Kenapa perlu bersihkan pinggan mangkuk sebelum tidur?
Sesetengah mak-mak cukup pantang tengok pinggan mangkuk kotor berlonggok dalam sinki. Kalau boleh satu sudu pun tak mahu tengok. Biarlah sinki nampak kemas dan bersih.
Tapi, ada juga mak-mak yang suka betul kumpulkan pinggan mangkuk dalam sinki. Katanya kena ada mood nak bersihkan semuanya. Ini belum lagi sampah yang penuh dalam tong sampah. Selalunya, ada mak-mak yang kumpul pinggan mangkuk ni pada malamnya. Bangun pagi esok baru nak basuh. Sampah sarap pun dibiarkan sebab nak buat esok pagi.
Sedar tak, jangan biasakan dan amalkan sikap nak kumpul pinggan mangkuk kotor sebelum tidur. Tak kiralah sebelum tidur atau siang hari. Ini semua berkaitan rapat dengan sunnah dan boleh jadi juga untuk rezeki kita nanti.
Pinggan Mangkuk Kotor Jangan Dilonggok. Buat suami, pastikan sebelum tidur sampah dalam rumah terutamanya tulang tulang dan sisa-sisa makanan dibuang. Kalau susah juga nak buang sebab tinggal pangsapuri (apartment) seeloknya ikat elok-elok dan masukkan dalam tong sampah, tutup sebaiknya sebelum dibuang esok.
Pinggan Mangkuk Kotor Jangan Dilonggok. Buat suami, pastikan sebelum tidur sampah dalam rumah terutamanya tulang tulang dan sisa-sisa makanan dibuang. Kalau susah juga nak buang sebab tinggal pangsapuri (apartment) seeloknya ikat elok-elok dan masukkan dalam tong sampah, tutup sebaiknya sebelum dibuang esok.
Sebab? Ramai' sangat terliur tengok sisa makanan tu. Buat isteri, basuh pinggan mangkuk periuk belanga sebelum tidur. Jangan biar sinki penuh pinggan sampai esok. Baki makanan pada pinggan mangkuk tu mudah menjemput dia. Sebab tu mak-mak kita dahulu pastikan tak ada pinggan tak bercuci sebelum tidur.
Buat anak anak perempuan & wanita tolong basuh pad (haid atau nifas) sehingga hilang bau 'dia' suka meratah barang kita. Banyak perkara kita tak nampak, tapi kesannya barnyak berkait rapat dengan kehidupan kita. Buat suami, jadilah pendidik buat isteri & anak2. Elakkan sebelum terlambat
Buat anak anak perempuan & wanita tolong basuh pad (haid atau nifas) sehingga hilang bau 'dia' suka meratah barang kita. Banyak perkara kita tak nampak, tapi kesannya barnyak berkait rapat dengan kehidupan kita. Buat suami, jadilah pendidik buat isteri & anak2. Elakkan sebelum terlambat
Dalam banyak-banyak kerja dapur, bab membasuh pinggan mangkuk dan buang sampah ni kerja yang agak remeh dan ramai yang suka bertangguh. Ada yang suka biar berlonggok dan kumpul pinggan mangkuk banyak dalam singki barulah datang 'mood' nak cuci.
Ataupun dibiarkan sehingga keesokkan harinya. Buang sampah pun begitu juga. Ada sebab tertentu sebenarnya, kenapa sebelum tidur kita mesti pastikan dapur kita dalam keadaan bersih. Ini kerana ia merupakan amalan dimurahkan rezeki.
Oleh itu, sebelum tidur pastikan pinggan mangkuk, cawan-cawan, bekas kotor mesti dibasuh sebelum melelapkan mata. Sisa-sisa makanan dan sampah mesti dibuang. Jangan biarkan dapur kotor sebab sisa makanan tersebut akan jadi makanan syaitan. Bahagian sinki mesti bersih.
Bahkan ia juga bertepatan dengan ajaran Islam:
"Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk."
15 Comments
betul la tu. jarang saya tinggal pinggan mangkuk kotor sebab lepas masak atau makan terus basuh.
ReplyDeletemak2 nak tip top kemas semuanya. mmg xbaik biarkan pinggan2 kotor dlm sinki banyak masalah akan hadir spt tikus, lipas, ular jin jun juga takutnya
ReplyDeletebukan aja sebelum tidur...memang kepantangan sangat kalau anak-anak tinggalkan mangkuk atau cawan dalam sinki. Ammi amalkan konsep "you clean your own shit" kat rumah.
ReplyDeletemmg slalu pastikan smua clear sblum tido
ReplyDeleteRumah sy wajib kosongkan sinki sebelum tidur. Kalau esok pagi baru nak mengadap, kan penat awal. Kalau sinki clear, pagi bolehlah berleha-leha, hahahha.
ReplyDeleteamalan tak bagus kan tinggalkan macam tu je.. memang kena basuh dan susun elok sebelum tidur.. seram bila membayangkan ada 'si dia' yang sibuk mengais..
ReplyDeletebetul tu.. kalau sinki bersih hati pun senang..
ReplyDeleteSaya merupakan lelaki yang suka membersihkan rumah luar dan dalam.. Anak-anak letak pinggan, cawan bersepah mesti kena bebel dengan saya.
ReplyDeletesetuju sangat-sangat.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Mmg clearkan sinki sblm tdo.. Cuma sampah jer lupa nk buang td😆
ReplyDeletePeringatan yang bagus
ReplyDeletesaya setuju. saya akan pastikan sinki dikemas sebelum tidur. kalau adik atau anak saudara tinggalkan sinki comot memang kena bebel lah.sampah jelah tunggu siang baru buang sebab takut nak keluar malam-malam.
ReplyDeleteada dengar jugak. mama ni pula sejenis tak boleh tengok pinggan cawan dlm sink. mesti nak cuci hihi
ReplyDeleteMemang jadi amalan untuk pastikan sinki tak ada pinggan kotor.. Kalau tak, tak tenang tidur.. hehehe
ReplyDeleteKadang-kadang pinggan mangkuk terbiar atas meja tidak masuk singki lagi hari.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.