Generasi Yang Hilang Angkara PKP
PADA pendapat Abe Kie, kita jangan ambil mudah isu murid-murid yang tak boleh membaca walaupun sudah darjah tiga seperti yang didedahkan oleh akhbar ini. Ini soal yang serius.
Banyaklah faktor yang menyebabkan hal itu berlaku. Antaranya disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lockdown akibat pandemik Covid-19. Pada tahun 2020 dan 2021, selama beratus-ratus hari sekolah tidak boleh dibuka.
Pada peringkat tadika dan darjah rendah, amat penting murid-murid mendapat pendidikan paling asas untuk menulis, membaca dan mengira. Mungkin ada ibu bapa yang berkemampuan mengajar sendiri anak mereka.
Pada waktu yang sama banyak juga yang bergantung pada Sistem Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR). Tapi kita tahu sistem itu banyak kelemahannya.
Ramai ibu bapa yang tidak punya gajet secukupnya untuk tujuan itu.Memang ada yang hantar anak-anak ke kelas tuisyen untuk memperbaiki keadaan. Tapi tak semua ibu bapa mampu berbuat demikian. Lebih-lebih mereka yang hilang pekerjaan akibat pandemik dan baru-baru ini dilanda banjir besar pula.
Abe Kie setuju sangat cadangan untuk diadakan program khas untuk bantu murid-murid yang tercicir. Mungkin ada kaedah untuk mempercepatkan proses murid-murid ini pandai menulis dan membaca.
Ada yang kata mereka merupakan generasi yang hilang. Bagi Abe Kie yang penting, mereka perlu diselamatkan.
19 Comments
Sangat setuju. Kena bawa balik idea lama menulis dan menukis abjad dan nombor kepada anak-anak sebegini.
ReplyDeleteya memang ada masalah murid2 awal persekolahan celik huruf tika pkp sbb pembelajaran tak bersemuka dgn guru. cucu kak mula tahun satu terus pkp n nampak lemah membaca...mujur maknya sorang guru n tiasa beri latih tubi bolehlah dia menguasainya sedikit demi sedikit.
ReplyDeleteBetul itu kemahiran asas. Bahaya kalau tidak boleh membaca, menulis mahupun mengira.
ReplyDeleteKasihan sungguh kasihan.. sedih mengenangkan kerana mereka juga bakal melahirkan generasi akan datang tapi jika mereka generasi yang hilang... cuba bayangkan???
ReplyDeletesetuju..
ReplyDeletenot to compare..anak2 ammi yg no. 1 & 2 tulisan masa darjah 1 boleh tahan...tapi yg no. 3 ni dah nak masuk darjah 2 tulisan dia hmmmm..
kurang latihan menuliskan. Bila dirumah kita suruh menulis taulah anak bila dgn parents sendiri. Time tulah nak nangis, nak merajuk.
Sangat betul.
ReplyDeleteDr Maszlee ada lancarkan program untuk bantu murid cicir begini. Tapi itulah, capaiannya tidaklah menyeluruh sebab menggunakan sumber yang terhad. Sebaiknya program begini dilancarkan oleh pihak kerajaan.
Betul tu Abam Lie. Kesian kepada both parents dan anak-anak lebih-lebih lagi mereka yang kurang berkemampuan. Kita semua terkesan dek pandemik ni. Bukan sahaja sessi pembelajaran yang sering bertukar medium, segala keperluan seperti pengangkutan, pemakanan juga peralatan yang perlu disediakan, ia benar-benar menggugat ekonomi keluarga yang sudah sedia meruncing.
ReplyDeleteSaya sendiri pun risau melihat perkembangan anak-anak sendiri. Yelah, dengan banyak kekangan, kita nak push sangat pun tak boleh, rasa tak patut sebab anak-anak dengan tak dapat bersosial macam dulu kan. Mereka juga terbeban dengan perasan yang kadangkala tak dapat nak diluahkan.
Setuju..ibu bapa pun xleh nak harapkan cikgu2 shj yg mngajar..ibu bapa sndiri pun kena ada peranan
ReplyDeleteLain anak lain tumpuan yang nita beri... Ikut kemampuan
ReplyDeleteKasihan anak anak ni. Dorang sendiri pun kadang-kadang down bila tengok kawan kawan lain yang mampu, dan lebih bijak daripada mereka.
ReplyDeleteSedih kan...teknologi makin ke hadapan. Tapi ramai anak2 yang keciciran dari segi pembelajaran.
ReplyDeleteKesian dekat anak-anak ini.. Bukan mudah nak kejar mana yang tertinggal.. Anak saya salah sorangnya.. Setakat membaca bolehlah saya pantaukan tapi subjek yang lain-lain tu memang tak terkejar tambahan pula silibus sekolah sekarang dah advanced kemain..
ReplyDeleteramai yang dah ketinggalan dalam pelajaran sejak pkp ni..hurmmm
ReplyDeleteapa yg nampak anak2 lebih kepada bermain hp di game
ReplyDeleteemmm tgk buku baca ke laut terutama bila parents x pantau
anak2 luar bandar c juga
contoh ank buah ciknor sendiri adoiiiii
betul, kena ada program khas utk kanak2 yg tercicir sbb pkp..kdg2 ibubapa pun sibuk dgn kerja..
ReplyDeleteSaya pun setuju abam Kie. Kasihan tengok diorang terutama yang dari keluarga kurang berkemampuan
ReplyDeleteKalau darjah 3 masih belum boleh baca memang kena jumpa pakar.
ReplyDeletenak atau taknak kita kena terima pdpr sebenarnya tak sebaik bersemuka
ReplyDeletemurid2 yg sekolah menengah pun byk yg terkesan, apa tah lagi murih2 yg sekolah rendah ni. memang adventure betul
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.