Kenapa anda tidak boleh tinggal dengan ibubapa atau mentua selepas kahwin?
1. Kurang Privasi
Kehidupan anda selepas berkahwin tidak lagi sama seperti kehidupan zaman bujang dahulu. Walaupun ada yang dah bertahun kenal dengan pasangan, tinggal serumah dengan mereka tentunya akan meninggalkan perasaan yang berbeza berbanding semasa bercinta dahulu. Bila dah tinggal serumah, biasanya hal-hal kecil pun boleh menimbulkan persoalan, kemarahan, pergaduhan, atau rasa sakit hati.
Pada awal perkahwinan ini jugalah anda perlu banyak berkomunikasi
antara satu sama lain dengan telus dan saling bertolak ansur. Namun jika
ia semua berlaku di rumah sendiri, ia lebih mudah diatasi kerana anda
punya ruang dan privasi sendiri untuk menjiwai serta memahami perasaan
pasangan dengan lebih mendalam.
2. Tidak Dapat Belajar Berdikari
Orang kata, selagi kita belum pernah pindah dari rumah mak ayah, bayar sewa rumah, bil, makan minum, dan keperluan sendiri, selagi itulah kita belum benar- benar belajar untuk berdikari. Semua pengalaman dan kesusahakan inilah yang akan mengajar kita erti toanggungjawab serta selok-belok kehidupan yang sukar didapati apabila menumpang di rumah orang.
Setua mana pun usia kita, ibu bapa akan selalu melihat anak mereka sebagai 'anak kecil'. Mereka akan selalu risaukan kita dan mahu cuba memberi pertolongan kepada kita. Oleh itu, kuranglah peluang untuk anda melihat dan menerokai 'dunia sebenar di luar sana.
3. Isu Aurat
Dalam budaya dan agama kita, isu aurat adalah isu yang tidak wajar dipandang remeh. Apabila tinggal serumah dengan orang lain, si isteri terutamanya, tidak mempunyai kebebasan untuk berpakaian sebebasnya, walaupun bertujuan untuk dilihat oleh suami saja. Lebih-lebih lagi jika ada ipar yang tinggal bersama, kenalah bertudung sepanjang masa. Nak keluar masuk bilik air pun rasa segan, apatah lagi nak bersantai tengok TV dengan pasangan.
4. Sukar Membuat Keputusan
15 Comments
Pepatah lama ada mengatakan, biar banyak rumah, jangan banyak serumah
ReplyDeleteWell...saya setuju dengan semua diatas.
ReplyDeletesetuju sgt.. a few month ok lagi la.. sementara nak cari rumah ke. but more than 6 months, mcm x proper dah la...
ReplyDeletebetullah tu. lagi-lagi kalau ada ipar duai. cuma kalau ibu bapa dah tua atau sakit janganlah dibiar pula
ReplyDeleteOOoo... isu aurat pun penting ye
ReplyDeletebetul jgn tinggal serumah..actually kalau sekejap boleh la tp lama2 jngan la..memang agak makan hati sebenrnya..
ReplyDeleteSeboleh dan sebaik-baiknya bergitulah. Setuju sangat-sangat.
ReplyDeletedepends juga kan. mungkin ada eloknya juga bagi sesetengah kes. boleh jaga mertua yg tak berapa sihat dan kutip pahala hihi
ReplyDeleteNasihat yg baik, terutama bagi pasangan yg akan mendirikan rumahtangga, utk pertimbangan. At least, dpt buat planning awal2.
ReplyDeleteIya. Orang tua / mertua kita bawa ke rumah kita. Bukan kita berkampung di rumah mereka. Nanti turun temurun anak-anak menantu kita pun nak duduk dengan kita. Tak thrill, raya sepanjang masa hehe.
ReplyDeletekalau anak tunggal atau orang tua tinggal berseorangan...wajar juga tinggal bersama mereka.
ReplyDeletenamun tinggal berdikari bersama isteri atau anak-anak satu keputusan terbaik berdasarkan alasan dan hujah abam kie
Betul hujah-hujah diberikan.
ReplyDeleteBoleh di atur..tetapi serahkan pada anak-anak yang dah ada pasangan hidup..gayanya bila dah berumah tangga tinggal berdua lagi kan..hehehe
ReplyDeletearwah mak saya dulu selalu berpesan, kalau dah kawen nanti pergi duduk rumah sendiri... awal2 dia dah warning...
ReplyDeleteThank you sharing
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.