Jamuan Perpisahan Tingkatan 5 Tahun 2021
Assalamualaikum. Hari terakhir peperiksaan SPM adalah saat yang dinantikan oleh semua pelajar tingkatan 5 selepas 11 tahun menempuh alam persekolahan. Merdeka! Gembira sakan selepas abis SPM kan? Begitu juga perasaan anak2 muridku yang selesai SPM pada minggu lepas. Aku mengajar 3 kelas tingkatan 5. Pada hari Rabu lepas, 23 Mac 2022, murid2 kelas 5 Silikon menjemputku untuk menghadiri jamuan perpisahan kelas mereka di Restoran D' Anjung, Jln Pasir Mas, Tanah Merah yang akan diadakan pada jam 2 pm, 24 Mac, 2022 (Khamis).
Sejam kemudian, kelas 5 Radon juga menjemput aku untuk ke jamuan kelas mereka di Putra Valley Resort, Tanah Merah pada tarikh yang sama! Cuma lewat sikit bermulanya iaitu pada jam 4 pm. Aiyyooo! Muat ke perut aku nak isi makanan tu nanti? Hehehehe
Jadi selepas sekolah pada petang Khamis tu, aku pergi ke jamuan pertama di Restoran D' Anjung. Cuma yang peliknya sesampai aku di sana, cuma murid2 perempuan je yang hadir. Budak2 lelaki langsung tak kelihatan. Bila ditanya kenapa, budak2 perempuan jawab geng2 lelaki tak nak join sebab kosnya mahal. Dah la budak lelaki cuma 6 org je. 1 org tu pulak tgh positif Covid 19.
Budak2 perempuan kelas 5 Silikon ini siap berpakaian dengan tema warna coklat muda gitu! Make-up bagai mcm nak naik pelamin plak. Semasa aku sampai tu Ustaz Zulmajdi sudah sampai. Dia mengajar subjek Tasawwur Islam. Tunggu cikgu lain datang tapi tak muncul2. Jadi kami pun makan dulu la. Antara menu yg dihidangkan ialah tomyam, ayam mangga, ikan siakap 3 rasa, kailan ikan masin dan banyak lagi. Meja kami yang dikhaskan utk 4 org cuma ada dua orang aje! Fuh! X larat nak habiskan.
Sedang kami makan tu, barulah Cikgu Suria dan Cikgu Tengku Adilah sampai. Heran gak kawan2 aku ni. Murid2 ajak makan pun x nak hadir. Dah la mereka tu banyak berhabis duit utk menjamu kita. Selesai menjamu selera, kami bergambar pula dengan murid2 sebagai tanda kenangan.
Manakala untuk jamuan kelas 5 Radon pula, aku pergi ke sana pada jam 5.45 ptg. Tu pun masih terasa kenyang. Kat sini pula dibuat secara terbuka. Makan2 dalam taman gitu. Ada macam2 seperti ayam bakar, spaghetti, mihun, agar-agar, sosej, nugget, buahan dan air cocktail. Tu pun aku tak makan sangat. Cuma ambil serba sikit. Di sini plak murid2 ni pakai baju kaler biru plak. Yang peliknya murid2 lelaki kelas 5 Silikon tu ada plak di sini. Kelas sendiri tak nak join! Tapi merempat di kelas orang! Apalah...
Majlis tamat sekitar jam 6.40 pm. Aku bergegas pulang sebab sudah hampir Maghrib. Budak2 ni siap bungkuskan makanan kat aku. Bila bawa balik, anak-anak gembira sebab boleh makan yg sedap2. Alhamdulillah.
Dah 2 tahun x ada jamuan kelas akhir tahun mcm ni angkara Covid 19 jadi bila dah boleh buat camni memang la kitaorang teruja nak makan. Semoga anak2 muridku mendapat keputusan yg cemerlang dalam SPM 2021 yang tamat semalam. In Shaa Allah. Aamin..
10 Comments
Alhamdulillah.. Diraikan anak murid..
ReplyDeleteSemoga mereka semua memperolehi keputusan yang cemerlang..
Alhamdulillah..dah blh buat jamuan..klu x habis sekolah mcm tu jer..:)
ReplyDeleteSyukur. Semoga terus ingat cikgu.
ReplyDeleteamin.. moga semua dapat keputusan cemerlang
ReplyDeleteBudak lelaki dah pupus.. Hehe
ReplyDeleteALHAMDULILLAH TERHARU BACA PENGHARGAAN ANAK MURID KPD GURUNYA
ReplyDeletehehe budak laki meme mace tu sir ..
ReplyDeletecari mana sep diorg nak lepak skali
Alhamdulillah... rezeki dapat anak2 murid yg baik2 belanja cikgu makan tempat yang sedap2.
ReplyDeletejamuan kedua tu nampak meriah...buat outdoor mmg best...
ReplyDeletekelakar murid2 lelaki kelas cikgu..join jamuan kelas lain, kat sana ramai saing2 mereka kot..baru happening....
Haha lawak Abam Kie tulis pelajar-pelajar lelaki Tingkatan 5 Silikon merempat ke jamuan tingkatan lain
ReplyDeleteAmboi meriah jamuan budak sekolah sekarang. Kita dahulu tiada jamuan buatpun.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.