Waktu Tidur Yang Sesuai Bagi Umat Islam
Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.
Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.
Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2 pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!
Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.
Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dà n bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).
Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.
Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.
Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.
Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.
Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.
Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.
Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.
Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.
kredit : Cypreme-HQ
14 Comments
good sharing...saya selalu tido lewat, patut la mcm letih je kot..kannn
ReplyDeleteseronok dapat tidur lama kala bangun tubuh segar
ReplyDeleteBetul la Abam Kie. Kadang, semakin lama tidur, makin mengantuk kita jadinya. Kalau tidur pukul 10, terjaga pukul 2- 3 pagi tu, rasa segar terus mata.
ReplyDeletepower sleep..yg terbaik, ikut sunnah tapi itulah kekdg pkl 9 baru nak balik rumah..
ReplyDeleteboleh praktikkan ni.. terima kasih cikgu perkongsian.
ReplyDeleteoh patut lepas isyak kadang lena tido dan kol 12 atau kol 1 automatik akan terjaga
ReplyDeleteKadang-kadang tidurtak tentu masa.. Ikut badan.. kalau letih, sambil duduk pun boleh terlelap.. Kalau makan ubat yang mengantuk lagilah tidur tak ingat dunia..
ReplyDeletemantap perkongsian Abam Kie. Lamo tidok nyonggoh di blog Abam Kie. Semoga sihat2 selalu.
ReplyDeleteSatu lagi amalan tidur yg bagus ialah qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor). Orang putih panggil power nap, orang Mexico pulak panggil siesta. Saya dah try, memang segar mata dan otak petang tu.
ReplyDeleteboleh amalkan selepas ini.
ReplyDeleteTQ share
ReplyDeletejrg tido pukul 9 melainkan penat sgt...kdg2 nk tgu isyak pn bole terlena kalo dh penat sgt...tp biasanya b4 12 tgh mlm dh tido..anyway tq for sharing
ReplyDeletetq abam atas info ni. indahnya islam waktu tidur pun serba lengkap ada guide
ReplyDeleteGood sharing.
ReplyDeleteSy pun slalu tdo lewat.. Lyn tv😆
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.