Assalamualaikum. Lelaki dan pewangi berpisah tiada. Begitu juga dengan Abam Kie. Dalam entri kali ini Abam Kie ingin bercerita tentang tiga jenama perfume yang biasa digunakan. Abam Kie guna pewangi mampu milik je. Tak mampu beli yang branded seperti Polo dan sebagainya. Jenama yang Abam Kie guna sejak sekolah menengah ialah Dashing. Dulu2 harganya cuma RM14.50. Tapi sekarang dah hampir RM28++. Memang ada yang murah tapi tak sesuai la dipakai oleh cikgu. Untuk budak sekolah boleh la. Baru2 ni Abam Kie beli Dashing EDT dengan haruman baharu Christiano Ronaldo. Harga cuma RM29.80. Cukup la tu untuk mengharumkan tubuh ini.


 
Jenama kedua yang Abe Kie selalu beli ialah Romano. Brand ni mahal sikit. Paling murah pun RM33. Tapi berbaloi la dibeli sebab baunya tahan 24 jam. Selepas mandi pun masih ada lagi baunya. Sesuai la dgn harganya. Yang pasti ia masih mampu milik.


Jenama ketiga pula Ubermen. Ia yang paling murah. Yang abam kie beli diatas kat Shopee cuma RM21.Yang belas2 pun ada cuma tak sesuai la dengan imej Abam Kie. Bau pewangi Ubermen ni pun lembut dan tahan lama. Sesuai untuk rakyat marhaen seperti Abam Kie. 

Baiklah. Itulah 3 jenama perfume yang Abam Kie suka beli dan pakai. Terima kasih kerana sudi membaca.