Kegunaan hampas kopi yang kita perlu tahu
Hampas Kopi. Kalau korang minum kopi setiap hari dekat rumah, hampas kopi ni jangan buang terus dalam tong sampah. Banyak kegunaan dia. Jadi, biar Abam Kie senaraikan beberapa cara yang korang boleh guna.
1. Baja Pokok
Hampas kopi mempunyai nutrisi seperti kalsium, nitrogen, magnesium & kromium. Jadi ia sangat sesuai utk tanaman pokok. Taburkan atas tanah berdekatan pokok. Tapi ingat, sifat kopi adalah berasid, jangan tabur terlalu banyak. Guna kulit telur utk neutralkan balik.
2. Bilik/Ruang dalam Rumah Berbau
Kadang-kadang walaupun dah bersihkan rumah, mop lantai, vacum semua, ruang rumah tetap ada bau tak sedap. Caranya mudah, ambil hampas kopi yg kering, letak dalam bekas terbuka, letak ditengah-tengah ruang bilik. Bilik korang akan bau harum!
3. Singki bau busuk
Selalu bila lepas basuh pinggan mangkuk, ada bau kurang sedap kan? Hampas kopi ni boleh bantu. Taburkan hampas kopi ni atas semua permukaan singki & table top. Guna kain lembab gosok dgn perlahan, berus utk singki. Bilas semula dgn kain lembab yang bersih.
4. Peti Ais Berbau
Selalu lepas bebeapa minggu/bulan, peti ais kita bau busuk kan? Mungkin sebab bakteria banyak dan makanan lama terbiar. Caranya, buang semua makanan tamat tempoh, bersihkan peti ais & letak hampas kopi dalam bekas terbuka dan letakkan dlm peti ais.
5. Kereta
Satu lagi lupa sebut. Kalau musim hujan, kereta selalu bau kepam/masam. Lepas cuci & vacuum kereta korang, isi hampas kopi dalam cawan, letak dekat cup holder tengah-tengah kereta. Bau harum semerbak kereta korang! Tapi pastikan hampas tu kering.
Semoga bermanfaat. Jom kita cuba petua ini di rumah. Dapat gak berjimat dan menjaga alam sekitar.
10 Comments
Dulu pernah baca petua, hampas kopi boleh melembutkan tangan. Gosok tangan dgn hampas kopi nanti lembut. Tapi skrg guna instant kopi dah tak ada hampas 😆
ReplyDeleteterima kasih share
ReplyDeleteTerima kasih cikgu perkongsian..boleh buat ni..jadikan baja.
ReplyDeletebanyak kegunaan hampas kopi ya baru tau
ReplyDeleteOooo... macam2 kegunaan... Uncle dok buang je!
ReplyDeleteBolehlah buat tapi memang mak memang simpan untuk tabur pada tanah.
ReplyDeletesebagai baja tu saya dah amalkan.. yang lain tu boleh la buat juga nanti
ReplyDeletenak letak dlm peti ais la sat nak tgk ada perubahan tak. kebetulan peti ais rosak ni
ReplyDeletepernah baca, tapi selalu terlupa
ReplyDeleteIdea yg berguna ni.. Biasa hampas dia buang mcm tu jer.. Xthu ada kebaikannya
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.