Ada yang tengah mencari senarai Blogger Famous Malaysia ke tu? hehe fret not! Sebab kat sini Abam Kie akan dedahkan Senarai Blogger Malaysia 2022 yang famous dan masih lagi aktif berkarya melalui personal blog mereka. Let's go! 

Kalau sebelum ni Abam Kie ada buat blogger listing bagi 55 Best Blogs You Need To Follow in 2021 dan ada menerima beberapa feedback yang tak sedap didengar and it sounds like "Top blogger Malaysia konon" and "the list of so called Malaysia lifestyle blogs! Syok sendiri" and beberapa lagi komen yang sama erti dan sekutu dengannya. It's okay geng! Komen-komen negatif sebegini sedikit pun tidak mematahkan semangat kami as a blog writer malah ia menjadi pembakar semangat lagi untuk kami blogger-blogger seMalaya agar terus maju menjelang 2022 ini!

Bukan nak berlagak atau syok sendiri claim diri dan rakan-rakan sendiri sebagai blogger top or famous, tapi senarai-senarai blog yang Abam Kie buat ni semua Abam Kie dah study dulu latar belakang dan kekuatan blog mereka masing-masing. So kali ini Abam Kie buat list ikut ranking berdasarkan DA tertinggi mengikut www.moz.com

Senarai Pantas Famous Blogger Malaysia 2022


Apa Itu Domain Authority (DA)?

Sebelum kita lanjut ke senarai 'blogger femes Malaysia, Abam Kie nak tarik kalian sekejap untuk ketahui serba sedikit apa itu DA dan apa kepentingannya untuk sesuatu blog?

Kalau dulu, Google Page Rank digunakan untuk semak tahap sesebuah laman. PageRank merupakan algorithm tools yang boleh menganalisis prestasi sesebuah website dengan memberikan nilai dari 0 hingga 10. Semakin tinggi nilainya, website akan dikatakan semakin penting, bernilai dan kredibel. Namun kini PageRank sudah pun shutdown pada tahun 2016 lalu.

Kini beralih kepada Domain Authority (DA). Mengaplikasikan konsep yang lebih kurang sama dengan Google PageRank, namun ia bukan dibangunkan oleh Google, tapi adalah dari Moz. Score DA adalah dari O hingga 100. Semakin tinggi nilai DA, dikatakan semakin perform lah web tersebut di SERP, justeru semakin mudah untuk masuk di halaman pertama enjin pencarian.

Neil Patel pernah menyebut, kalau dapat masuk ke halaman pertama mesin carian adalah suatu perkara yang sangat hebat. Sebagai penulis blog dan pengamal SEO, objektif kami semestinya ingin website kami selalu muncul di halaman pertama carian Google.

#1 Best Malaysian Teacher's Blog with Popular & Inspiring Content

Abam Kie (www.zukidin.com)


Blog ini milik seorang guru dari Kelantan yang berkongsi pengalaman menarik di dalam kehidupannya. Dia juga menulis tentang panduan, tips dan nasihat mengenal pengurusan kewangan, gaya hidup, kekeluargaan dan Islam. Maklumat semasa yang diberikan sangat berguna untuk dibaca semasa lapang.

#2 Best Mom Blog Examples 2022


Bonde Zaidalifah| Lifestyle, Parenting, Novel, Drama, Travelling (www.bondezaidalifah.com)

Seorang penulis yang ceria dan suka berkongsi pengalaman berkaitan banyak perkara. Sepanjang mengenali beliau, beliau banyak berkongsi mengenai resipi dan juga percutian.

#3 Highest Paid Blogger in Malaysia 2022


Sis Hawa Blog Lifestyle Penuh Informasi (www.sishawa.com)

Blog ini berkisarkan kehidupan seharian seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis dan surirumah sepenuh masa. Siti Awadah lebih dikenall sebagai Sis Hawa Seorang ibu kepada 6 orang anak; 5 lelaki dan yang bongsu perempuan. 

Ramai baca blog ini untuk tahu informasi berkaitan seorang isteri, ibu dan blogger sepenuh masa. Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti hubungan cinta dan perkahwinan, himpunan doa, amalan harian, resipi, tips parenting, info ibu hamil, bersalin dan penyusuan, tips kediaman, panduan berblog dan Adsense, informasi semasa dan banyak lagi. Beliau juga merupakan founder team Blogggers Malaysia @Biters (bloggersmalaysia.com).

#4 Popular Personal Blogs to Follow In 2022


Azlinda Alin Bicara Mummy (www.azlindaalin.com)

Azlinda Alin atau nama panggilannya Linda. Seorang ibu muda, anak 3, Full Time Blogger dan Entrepreneur. Bergiat dalam bidang blogging kerana minat berkongsi dan rujukan sendiri pada masa akan datang. Antara kisah yang sering ditulis adalah berbentuk peribadi, lifestyle, parenting, travel dan food. Selain blogging, Linda juga aktif di media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram dan Tiktok.

#5 Best Blogs for Women to Follow by Female Bloggers in 2022


Mamy Syul Lifestyle Parenting (annursyuhadah.com)

Juga dikenali sebagai Mommy Blogger Malaysia - Blog yang padat dengan perkongsian berbentuk kekeluargaan seperti isu perkahwinan, tip penjagaan anak, masalah disiplin anak, tip susu badan, lifestyle suami isteri jarak jauh dan pengalaman seorang ibu yang membesarkan anak-anak seorang diri sehingga kini. 

Blog Mamy Syu tidaklah sehebat barisan blogger handalan yang lain di Malaysia, namun dengan membawa personaliti 'isteri PJJ' serta penulisan jujur bagaimana Mamy handle anak-anak menggunakan cara sendiri; menjadikan Annur Syuhadah.dotcom unik dan mempunyai kelompok pembaca tetap yang keep coming back, over and over again.....

#6 Very Informative Blog in Malaysia 2022

Mamapipie (www.mamapipie.com)

Seorang working mom blogger yang pada mulanya ingin menyimpan kenangan anak membesar di blog. Akhirnya berasa seronok dan menjadi satu hobi. Suka bercerita tentang travel, makanan, parenting. family, islamik, lifestyle dan macam-macam lagi.

#7 Most Influential Travel & Beauty Bloggers on the Web in 2022



Ana Suhana (www.anasuhana.com)

Full time mommy blogger since 2017. Niche blog ni pada awalnya tentang travel & food sebab owner suka share pengalaman percutian2 beliau dalam Malaysia. Baik sama ada review tentang tempat penginapan (kebanyakan adalah hotel) dan juga tempat-tempat makan tempatan yang pernah diterjah. Artikel resipi pun ada dikongsi.

Kemudian niche bertambah kepada lifestyle blog sharing sebab dah ada topic on beauty & health, parenting and Islamic sharing knowledge. Semua dengan niat untuk berkongsi info dan ilmu yang diharapkan bermanfaat pada pembaca.


#8 Most Inspiring SLE Survivor Blog in Malaysia 2022


Cikza Mohmad (www.cikza.com)

Pejuang SLE dan Garis Dua Yang tak pernah putus asa. Berkongsi tentang perjalanan kisah seorang pejuang SLE selama hampir 13 tahun dan juga hampir 5 tahun tidak pernah putus asa untuk dapatkan garis dua selepas pengalaman kandungan luar rahim 4 tahun lepas. Cikza.com cetusan idea untuk berkongsi tips bermanfaat buat semua, tempat-tempat makan menarik dan lain-lain.

#9 Lifestyle Blog to Follow in Malaysia 2022


Shalimar Lifesytle Blogger (www.shalimaryusof.com)

Bekerja sepenuh masa, mempunyai sepasang cahaya mata. Blog ini blog personal yang berkongsi pelbagai perkongsian, kebanyakannya tentang kehidupan, resepi, keluarga dan review barangan. Ada juga perkongsian tentang pengalaman bersama penagih dadah & berkaitan pencegahan dadah.

#10 Best Malaysian Modern Mom Lifestyle 2022


Azni The writer and traveller (modernmumthingy.com)

UX designer dan part time blogger. Merupakan food hunter, suka travelling ke luar negara dan minat dalam dunia photography.

#11 Best Food & Cooking Blogs to Read in 2022


Bebelan Cik Min: Travel, Food, Beauty & Lifestyle (www.bebelancikmin.com)

Blog mengenai travel dan percutian, berkongsi tentang kecantikan serta Food Review. Juga blog penuh informasi.

#12 Famous Blogger for Malaysia Beauty Blogger (Muslimah) 2022


Hafiza Aizzawa Beauty and Lifestyle Blogger (http://www.fizaizawa.com/

Seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis blog dan pada masa yang sama bekerja sepenuh masa. Mempunyai sepasang cahaya mata. Penulisan blog yang dikongsikan berdasarkan pengalaman sendiri, sama ada pergi bercuti, staycation, cerita anak-anak, resipi masakan, review makanan dan banyak juga story menghadiri event.

Oleh kerana banyak menerima tawaran review, maka kesempatan tersebut ditulis di blognya. Review paling banyak diketengahkan adalah mengenai produk kecantikan dan percutian bersama keluarga. Juga merupakan media influencer yang aktif di FB, 1G dan Tiktok.

#13 Famous Lifestyle & Fashion Blogger 2022


www.raydahalhabsyi.com

Raydah Alhabsyi (www.raydahalhabsyi.com)

Her Life, Her Style. She's a Content Creator, Mental Health Advocate and a Sports Science graduate from Uitm who blogs about lifestyle and casually updates about food.

#14 Top Muslim Entrepreneur & Motivational Blogger in Malaysia


Rinazul| Lifestyle Entrepreneur Blog(www.rinazul.com

Blog ini berkisar tentang gaya hidup dan perjalanan seorang wanita yang komited mencapai impian sebagai seorang usahawan berjaya dunia akhirat. Blog ini juga berkongsi tips pemakanan, kesihatan, barangan rumah dan kerjaya dalam perniagaan.

Sis Rinazul nekad berhenti kerja dari bidang perbankan pada usia 25 tahun dan cetusan blog ini adalah sebagai inspirasi, motivasi dan tips buat semua untuk mencapai kejayaan yang diidamkan. Ramai baca blog ini untuk dapatkan info berkaitan umum, pemakanan, barangan rumah dan tips usahawan.

#15 Crazily Fast Successful Momtrepreneur Blog 2022


Atul Hamid | Mommy blogger suka berbisnes (www.atulhamid.com)

Blog atulhamid.com kepunyaan Atul Hamid. Atul merupakan seorang isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata. Pernah bekerja sebagai librarian di sebuah perpustakaan universiti, tetapi kini memilih sebagai suri rumah sepenuh masa yang mempunyai kerjaya.

Atul kini merupakan seorang business leader yang mempunyai jualan mencecah 5 angka setiap bulan. Atul hanya melakukan bisnes online dari rumah sahaja, iaitu bisnes Shaklee. Atul juga aktif berblog sepenuh masa. Blog atulhamid.com berkongsi tentang gaya hidup, makanan tambahan, kesihatan, keluarga, wanita, dan kerjaya sebagai suri rumah yang berbisnes serta berkongsi info-info menarik yang berguna kepada anda semua.

#16 Most Fast Growing Blogger in 2022


Zati Salim|Lifestyle Blogger(www.zatisalim.com)

Blog mengenai pelbagai perkongsian seperti resepi, parenting, drama, review, petua. Dan juga memberikan info kepada para pembaca.

#17 Successful Malaysian Lifestyle Blogger (2022)


Zaza Azman| Lifestyle Blogger (www.zazaazman8.com)

Dikenali sebagai Mama Monsta. Lebih selesa untuk menulis Blog berbahasa Inggeris. Mempunyai sepasang anak dan surirumah sepenuh masa. Blog versatil untuk berkongsi mengenai makanan dan tempat-tempat makan menarik. Review barang-barang kecantikan dan kesihatan. Suka kongsi mengenai hal perkembangan anak-anak, general knowledge dan tips kehidupan. Blog niche lifestyle, parenting, beauty and food.

#18 Highly Potential Blog For a Successful Mommy Blogger in 2022


Aleya(www.apakatamommy.com)

Blogger dengan niche Motherhood. Lifestyle. FoodHunter. Juga merupakan JDT Blogger.

#19 Highly Potential Blog For a Successful Malaysian Blogger in 2022


Netty Ah Hiyer | Dari Wartawan Majalah menjadi Penulis Blog Travelog Wartawan (https://nettyahhiyer.com)

Sebelumnya menulis untuk majalah Mingguan Wanita, dan masih (buat masa ini) menulis untuk portal online Mingguan Wanita. Bekerja di rumah, dalam masa sama menguruskan famili dan tiga orang anak. Ini adalah blog personal yang berkongsi apa saja info. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, atau pun orang lain yang boleh menjadi tip dan panduan bermanfaat dalam kehidupan seharian.

Jadi apa tunggu lagi, kawan2! Jomlah telusuri setiap blog yang tersenarai di atas! Bila sudah blogwalking tu, sudi2kanlah menulis komen dan follow blog2 di atas ye? Terima kasih.

Sumber: www.annursyuhadah.com