𝗠indset 𝗢rang 𝗦ekarang
Assalamualaikum. Berikut Abam Kie senaraikan mindset orang Melayu kita, khususnya, yang perlu diubah jika mahu berjaya di dunia dan In Shaa Allah di akhirat juga.
1. Bila kau tamat belajar tak kerja government, kau dianggap tak berjaya.
2. Bila kita berniaga, orang pandang sebelah mata saja.
3. Bila kau jual takaful, semua kawan sekolah takut nak jumpa.
4. Bila kau pakai motor, tapi dah ada rumah sendiri. Kau dianggap tak berjaya.
5. Bila kau pakai Honda, tapi duduk rumah sewa. Kau makhluk paling mulia.
6. Bila kau berniaga online, kau dianggap tiada masa depan.
7. Bila kau tak sambung belajar, kau dianggap tak pandai berbanding kawan.
8. Bila kau lambat jodoh, mesti tak laku waktu di universiti dulu.
9. Bila kau kahwin cepat, mesti dituduh tak balas jasa ibubapa.
10. Bila kau masih menganggur, mesti kena tuduh pilih kerja. Hakikatnya memang tak ada kerja.
11. Bila kau pilih bidang lain daripada apa yang kau belajar dulu, dianggap bodoh dan buang masa.
Guys, stop worrying about what they think of you. You don’t owe anyone an explanation. Live your life well and just do not hurt other people.
14 Comments
kalau fikir apa org lain ckp mmg x jadi. moralnya biuat je apa y kita rasa betul
ReplyDeletebila jadi blogger org kata xde masa depan..hurmm..butakan mata, pekakkan telinga jer la..huhu
ReplyDeleteYang no.11 tu terasa juga sampai ke hari ni. Belajar jurusan lain, kerja profession lain 😅.
ReplyDeletepenat layan pandangan orang lain terhadap diri kita
ReplyDeleteMacam memikir masalah negara jugak ni, hehehe.
ReplyDeleteApa pendapat orang itu kita tak boleh halang, jadi kitalah yang kena ubah mindset. Tahu apa yang terbaik untuk kita dan teruskan saja melangkah.
ReplyDeleteBetul tu. Setuju sgt.
ReplyDeletekita tau siapa kita n pa yg kita perlu tapi org xtau kan
ReplyDeleteMemang ada yang fikir gitu. Kalau difikir sangat boleh down juga. Leih baik tenang tenang saja sendirian.. kiki
ReplyDeleteBukan orang sekarang je..org lama pun ada juga mcm ni..kalau sambung belajar kt kolej biasa dianggap mcm low class..nak kena g universiti juga..hehe
ReplyDeleteOrang melayu bila berpolitik lain pula mindsetnya
ReplyDeleteHehe buat apa pun salah. Asal tidak menyalahi agama tidak kisah kerja apa.
ReplyDeleteso true...kalau nak dilayan pikiran org lain, memang semua serba x kena & semua x betul.
ReplyDeletememang dah patut ubah pun..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.