Rezeki Itu Allah Yang Tentukan
Semasa di SBP ramai rakan-rakan sekelas yang bijak pandai. Semasa di sekolah sebelum SBP, kitalah yang sentiasa menempah kedudukan nombor satu. Setiap kali peperiksaan kita sentiasa kehadapan meninggalkan jauh rakan-rakan kita yang lain. Tiada yang dapat memintas kita.
Namun bila masuk SBP, baru kenal langit itu tinggi atau rendah. Di SBP kita mula ketinggalan. Subjek Fizik, Add Math, Kimia, Bio semuanya rasa susah. Setiap kali peperiksaan kita yang dulunya sentiasa di hadapan namun kini jauh dibelakang. Apabila pulang bercuti, rakan-rakan lama memandang kita sebagai seorang pelajar yang hebat dan pintar seperti dulu. Namun dia tak tahu, setiap kali peperiksaan di SBP kita dapat nombor belakang.
Masa berganti tahun demi tahun beredar. Ramai rakan-rakan yang meneruskan persekolahan di kampung dulu berjaya juga dalam kehidupan masing-masing. Ada yang bergelar doktor, ada yang nenjadi pensyarah universiti. Yang paling ramai menjadi cikgu sekolah. Inilah yang dikatakan takdir. Ada rakan yang gagal memasuki universiti tetapi memiliki anak-anak yang sangat berjaya. Ada rakan yang belajar hingga PhD tetapi semua anaknya gagal memasuki universiti. Sesungguhnya nasib seseorang itu berbeza.
Ketika di SBP, pelajar-pelajar kelas dari aliran sains dihormati oleh junior dan senior kerana dianggap budak pandai. Sebaliknya pelajar dari kelas aliran sastera di pandang lekeh kerana dianggap kurang cerdik. Namun bila memasuki alam perkerjaan, ramai bekas pelajar SBP dari aliran sastera yang berjaya memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan serta mendapat pelbagai yang bergelar. Sebahagian besar bekas pelajar SBP dari aliran sains pula lesap tanpa jejak. Inilah yang dikatakan Takdir.
Takdir merupakan hak mutlah Allah swt dan nasib seseorang itu berbeza dengan orang lain. Setelah bersara kita merenung kembali mengingati masa silam yang pernah kita lalui.
Ada rakan yang telah memasuki usia 70 tahun tetapi masih sihat dan mampu berjalan 15 km tiap pagi. Namun ada yg baru menasuki usia 66 tahun tetapi berjalan dalam langkah yang sangat terhad akibat pelbagai masalah kesihatan yang dialami. Ada rakan yang seusia tetapi mampu berkebun setiap hari dari pagi hingga waktu Zuhur Usia sama sekali tidak berkaitan secara langsung dengan nasib dan takdir seseorang.
Setiap orang mempunyai masa senang dan bahagia masing-masing yang pasti berbeza antara satu dengan lain. Ada yang bahagia dapat berkumpul bersama keluarga meskipun hidup sederhana. Ada yang senang memiliki harta berlimpah. Ada pula yang merasa bahagia dengan satu kerjaya yang diminatinya walaupun gajinya seadanya.
Namun tak sedikit juga yang merasa bahagia kerana diberi keimanan yang tinggi kepada Allah swt walaupun hidupnya dalam serba sederhana. Oleh kerana tingkat kesenangan dan kebahagiaan seseorang itu berbeza, maka pencapaian dalam kehidupan bukan menjadi ukuran atau penentu kebahagiaan seseorang.
Meski takdir sudah ditentukan oleh Tuhan, setiap orang memiliki kewajiban untuk melakukan usaha untuk memperbaiki kehidupan masing-masing. Jangan menjadikan takdir untuk kita malas berusaha. Yang penting ikhlas dan tak menyerah, takdir apa pun yang diterimanya dalam hidup bukan menjadi alasan bagi kita untuk tidak mendekatkan diri dengan Allah swt.
Perbezaan latar belakang keluarga , pendidikan, pengalaman dan lain-lain menjadi penentu seseorang itu memiliki jalan dan kisah hidupnya masing-masing.
Yang lebih penting dari itu semua, usaha yang dilakukan tanpa henti merupakan kekuatan terbesar yang dimiliki dalam menentukan nasib dan takdir seseorang di masa depannya.
Jadi, yakinkan diri bahawa setiap orang memiliki masa dan waktunya sendiri untuk mencapai kejayaan.. Ukuran kebahagiaan itu sendiri tidak selalu harus diukur dengan banyaknya harta, tingginya pangkat, atau banyaknya pujian. Kesenangan adalah bagaimana kita merasa bahagia dengan kehidupan sendiri, bermanfaat bagi orang lain, berbuat baik, dan sentiasa dekat dengan Allah swt.
15 Comments
betul tu. rezeki semua dah ditentukan.
ReplyDeletememang rezeki Allah yang tentukan tapi kita knalah juga berusaha dan berdoa moga di murahkan rezeki selalu..
ReplyDeleteso true...rezeki Allah ni dr pelbagai sudut, apa pun rezeki dr Allah, kita harus bersyukur & redha sbb Allah sebaik2 pengatur.
ReplyDeleteYa betul sangat. Ada yang berjaya sekarang pada hal dahulu biasa-biasa sahaja.
ReplyDeleterezeki, jodoh, ajal dan maut itu semua telah ditentukan
ReplyDeletetak pandai tak bererti tak boleh bawak kereta mewah, tak boleh tinggal rumah besar kan..
Betul tu.. rezeki masing-masing..
ReplyDeleteEmtry menarik Abang Kie. Yang penting kita bahagia dengan cara kita
ReplyDeleteSaya bersetuju apa yang Abam Kie katakan.. Rezeki kita nie memang dah ditentukan oleh Allah, walau sebaik mana kita merancang tapi Allah saja yang menentukan perjalanan hidup kita.. Apapun rezeki yang kita dapat, bersyukurlah...
ReplyDeleteNASIB KITA BERBEZA KEJAYAAN DLM HIDUP XLANGSUNG BERDASARKAN KEJAYAAN AKADEMIK DICAPAI SEMATA
ReplyDeletebersangka baik dengan Allah, kan abam kie
ReplyDeleterezeki ni pelbagai bentuk..apa2pn kena sentiasa bersyukur sbb rezeki kita smua tk sama
ReplyDeleteSetuju dengan perkongsian Abam Kie ini.. Rezeki setiap orang tu tak sama.. Paling penting bersyukur..
ReplyDeleteitulah hakikatnnya.. tapi secorot mana pun pelajar dbp, dia lah yg terbaik kalau dibanding dgn sek biasa
ReplyDeleteMari sentiasa muhasabah diri. Terima kasih perkongsian yang baik ini.
ReplyDeleteBetul tu abe. Kawan Syu dulu belajar main-main. Duduk kelas belakan-belakang. Selalu kena masalah disiplin. Sekarang jadi cikgu dah dia. Rezeki masing-masing. Tak cemerlang di sekolah tak semestinya tak boleh berjaya.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.