Kepentingan memiliki chest freezer di rumah
Assalamualaikum. Kepentingan menyimpan bahan makanan agar tahan lama dengan mengguna peti sejuk beku atau chest freezer semakin memuncak sejak akhir2 ini. Makanan yang disimpan di dalam peti sejuk beku akan tahan sehingga 6 bulan dan masih kekal segar bila dinyahbeku.
Abam Kie sendiri pada mulanya keberatan nak beli chest freezer seperti gambar di atas kerana takutkan bil elektrik akan melonjak. Tapi mujurlah kenaikan bil tu sedikit saja. Malahan faedah2 yang didapati dengan menggunakan peti sejuk beku ini melebihi keburukannya.
Pertama sekali, ia dapat mengurangkan kesesakan di dalam peti sejuk Panasonic yang digunakan sejak 8 tahun lalu itu. Peti sejuk tu memanglah sudah besar tapi masih belum menampung muatan makanan dan minuman yg perlu disimpan. Sebagai contoh, bila tiba Hari Raya Aidil Adha, daging korban tak muat untuk disimpan di dalamnya. Jadi dgn adanya chest freezer, maka segala daging dan tulang lembu korban tu mudah disimpan.
Kedua, lauk-pauk atau gulai yg tak habis dimakan boleh saja disimpan di dalam chest freezer. Nanti seminggu kemudian, boleh aje dinyahfros gulai tersebut untuk dimakan. Jika tak tahu nak masak apa, cuma korek je dlm chest freezer tu. Pasti ada lauk lebih yang boleh dipanaskan untuk dimakan!
Inilah foto peti sejuk Panasonic yang dibeli pada thn 2013. Masih berfungsi dengan baik. Makanan yang tak perlu disejukbeku akan disimpan di dalamnya. Jadi ruang penyimpanan dapat dimanfaat dengan sepenuhnya.
Kepada kawan2 yg ada ramai anak, seharusnya membeli chest freezer untuk menampung permintaan anak-anak yang hendak selalu makan!
21 Comments
rumah ammi di KL ni ni sizenya cuma 890sq. ft je..jadi tak sesuai untuk diletakkan chest freezer ni abe kie..terhad sangat ruang. peti ais ammi ni pun duduknya di antara sliding door nak ke dapur dan boleh nampak dari hall. gitulah nasib duduk rumah kecik
ReplyDeletesejak ada freezer cammni, wak rasa freezer ni makan bil api paling byk .,. huhuhu
ReplyDeletewahh thanks abam bagi tips. boleh la nanti nak beli bila dapat masuk rumah baru
ReplyDeleteSaya ada dulu 1..buat isi susu anak..lpas da anak tak mnyusu dah saya guna simpan brg2 frozen..tpi dah letgo dah dulu
ReplyDeletebole dipikirkan pembelian nya hehehe
ReplyDeleteBagus, kan.. tapi sy tak larat nak mengorek dalam tu, hihi.
ReplyDeleteRumah uncle takde ruang untuk benda ni... makumlah rumah kecik
ReplyDeleteItulah.. anak dah besar memang nak kena ada je stok makanan beku kat rumah... Senang...
ReplyDeleteWak buat simpan isi durian dan cempedak
ReplyDeletepenting juga kegunaan freezer gini
ReplyDeleteMenarik sekali... saya pun rasa nak beli satu, tapi bukan sekarang kena kemas dulu rumah mencari ruang yg sesuai nak letak hehehe
ReplyDeleteNak jugak satu tapi fikirkan banjir tiap tiap tahun di Pahang ni, bikin gundah. Hm
ReplyDeleteAlhamdulillah, kat rumah tak perlu chest freezer sbb fridge kat rumah mampu simpan barangan frozen dgn kapasiti besar..lagipun x de ruang nak letak chest freezer dlm rumah kecil kami
ReplyDeleteabam kie..anngaran kenaikan bill brape kalau kite ade chest freeze macam ni?
ReplyDeleteLebih kurang rupa peti kita. awa jenis masak lauk frozen gak. senang tak yah nk penat badan sgt. panaskan je nnti
ReplyDeletebagus ada freezer ni, byk boleh simpan..
ReplyDeleteHehe tapi kan dalam hendak korek. Jenuh kadang-kadang cari. Tapi tidak dinafikan ia jadi keperluan.
ReplyDeletebestnya kalau ada chest freezer . mama xde lagi
ReplyDeletebeli masa kat bangkok dulu, sbb senang wat stok..balik sini rumah mcm full je so past ke umah Ibu...memang penting sgt rasanya..tambah2 bila raya & adik beradik semua balik. senang wat stok
ReplyDeleteBerguna juga beli ni
ReplyDeleteBiasa beli makanan frozen
pernah berangan untuk beli tapi masih dalam angan je.. hehehe
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.