝙪𝙧𝙖𝙝𝙞𝙢

Menghubungkan silaturahim bermaksud menyambung hubungan baik yang pernah ada antara ibu bapa kita dan kenalan mereka. Walaupun ibu bapa telah meninggal dunia, kita tidak membiarkan hubungan itu terpadam begitu sahaja.

Terdapat satu kisah yang boleh diambil pelajaran berkenaan anjuran menghubungkan silaturahim.

Dalam satu perjalanan ke Mekah, ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma menemui seorang Arab Badwi. Lantas Ibn ‘Umar mengucapkan salam kepada beliau, menaikkan beliau ke atas keldai yang tadi ditungganginya dan kemudian memberikan beliau serban yang sedang dipakainya.

Ibn Dinar (yang menyaksikan perbuatan Ibn ‘Umar) berkata kepadanya: 

“𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘦𝘭𝘰𝘬 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘶! 𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘈𝘳𝘢𝘣 𝘉𝘢𝘥𝘸𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘴𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱𝘪 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘬𝘪𝘵.” 

Maka Ibn ‘Umar menjawab:

“𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘣𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘥𝘪𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢𝘪 𝘰𝘭𝘦𝘩 (𝘢𝘺𝘢𝘩𝘬𝘶) ‘𝘜𝘮𝘢𝘳 𝘣𝘪𝘯 𝘢𝘭-𝘒𝘩𝘢𝘵𝘩𝘵𝘩𝘢𝘣.

𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘩𝘢𝘭𝘭𝘢𝘭𝘭𝘢𝘩𝘶 ‘𝘢𝘭𝘢𝘪𝘩𝘪 𝘸𝘢𝘴𝘢𝘭𝘭𝘢𝘮 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘣𝘥𝘢:

“𝙎𝙚𝙨𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙖𝙠𝙩𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙞𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙪𝙗𝙪𝙣𝙜 𝙨𝙞𝙡𝙖𝙩𝙪𝙧𝙖𝙝𝙞𝙢 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖𝙞 𝙖𝙮𝙖𝙝𝙣𝙮𝙖".

(Dikeluarkan oleh Muslim dalam Sahihnya , no. 2552 – status hadis sahih)

𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽

Bagi mereka yang ibu bapa mereka sudah meninggal dunia, mungkin kita ada terlepas peluang untuk berbakti kepada mereka semasa mereka hidup, namun kita masih mempunyai peluang untuk berbakti kepada mereka setelah mereka meninggal dunia.

Bagi mereka yang mempunyai ibu bapa yang masih hidup pula, berazamlah untuk mengambil tahu sedikit sebanyak perihal kehidupan ibu bapa, dengan siapa mereka berkawan, aktiviti mereka dengan orang di sekeliling serta niat dan keinginan mereka supaya maklumat tersebut dapat digunakan setelah mereka meninggal dunia. 

Wallahua’lam.

Sumber: Facebook