Bagaimana mengatasi kebosanan di dalam wad?
Assalamualaikum wbt dan semoga semua sihat sejahtera.
Abe Kie sudah dua kali masuk wad. Kali pertama pada April 2019. 4 malam di wad Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu kerana pembedahan laser batu karang. 2 tahun kemudian Abam Kie ditahan di wad hospital yang sama pada bulan Ramadhan lepas kerana dijangkiti Covid 19 tahap 4. Masa tu abe kie ditahan dalam wad selama 10 malam terpaksa 4 malam di wad ICU. Huhuhu. Di sini Abam Kie ingin berkongsi apa yang Abe Kie belajar supaya kekal tenang dan tidak tertekan sepanjang berada di hospital untuk tempoh yang lama:
1. Bersedia dengan keperluan asas dan jangan over.
2. Jangan terlalu berharap bila berada di sini...
3. Syukur dengan apa yang ada dan sentiasa beranggapan baik terhadap semua orang.
4. Solat dan zikir merapatkan kita kepada Yang Maha Esa.
5. Buat2 sibuk dengan telefon atau laptop untuk cepatkan masa - dalam ni banyak bahan bacaan.
6. Jangan lupa ucap terima kasih kpd semua orang bukan doktor sahaja.
7. Ego, muka masam, garang, suara tinggi...tak payah lah bawak ke hospital.
8. Ikut arahan dan peraturan...tak susah sgt pun.
9. Kalau ada kelambatan bila minta sesuatu cepat2 bagi tahu kepada diri... pesakit ramai bukan kita je sorang kat spital ni.
10. Abe Kie banyakkan bersabar terutama sekali bab keselesaan. Memang la tak selesa dok di wad hospital kerajaan. Pernah kena kongsi bilik air dengan 13 org pesakit lain. Kadang2 tu masa kita nak tidur orang katil sebelah pulak tengok Youtube dan main game. Ingat! Pahit akan manis akhirnya.
Selalulah berdoa seperti berikut:
"Ya Allah...Aku mohon supaya semuanya dipermudahkan dan aku dibenarkan pulang ke rumah pada hari ini. Aamiin.
Terima Kasih kerana pernah mendoakan kesejahteraan Abe Kie semasa berada di dalam wad dahulu.
13 Comments
ya bersabar n perlu bertoleransi kalau berada dalam wad n cuba memahami masalah..kalau boleh xsiapa mahu sakit n warded
ReplyDeleteMasuk wad memang bosan..saya selalu bawa buku untuk dibaca, masa masuk wad untuk bersalin hari tu
ReplyDeletebila sakit, sedikit sebanyak emosi akan terganggu jg..mmg tak tahan kalau sebilik dgn mereka yg tak bertimbang rasa..
ReplyDeletepernah duduk hosp 8 hari jaga ayah. bosan jugak lah smpai bole habiskan thai drama haha
ReplyDeletegood sharing. No 6 tu so true, buat baik & hargai staf2 kat hospital. hilang skt penat diaorang bila dpt ucapan terima kasih dr kita :-)
ReplyDeleteBetul..saya juga setuju dengan nombor 6 tu..tambah2 musim covid..kalau mak dan ayah kita masuk hospital..anak2 tak boleh jaga..so pada doktor, nurse, staff nurse la kita harapkan...
ReplyDeleteHospital adalah tempat untuk bersabar dan tenang selalu...
ReplyDeleteya...saya bekerja di hospital .macam-macam ragam pesakit yang dok di hospital ni..ada yang kurang menghormati privasi orang sebelah katil..ada yang terlebih ramah bersembang..tapi apabiala brada di hospital bersabarlah mengikuti rawatan yang doktor lakukan..insyaallah akan kembali sihat
ReplyDeleteRabia pernah masuk wad
ReplyDeleteTp best dpt jumpa doktor nurse baik baik
lah..tak tahu pula abam kie kne covid..tapi alhamdulillah selamat semuanya
ReplyDeleteTerima kasih kongsi pengalaman.
ReplyDeleteBetul itu kena banyak sabar.
Setuju. Dulu dulu memang wad jadi rumah kedua saya. Terakhir menemani arwah abah selama 31 hari
ReplyDeleteTerima kasih Abam Kie untuk perkongsian ini.. Memang kena banyak sabar bila masuk hospital ini tambah bila berkongsi dengan ramai pesakit lain.. Tolak ansur pun penting..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.