Kasut Sekolah Pallas Menjamin Keselesaan Kaki Anak Anda
Bagi negeri-negeri yang sudah memasuki fasa 4 sudah pasti semua murid sudah kembali ke sekolah biarpun secara bergilir. Ibu-bapa jadi serba salah sebab cuti sekolah sudah hampir tapi anak-anak masih perlu pergi ke sekolah untuk 3 minggu saja. Susah kan nak keluarkan belanja untuk membeli kelengkapan sekolah anak-anak? Terutama sekali kasut sebab setelah setahun belajar di rumah, kaki anak-anak semakin membesar. Dah tak muat pulak!
Tapi jangan risau kerana Pallas ada mengeluarkan pelbagai model dan saiz kasut untuk kegunaan anak-anak kembali ke sekolah nanti. Abam Kie sejak dahulu lagi membelikan kasut sekolah jenama Pallas untuk anak-anak. Meh Abam Kie ceritakan mengapa kasut Pallas menjadi pilihan hati sejak lebih sedekad lalu.
Pertama sekali kasut Pallas mempunyai sistem ventilasi atau pengudaraan yang hebat! Sistem ventilasi ini memastikan kaki anak-anak dapat bernafas ketika mereka berada di sekolah untuk tempoh masa yang panjang.
Pengudaraan yang baik dapat menghindari kelembapan dari kaki anak-anak anda. Yang bagusnya kasut Pallas ini cepat kering. Jadi pada musim hujan sekarang ni ibubapa tidak perlu risau andainya kasut anak-anak mereka basah. Pasti cepat je kering terutama sekali bila diletakkan di belakang peti sejuk. Itulah petua yang Abam Kie selalu amalkan dulu. Cubalah!
Pendekata, murid-murid dapat berjalan dengan selesa dan selamat apabila memakai kasut Pallas ini. Percayalah!
Pemilihan kasut yang selesa amatlah penting kepada kanak-kanak yang sedang membesar kerana mereka tu lasak dan kerap bergerak semasa di sekolah. Jadi Abam Kie merasakan kasut Pallas yang diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi seperti lapisan getah amat sesuai untuk murid-murid sekolah. Keselesaan pada kaki dapat memastikan mereka kekal fokus semasa belajar di sekolah. Setuju kan?
Kasut yang selesa amat penting kepada kanak-kanak yang sedang membesar bagi memastikan kaki mereka tidak melecet semasa berjalan. Selain daripada itu, keselesaan pada kaki dapat memastikan kanak-kanak di sekolah dapat belajar dengan tenang tanpa apa-apa gangguan.
Jadi abam kie ingin menyeru kawan-kawan pergi membeli kasut Pallas dengan segera bagi menyiapkan anak-anak untuk kembali ke sekolah pada 2 Januari 2022 nanti. Untuk maklumat lanjut mengenai kasut terbaharu keluaran Pallas Malaysia, kawan-kawan boleh layari laman web www.pallas.com.my atau terus saja ke FB Pallas Malaysia. Ingat kasut, ingat Pallas!
9 Comments
Saya dulu masa sekolah pun pakai kasut Pallas :D
ReplyDeletedulu2 kasut fung keong yg femes...yg ada 2 jalur hijau....kenangan lama..
ReplyDeletememang pilihan dari sdulu..selesa pakai. tapak pun bagus
ReplyDeleteAhahahahah ada tagline lagi ya. Budak budak memang pakai kasut ni.
ReplyDeleteNasib uncle dah lepas zaman beli kasut sekolah anak...
ReplyDeleteKasut Pallas makin lama makin cantik dan kegunaan makin bagus.
ReplyDeletekasut ni memang bagus..
ReplyDeletesaya zaman sekolah menengah dulu mmg fevret kasut palas. kalau beli yg baru pon mesti nak klasut palas
ReplyDeletedulu x banyak sgt design nya, now dah makin meriah... kan?
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.