Nasib seekor ayam
Kalau nak tahu, binatang yg paling miskin ada lah ayam.
Kasihan, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG. Hati sedih sesampai tulis pun CAKAR-CAKAR AYAM.
Tidur pun tak lena, cuma TIDUR-TIDUR AYAM, mengenangkan kemiskinan masih BERKAKI AYAM tak ada duit nak beli kasut.
BERTELUR PUN CUMA SEBIJI, DAH RIUH SEKAMPUNG. Puncanya sebab buat Kerja HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.
Jual barang tak bermutu orang kata barang tu CAP AYAM. Termenung sedih jadi AYAM BERAK KAPUR. Kalau lelaki bawa perempuan dikatakan BAPA AYAM. Si ibu jaga perempuan dikatakan IBU AYAM.
Telur AYAM goreng dikatakan MATA KERBAU. Kerbau dapat nama. Malang sungguh nasib mu sebagai seekor AYAM.
Walau begitu sifat ayam ia tetap bangun sebelum subuh dan masuk reban sebelum maghrib....
Fikir-fikirkanlah🤣
14 Comments
ayam besar manfaat kepada manusia hehehe
ReplyDeleteaduhai, tersenyum sorang2 saya dibuatnya.
ReplyDeletekesian ayam kan
ReplyDeletetp Ayam sgt popularr
Setiap.hari lakuu
AYAM AJA YG NAMPAK TIAP HARI KAN HABIS ANOLOGI BAGI KAT AYAM HEH HEH
ReplyDeleteBetul bangun awal sebelum senja dah balik reban.
ReplyDeleteteringat lagu ayam Jalil Hamid...tapi bunga ada guna ayam jg - bunga tahi ayam..
ReplyDeletehaha terhibur mama baca
ReplyDeleteayam tetap terbaik....
ReplyDeletesuka makan sardin Ayam Brand
ReplyDeleteJasa besar ayam, kekok sahaja mesti waktu solat dah dekat :)
ReplyDeletewahhh.. ayam.. fames nya...
ReplyDeletedeep sungguh ni abang kie..
ReplyDeleteKann... kesian ayam semua yang negatif tapi sekarang ni orang ramai takut positif eh!
ReplyDeleteBanyak gunanya ayam nie.. hehehe
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.