Kenapa Masih Guna Sistem Pemfailan Konvensional?
1. Dulu gaji cikgu kecil. Tak ramai mampu beli komputer.
2. Jadi dokumen-dokumen perlu dicetak supaya cikgu-cikgu yang tiada komputer dapat akses kepada dokumen tersebut.
3. Pada masa sekarang, kebanyakan cikgu memiliki sekurang-kurangnya satu komputer dan satu smartphone.
4. Disebabkan itu, jika dokumen-dokumen tidak dicetak pun tiada masalah kerana ianya tetap boleh diakses pada sebarang masa dan tempat dengan menggunakan komputer atau smartphone masing-masing.
5. Dengan gandingan komputer, smartphone dan internet, cikgu tidak perlu beramai-ramai berkumpul di bilik fail untuk mengakses dokumen-dokumen tertentu. Semuanya di hujung jari.
6. Hendak isi borang, markah, data, etc, semuanya boleh dibuat serentak. Tidak perlu tunggu giliran.
7. Persoalannya sekarang, dengan kecanggihan semua ini, kenapa kerja pemfailan secara fizikal masih tidak ditahap minimum? Malahan makin bertambah.
8. Ada dokumen yang sama kita cetak beberapa kali untuk diletakkan pada fail-fail yang berbeza.
9. Contohnya, DSKP dicetak beberapa salinan untuk diletakkan di dalam Fail RPH, Fail Panitia dan Fail PBD. Akhirnya, kita tetap tengok softcopy pada komputer atau smartphone.
10. Zaman berubah. Teknologi semakin canggih. Cara kerja kita juga patut berubah.
11. Digital sepatutnya meringankan beban. Jika beban bertambah di zaman digital, mesti ada yang tidak kena.
12. Tidak dinafikan masih perlu kerja-kerja pemfailan secara fizikal. Tetapi sepatutnya berada pada tahap yang sangat minimum.
13. Kita pun tahu ada sekolah-sekolah di kawasan pedalaman yang kekurangan serba-serbi. Tetapi kebanyakan sekolah dan cikgu memang pun mempunyai kemudahan komputer, smartphone dan internet.
14. Jika kita maksimumkan penggunaan semua kemudahan teknologi yang canggih ini, dengan cara kerja yang beretika dan tersusun, kita sedikit sebanyak dapat meringankan beban kerja cikgu-cikgu.
Sumber: KAPURPUTEH
13 Oktober 2021
11 Comments
yep, good old days tu cikgu.. tapi skrg wak kerja dh xde paperwork.. cuma buku nota je dgn laptop.. huhuhu
ReplyDeleteBab dokumen ni kena ada dua-dua. Dalam sistem perlu dan memudahkan, yang salinan-salinan fizikal pun perlu juga sesetengahnya.
ReplyDelete7. Persoalannya sekarang, dengan kecanggihan semua ini, kenapa kerja pemfailan secara fizikal masih tidak ditahap minimum? Malahan makin bertambah.
ReplyDeleteYa Allah betul sangat ni. Ingat kita dah bergerak ke paperless, dah go green. Yet, makin banyak pula yang nak difailkan. Sampai buat webinar pun nak diprintscreen bagai. Aduhai.
Serius la di sekolah masih macam ni? Mungkin nak micro manage atau kononnya bila print lagi senang cari balik. Nasib baik tempat kerja saya dah paperless. Huhu
ReplyDeleteJadi? Kita nak patut macam dulu ke kita patut jalan terus?
ReplyDeletebukan cikgu je abam.. semua profesion. ntah dah kenapa ntah.. ada online kena print jugak untuk simpan.. tak faham kita jadinya.. hahaha
ReplyDeletesimpan dokumen file fizikal juga walau dah save dlm softcopy kan
ReplyDeleteSaya pun tak faham.. dah isi online nak kena print juga walhal boleh je akses secara online.. Patutnya makin less paperlah kan..
ReplyDeleteTeknologi pun ada baik dan buruknya jgk kan. Perlu jgk rsnya kalau print smua ni..elak dokumen penting hilang..
ReplyDeletesepatutnya bila semua dah dihujung jari, penggunaan kertas pun perlu dikurangkan. Save the planet
ReplyDeleteItulah pening. Suruh buat secara talian tapi apabila pergi ke pejabat kena bawa pula salinan. Bukan ke bagus mereka rujuk dalam talian? Baik isi borong fizikal terus.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.