Hati-Hati Dengan Scammer di Al-Haramain
Salam Semua
Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah x ada scammer, ada rupanya.. Bezanya ada yg kena cara halus dan cara kasar saja..
CARA KASAR:-
Cara 1:-
Sudah pastinya beg kita diseluknya atau ditorehnya dengan pisau sama ada kita sedang melakukan Tawaf @ Saie. Cara depa buat ni mmg kita pun x perasan langsung.. ni memang berani dan pro.. Hasil yang dia dapat pun kasar jugak, mau riban-riban & handphone pun boleh dapat. (Kebiasaanya cara 1 ni wanita adalah target utama)
Cara 2:-
Scammer jadi pengiring (kononnya escort kita) utk cium Hajarul Aswad. Ini orang Indonesia, dia akan himpit kita dan bertanya "pak, mau cium Hajarul Aswad, kalau kita cakap mau, dia mintak siap2 400 Saudi Riyal, kadang2 1000 Riyal pun ada. Kita cakap x ada @ x mau, then dia blah lah.. tapi kalau kita cakap mau, dia bawa kita separuh jalan, then separuh jalan lagi dia pun hilang... ada juga kes, yang ikut kita sampai ke hotel utk tuntut duit.. so, hati2..
Cara 3:-
Hati2 bila membuat bayaran duit 10 Riyal dengan duit 100 Riyal, selalu keliru sebab warna duitnya MERAH. Saya pernah tengok depan mata saya jemaah wanita tua dia nak beli air mineral 1 riyal, dia kasi 100 riyal, sepatutnya baki 99 Riyal, tapi dipulangnya baki 9 riyal saja.. then, makcik tu tanya "saya bagi 100 riyal, then dia cakap tak, makcik bagi 10 riyal, lalu dia angkat 10 Riyal.. makcik tu pun terkiyal-kiyal dgn mamat tu..
Hakikatnya saya tgk sendiri makcik tu bg dia 100 riyal. (Dalam kes ni saya campur tangan, sebab geram.. so makcik dpt lah balik baki duitnya 99 Riyal)- hati2 dgn penjual yg duduk atas foodtruck di Jabal Rahmah.
Cara 4:-
Mak-mak Arab yg berjubah hitam yg dok menjual dan meminta sedekah di sekitar Masjidil Haram (terutama laluan nak ke Menara Jam), ini lagi profesional punya scammer, depa boleh buat 1001 macam cerita siap dengan drama dan watak2 pelakon sampingan lagi.. so, awas jgn cepat melatah dan bermurah hati sangat.. sekali kita bagi, habissss... kita akan dikerumun oleh "mereka"
Cara 5:-
Geng teksi pun sama, awalnya kita dah deal harga dari airport Jeddah ke hotel di Mekah 200 Riyal, nanti bila sampai di Mekah dia akan buat2 pusing 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 ke 10 kali, buat2 cari hotel. Penyudahnya jumpa juga hotel tu, tapi dia akan mintak kita bayaran ehsan lagi 50 Riyal sebab sesat jalan... (padahal itulah game plan dia org..) kalau nak secure baik ambil GRAB/UBER terus.
CARA HALUS (Lebih kepada Psikologi)
Saya sendiri pernah kena semasa di Mekah (berdekatan pintu 17). Saya dah x heran sgt dgn kaki scam ni sebab dah tau game depa. Saya layan (sebab nak tgk game depa)... Saya didatangi oleh seorang lelaki Pakistan (pakai kurta putih dan seluar putih), dia tarik saya ke tepi, dan bermulalah cerita sedihnya yg dia kena seluk, duit dia dicuri, pasport dia hilang, mak dia sakit (nanti dia akan tunjuk seorang perempuan tua, yg sedang baring) utk memberikan kita yakin dgn ceritanya. Dia mintak 500 Riyal utk kos perubatan mak dia dan makan. Saya dah tau dia SCAM, saya cakap saya x ada duit dan terus saya blah, dengan nada cengei sikit la..
Saya intai dia dan geng2 dia mencari mangsa yg lain dari jauh, yup.. ternyata mangsa keduanya berjaya, dia ambil kesemua duit mangsa kedua semasa mangsa sedang kira duit, dan terus blah.. (geng sindiket 4 ke 5 org) kalau sehari dia dah kaut 1000 Riyal kalau sebulan dah berapa..
Saya perati rata2 mangsa scam geng ini adalah jemaah umrah & haji rakyat Malaysia, Indonesia, Brunei kerana mungkin easy target kot @ kita ni mmg suka bersedekah.
KESAN PADA JEMAAH:-
1. Kita akan hilang fokus utk beribadat.. Dok menyesal atas kealpaan kita..
2. Membuatkan keluarga yg dok di Malaysia ni jadi risau atas kejadian yg menimpa.
3. Bila dah hilang pertimbangan tu, mulalah mulut kita pun sama naik mencarut dan memaki hamunnya.. (niat asal dan fokus utama ke Tanah Suci dah hilang).
4. Mula rasa takut-takut pada keadaan sekeliling..
5. Murung
Inilah beberapa jenis scammer yg ada di Tanah Suci Mekah & Madinah. Pada saya senang saja, kalau nak sedekah, sedekah kepada tukang sapu sampah di dalam atau di luar Masjid. Selagi namanya manusia berhati-hatilah dengan langkah dan gerak, mata mau TAJAM, kalau silap langkah pasti ada yg nak ambil kesempatan di atas kebaikan kita, sebab kat sana bukannya semua Malaikat, TAPI ada sekelompok manusia yg sentiasa mengambil kesempatan.
Orang2 mcm ni depa peduli apa, bukannya depa heran di Tanah Haram ka X Tanah Haram ka, janji Masyuk... Jemaah juga DIINGATKAN kalau pi MASJID tu tak payah la gatai-gatai nak bawa duit beratus-ratus dan beriban-riban.. bawa duit SR50 ke SR100 sudah.. duit yang riban-riban kita bawa tu simpan saja di hotel. (dalam beg berkunci ke, dalam peti box keselamatan ke, atau mintak tolong mutawwif / mutawwifah simpankan ka)
Saya pesan, sebab kita bukannya tiap2 bulan mai Mekah dan Madinah, kena menabung dan menyimpan baru boleh datang, jadi bila sampai sini kena penaya ngan org2 mcm ni pulak.. kesian pun ada... jadinya pakat2 beringat.. bila dah kat sana letakkan diri pada Allah SWT. Mintak doa kat Dia utk dijauhi dari pekara2 mcm ni. andaikata terkena scam mcm ni "kalau" amountnya kecik anggapkan sedekah dan x ada rezeki kita lah tu.. TAPI, kalau AMOUNTNYA BESAR, terus buat report polis, ajak Mutawwif pegi buat report.
Sementara musim haji ni pesan2 lah kepada jemaah dan rakan taulan yg ada di Tanah Suci.. SEKADAR BERINGAT...
* kredit gambar kepada Memori Terindah di Tanah Suci
12 Comments
Scammer tu berperwatakan lebih warak dari orang yang ditipu ðŸ˜
ReplyDeletehuhu bahayanya
ReplyDeleteMacam macam cara rupanya scammer ni. Kat tempat beribadat pun wujud golongan macam ni.
ReplyDeleteTerima kasih kongsi cerita. Baru tahu pasal ni.
kita fikir di tanah haram takde orang jahat tapi hakikatnya... merata ada je orang jahat...
ReplyDeletepatut berhati hati tapi kalau terkena juga xterkata apa dah
ReplyDeletedi tanah suci pn ada scammer..berani btul ye
ReplyDeleteBetul.memang banyak..org sibuk kejar masa nak ke masjid dia pun.boleh duduk tengah2 jalan
ReplyDeletemana-mana ada scammer!
ReplyDeleteMacam-macam. Tidak takut azab Allah.
ReplyDeleteKena beringat, scammer tak beringat
ReplyDeletekat sana pun ada jugak yg buat keja2 mcm ni kan...
ReplyDeleteKena lebih peka dan berhati-hati...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.