8 cara mencegah obesiti
Assalamualaikum. Malaysia dicanang sebagai negara yg mempunyai bilangan penduduk yang paling tinggi mengalami masalah obesiti atau kegendutan di ASEAN. Iyolah kan, bila berjalan2 di bandar, pasti terjumpa orang yg obese atau chubby ni. Kalau yang boroi tu lagilah ramai termasuklah Abam Kie. Hehehe...
Biasalah kan... penambahan berat badan berlaku seiring dengan penambahan usia. Masa remaja abam kie kurus melidi. Bila dah berusia ni memang jelas nampak montel tapi cute kan?
Jadi pada entri kali ini, Abam Kie ingin berkongsi 8 cara terbaik untuk mencegah obesiti. Harap baca dengan teliti dan amalkannya... Orait?
1. Pilih makanan kurang kandungan gula dan lemak.
2. Makan dalam kuantiti yang kecil setiap kali mengambil makanan.
3. Kurangkan masa penggunaan gadget, gantikannya dengan aktiviti riadah.
4. Minum air yang secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
5. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
6. Elak ambil makanan yang berat sebelum tidur dan lewat malam.
7. Pantau berat badan anda sekali seminggu.
8. Lakukan senaman secara tetap dan berkala.
Semoga kita semua akan cuba mengamalkan tips yg tersenarai di bawah dengan jayanya. Jangan cuma baca sahaja tapi buatnya tidak. Kita pasti dapat mencegah obesiti itu. In Shaa Allah.
9 Comments
kala berusia badan kita besar bukan gemuk sebab kulit kita mengembang kut. tapi sebaiknya jaga pemakanan demi kesihatan.
ReplyDeleteUsaha lakukan satu persatu. Moga berjaya
ReplyDeletesaya juga berusaha untuk tidak gemu hehehe
ReplyDeleteBaru tertengok video wawancara Tun M dengan wartawan luar. Tips dia berhenti ketika rasa sedap.
ReplyDeleteTapi kalau dah obese ni camane pulak nak kurus balik.. huhu.
ReplyDeleteelakkan obesiti
ReplyDeletekena jaga kesihatan, takut penyakit datang. harap bulan puasa nanti dapat turunkan berat. hehe
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.. Sama-sama kita menjaga kesihatan..
ReplyDeleteHehe sayapun masa budak dan remaja berat badan kurang daripada normal. Sekarang alhamdulillah. Itulah kena sentiasa peka dengan keadaan badan. Kalau rasa badan berat, jalan susah kena buat sesuatu.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.