Saya terpanggil utk berkongsi pengalaman dalam menguruskan harta pusaka abang saya yg meninggal baru-baru ini.

Abg saya meninggal tanpa waris isteri serta anak. Isteri arwah meninggal terlebih dahulu dan perkahwinan abg tidak dikurniakan anak.

Adik beradik pula, hanya tinggal saya yg bongsu. Abah serta mak dan abang2 lain telah meninggal dunia juga.

Setelah melalui proses menguruskan harta pusaka arwah, baru saya faham kenapa ramai yg tidak sanggup menguruskan dan byk harta org Islam telah dikumpulkan ke Baitulmal.

1. Sebelum membuka fail utk perbicaraan tuntutan sebagai pentadbir utk menguruskan harta pusaka, kita perlu dapatkan 'latest statement' dari semua agensi2 kerajaan (termasuk Pejabat Tanah) serta bank2. Saya telah berulang alik ke 2 bank, ASB, Tabung Haji, KWSP serta socso. Socso adalah kerana arwah abang penerima pencen ilat dari isteri. Saya hanya memberitahu supaya pencen diberhentikan.

2. Utk dapatkan semua 'statement' tersebut, saya perlu menyediakan dokumen2 seperti dibawah:
a. Sijil asal dan salinan sijil kematian dan surat beranak abang. Sijil kematian perlu kita mohon dari JPN (oleh waris terdekat) dengan membawa surat pengesahan kematian serta pengkebumian.
b. Salinan sijil arwah kakak ipar, salinan sijil nikah
c. Sijil asal dan salinan surat beranak serta kad pengenalan diri saya sebagai bukti saya adik kandung seibu sebapa.
d. Carian terbaru, cukai tanah terbaru serta geran asal tanah.

3. Perlu diingat, Tabung Haji tidak akan membenarkan atau melayan sebarang permohonan utk mendapatkan 'statement of balance'. Mereka hanya proses permohonan sebagai pentadbir setelah saya dapatkan surat perintah dari mahkamah.

4. Setelah semua dokumen diperolehi, saya memohon melalui PTG secara online. Sini saya ingin berterima kasih and memuji PTG Daerah Jelebu, Seremban dan pihak Mahkamah kerana mereka telah memproses permohonan saya dalam jangka masa yg pendek walaupon semasa musim pandemik.

5. Sebagai persiapan ke mahkamah, selain dari dokumen2 yg telah saya sebutkan diatas tadi, saya telah menyiapkan borang DDA, salinan ic, surat beranak dari semua waris, serta sijil kematian abah, mak, abang2.

6. Semasa perbicaraan, Hakim telah meminta utk melihat segala dokumen2 asal serta 'cross reference' dengan segala dokumen2 yg telah di 'upload' semasa permohonan online. Hakim juga menjalankan siasatan utk memastikan semuanya tulin dan benar. Disebabkan semua waris2 lain telah mewakilkan saya sebagai pentadbir, maka hanya saya perlu hadir di mahkamah bersama 'DDA form'.

7. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar semasa perbicaraan. Saya telah menerima surat sebagai pentadbir lebih kurang sebulan dari tarikh perbicaraan.

8. Saya telah kembali semula ke bank2 dan agensi2 kerajaan utk menyerahkan surat perintah tersebut. Setiap agensi dan bank mempunyai proses yg berlainan dan ada memerlukan saya mengisi lagi borang. Bukan itu sahaja, lagi sekali saya telah diminta utk menyerahkan berbagai salinan dokumen.

9. Sesetgh agensi seperti ASB dan Tabung Haji hanya akan memindahkan wang ke dalam akaun ASB dan Tabung Haji penerima. Mereka tidak akan memindahkan wang ke dalam akaun bank.

10. KWSP dan bank pula akan menyediakan check atau transfer terus ke dalam akaun bank kita. Bank BSN memerlukan 'statement' dari bank penerima sebagai bukti itu adalah akaun penerima.

11. Dari kalangan agensi kerajaan dan bank diatas, Maybank dan KWSP adalah yg paling efisien dan kurang birokrasi. Terima kasih saya ucapkan kerana memudahkan.

12. ASB memerlukan saya mengisi borang pertambahan serta stamp dari pesuruhjaya sumpah.

13. BSN pula meminta saya mengisi borang tambahan serta bukti statement bank penerima.

14. JPJ pula memerlukan pengesahan dari Puspakom serta borang juga. Yg ni mungkin kerana kereta dah lebih 15 tahun..

15. PTG seperti lazimnya, memerlukan salinan geran asal, salinan cukai terbaru serta salinan ic dan sijil kematian.

16. Yg paling leceh adalah Tabung Haji. Hakim telah mempersoalkan kenapa mereka tidak boleh mengeluarkan statement of balance.

17. Rata2 hampir kesemua nya akan hanya selesai sebulan ke 2 bulan selepas saya menyerahkan surat mahkamah. Segalanya dimulakan dari akhir bulan Feb. Sekarang sudah pon November.

Kenapa saya berkongsi disini?

Saya mau rakyat kita terutama sekali yg beragama Islam peka tentang birokrasi yg tidak seragam di negara kita. Setiap agensi dan bank ada prosedur tersendiri.

Saya tak boleh bayangkan sekiranya tuntutan melebihi RM2 juta atau kehilangan dokumen, xtau susur galur keluarga atau tidak sepakat dalam pengurusan dan agihan harta.

Tidakkah surat mahkamah cukup utk pengesahan tapi perlu pula disediakan bermacam2 lagi dokumen? Tak lakukah perintah mahkamah? Saya faham sekiranya salinan IC serta sijil kematian diperlukan, tapi perlu pula mengisi 'indemnity' form. Pertanyaan saya hanya dijawap sebagai 'inilah prosedur kami Puan kalau ada audit atau sebarang komplen berlaku..'

Bayangkan masa yg diambil utk menguruskan harta pusaka. Saya sihat dan telah bersara, jadi senang utk saya kesana kemari. Bagi waris yg tua, uzur atau sedang bekerja..berapa hari kah perlu mereka mengambil cuti?

Kenapakah proses2 tuntutan ni tidak boleh diseragamkan supaya ianya lebih memudahkan? Memudahkan tidak bermakna segala 'check and balance' di abaikan.

Sebab itula ramai yg giveup dan harta org Islam byk tidak dituntut.

LAGI SATU..WAHAI SAHABAT2 KU,
LEBIH AFDAL SEKIRANYA ANDA SEDIAKAN WASIAT ATAU HIBAHKAN HARTA SEMASA HIDUP.

UPDATE:
=======
Saya nasihatkan, sebelum berurusan dgn mana2 pejabat, pastikan anda talipon utk sahkan beberapa perkara: waktu pejabat, samaada temujanji diperlukan dan dokumen2 yg perlu dibawa. Saya dah terkena. Sampai2, queue panjang, dan setelah menunggu lama, tiba2 masa pejabat dah tutup 😅. Dokumen pula masa kol customer servis bagitau lain, bila sampai branch, mereka minta lain.

6 Jan update:
==========
Tadi baru boleh ke PTG NS utk uruskan pertukaran nama tanah sebab menunggu salinan IC pewaris yg akan menerima tanah. Di sebabkan dalam geran lama tiada no.ic arwah, kene pula isi 1 lagi borang akuan sumpah yg menyatakan nama di dalam geran adalah org yg sama di dalam sijil kematian. Kene pegi pesuruhjaya sumpah lagi. Nampak gaya, surat dari Hakim pon masih xberapa laku..sebab lawyer pesuruhjaya sumpah pulak kene sign. Nak berapa kali sumpah daaa....

#BSN
#maybank
#KWSP
#ASB
#JPJMalaysia
#PTG
#tabunghaji
#jabatanagama
#BAITULMAL