20 Cara Romantik Rasulullah Melayan Isteri Baginda
Menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya, Al-Adab fid Din ada
menerangkan adab seorang suami kepada isterinya; berinteraksi dengan
lemah lembut, bertutur dengan kata-kata yang baik, menunjukkan cinta dan
kasih sayang, tidak mencari dan mempersoalkan kesalahan pasangan,
memaafkan isteri jika ada membuat salah, menjaga harta isteri, tidak
berdebat, memberi nafkah dan membiayainya dengan tidak kedekut,
memuliakan keluarga isteri, sentiasa memberi janji yang baik dan selalu
bersemangat dengan pasangannya.
Malahan, di dalam sebuah hadis:-
عَÙ†ْ
Ø£َبِÙŠ Ù‡ُرَÙŠْرَØ©َ رَضِÙŠَ اللَّÙ‡ُ عَÙ†ْÙ‡ُ Ù‚َالَ: Ù‚َالَ رَسُول اللَّÙ‡
صَÙ„َّÙ‰ الله عَÙ„َيهِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ : Ø£َÙƒْÙ…َÙ„ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ Ø¥ِيمَانًا
Ø£َØْسَÙ†ُهمْ Ø®ُÙ„ُÙ‚ًا، ÙˆَØ®ِÙŠَارُÙƒُÙ…ْ Ø®ِÙŠَارُÙƒُÙ…ْ Ù„ِÙ†ِسَائِÙ‡ِÙ…ْ
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda, “Orang mukmin yang
paling sempurna imannya adalah orang mukmin yang paling baik akhlaknya
dan sebaik-sebaik kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya”
(Hadis Riwayat. At-Tirmidzi, 3/466; Ahmad, 2/250 dan Ibnu Hibban, 9/483.
Hadis dinyatakan sahih oleh Imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Syaikh
al-Albani.)
Dalam melayari alam rumahtangga, wajib untuk suami
meniru cara Rasulullah SAW melayani isteri. Ia bagi menjaga kemesraan
antara suami dan isteri. Berikut disenaraikan 20 teladan baik dari
Rasulullah untuk suami isteri.
1. Suami suap isteri
Dari Saad
bin Abi Waqosh r.a berkata: Rasulullah ï·º bersabda: “Dan sesungguhnya
jika engkau memberikan nafkah, maka hal itu adalah sedekah, hingga
suapan nasi yang engkau suapkan ke dalam mulut isterimu.” (HR Bukhari
(VI/293) dan Muslim (V/71)
2. Mencium isteri ketika keluar dari balik dari kerja
“Dari
Aisyah ra, bahawa Nabi Salallahu Alaihi Wassalam biasa mencium
isterinya setelah wudhu, kemudian Baginda solat t dan tidak mengulangi
wudhunya.” (HR Abdurrazaq)
3. Makan/minum sepiring/segelas berdua
Dari
Aisyah r.a, ia berkata: “Saya dahulu biasa makan his (sejenis bubur)
bersama Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam.” (HR. Bukhari dalam Adabul
Mufrod)
Dari Aisyah r.a, ia berkata: “Aku biasa minum dari gelas
yang sama ketika haid, lalu Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam mengambil
gelas tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut,
lalu Baginda minum.” (HR Abdurrozaq dan Said bin Manshur, dan riwayat
lain yang senada dari Muslim.)
4. Suami membukakan pintu untuk isterinya
Dari
Anas, dia berkata: “Kemudian kami pergi menuju Madinah (dari Khaibar).
Aku lihat Nabi ï·º menyediakan tempat duduk yang empuk dari kain di
belakang Baginda untuk Shafiyyah. Kemudian Baginda duduk di samping
untanya sambil menegakkan lututnya dan Shafiyyah meletakkan kakinya di
atas lutut Baginda sehingga dia boleh menaiki unta tersebut.” (HR
Bukhari)
5. Menyayangi isteri dan melayaninya dengan baik
Dari
Abu Hurairah, dia berkata: “Rasulullah bersabda: Orang mukmin yang
paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang
paling baik di antara kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya
.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Hibban, hadits Hasan shahih).
6. Bersenda gurau dan membangkitkan kemesraan
“Aisyah dan Saudah pernah saling melumuri muka dengan makanan. Nabi ï·º tertawa melihat mereka.” (HR Nasai dengan isnad hasan)
“Dari Zaid bin Tsabit berkata tentang Rasulullah: suka bergurau dengan isterinya.” (HR Bukhari)
7. Berlemah lembut, melayani/menemani isterri yang sedang sakit (memanjakan isteri saat sakit)
Diriwayatkan
oleh Aisyah r.a, “Nabi ï·º adalah orang yang penyayang lagi lemah lembut.
Baginda orang yang paling lembut dan banyak menemani isteri yang sedang
penat atau sakit.” (HR Bukhari No 4750, HR Muslim No 2770)
8. Tetap romantis walau isteri sedang haid
Haid,
adalah sesuatu yang normalbagi wanita. Berbeda dengan pandangan kaum
Yahudi, yang menganggap wanita haid adalah najis besar dan tidak boleh
didekati.
“Ketika Aisyah sedang haid, Nabi ï·º pernah membangunkannya,
Baginda lalu tidur di pangkuannya dan membaca Al Quran.” (HR Bukhari no
7945)
9. Memberi hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah,
ia berkata, “Ketika Nabi ï·º menikah dengan Ummu Salamah, Bagindau
bersabda kepadanya, Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada
Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi,
namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku
mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang
dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.”
Ia (Ummu
Kultsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan
Rasulullah ï·º, dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu
Nabi memberikan kepada isterinya masing-masing satu botol minyak
kasturi, sedang baki minyak kasturi dan pakaian tersebut beliau berikan
kepada Ummu Salamah.” (HR Ahmad)
10. Isteri menaburkan wangian ke badan suami
Aisyah
r.a berkata : “Aku memakaikan Rasulullah ï·º wangian, kemudian Baginda
berkeliling kepada isteri-istrinya. Lalu Baginda berihram dan
tersebarlah bau minyak wangi itu.” (H.R. Bukhari)
Dan Aisyah berkata : “Aku telah meminyaki Rasulullah ï·º dengan sebaik-baik minyak wangi.” (H.R. Bukhari)
11. Mencium isteri selalu
Mencium isteri dengan penuh kasih sayang, sangatlah mulia dan romantis.
“Nabi ï·º sering mencium Aisyah dan itu tidak membatalkan puasa.” (HR Nasai dalam Sunan Kubra II/204)
12. Suami menghantar isteri
Shafiyyah,
isteri Nabi ï·º, menceritakan bahawa dia datang mengunjungi Rasulullah ï·º.
ketika Baginda sedang melakukan itikaf pada hari sepuluh yang terakhir
dari bulan Ramadan. Dirinya berbicara dekat Baginda Nabi beberapa saat,
kemudian berdiri untuk kembali. Nabi SAW juga ikut berdiri untuk
menghantarkannya. (Dalam satu riwayat 492 dikatakan: Nabi ï·º berada di
masjid. Di samping Baginda ada para isteri lain. Kemudian mereka pergi
(pulang). Lantas Nabi SAW. berkata kepada Shafiyyah binti Huyay: “Jangan
terburu-buru, agar aku dapat pulang bersamamu’).” (HR Bukhari dan
Muslim)
13. Berpelukan saat tidur
Perilaku Rasulullah yang
menggambarkan tentang hal ini, Rasulullah berkata: “Mendekatlah
kepadaku, hangatkanlah diriku, hangatkanlah diriku!” Lalu kukatakan pada
Baginda Nabi, “Saya sedang haid.” Nabi berkata, “Walaupun engkau sedang
haid, singkaplah kedua pahamu.” Lalu kubukakan kedua pahaku dan Baginda
meletakkan pipi dan kepalanya (juga dadanya) di atas kedua pahaku (aku
mendakap Baginda) hingga dirinya merasa hangat dan tertidur.” (H.R.
Bukhari)
14. Segera bertemu isteri di saat syahwat berkeinginan
Dari
Jabir, sesungguhnya Nabi ï·º pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke
rumah isterinya Zainab, lalu Nabi tumpahkan keinginan kepadanya, lalu
keluar dan bersabda, “Wanita, kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa
syaitan. Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang
menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada
hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (HR Tirmidzi)
15. Memahami perasaan isteri
“Sesungguhnya
ketika seorang suami memperhatikan istrinya dan begitu pula dengan
isterinya, maka Allah memperhatikan mereka dengan penuh rahmat, manakala
suaminya memegang telapak tangan istrinya dengan mesra, berguguranlah
dosa-dosa suami isteri itu dari celah jari jemarinya.” (Diriwayatkan
Maisarah bin Ali dari Ar- Rafi dari Abu Said Alkhudzri r.a)
16. Mandi romantis bersama pasangan
Aisyah
pernah mandi satu bersama Nabi. Berkata Aisyah: “Aku mandi bersama
Rasulullah ï·º dalam satu ruang, aku mendahuluinya dan ia mendahuluiku
sampai-sampai ia berkata: “Tinggalkan untukku, dan aku berkata,
tinggalkan untukku.” (H.R. An Nasai I/202)
17. Tidur di pangkuan isteri
Dari
Aisyah ra, ia berkata, “Nabi ï·º biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku
walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” (HR
Abdurrazaq)
18. Membantu urus bersama-sama rumah tangga
Aisyah
pernah ditanya: “Apa yang dilakukan Nabi ï·º. di rumahnya?” Aisyah
menjawab: “Baginda ikut membantu melakukan kerja rumah.” (HR Bukhari)
19. Membelai isteri
“Adalah
Rasulullah ï·º tidaklah setiap hari melainkan Baginda mesti mengelilingi
kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan
membelai kami dengan tidak mencampuri hingga Baginda singgah ke tempat
isteri yang Baginda giliri waktunya, lalu Baginda Nabi bermalam di
tempatnya.” (HR Ahmad)
20. Isteri sikatkan rambut suami
Dari Aisyah ra, ia berkata, “Saya biasa menyisir rambut Rasulullah ï·º, saat itu saya sedang haid.” (HR Ahmad)
Nabi
ï·º bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah yang terbaik terhadap
keluarga/isterinya. Dan saya adalah orang yang paling baik terhadap
isteri/keluargaku.” (HR Tirmidzi).
Sekian. Terima kasih.
9 Comments
kemesraan suami isteri pengikat kasih syg berkekalan insyaAllah
ReplyDeleteA good husband and father will build a good family, and a good family will create a good society. Renung-renungkan & selamat beramal :)
ReplyDeleteromantisnya Rasulullah..baginda contoh teladan terbaik..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Ilmu ni.
ReplyDeleteTerima kasih abang Kie tipnya.. memang sweet cara Rasulullah s.a.w ni.
ReplyDeleteAllahumma Solli'Ala Saiyidina Muhammad... Contoh dan tauladan sepanjang zaman.
ReplyDeletesaya bujang mampu baca jelah. Jom sama-sama amalkan sunnah Rasullullah s.a.w
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi Abam Kie..
good sharing...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.