Panduan Membeli Apartment
1. Beli apartment yang tak lebih dari 500 unit dalam satu bangunan. Semakin padat kediaman, semakin banyak masalah yang akan datang.
2. Elakkan beli unit yang bawah sekali, risiko kecurian dan kebersihan susah dikawal nanti.
3. Semakin tinggi kita beli semakin rendah tekanan air nanti. Dekat dengan rumah pam akan bising sepanjang malam.
4. Beli apartment yang status tanahnya kediaman dan bukan komersial. Bil utiliti, bayaran pengurusan jadi tinggi jika beli yang komersial nanti.
5. Jika dapat setiap tingkat tak lebih dari 10 unit rumah, semakin banyak rumah semakin banyak masalah aras tersebut.
6. Unit kita jangan menghadap matahari petang (west) isteri kita akan seksi sepanjang malam. Untung masa depan. 😜
7. Semak tahap keselamatan ada berapa peringkat, sebaiknya tak kurang dari 3 peringkat.
8. Pastikan apartment kita yang ada 3 bilik dan 2 bilik air. Jangan beli yang kurang dari itu. Ia baik untuk pelaburan masa depan.
9. Jangan beli yang rendah silingnya, sebaiknya lebih dari 8 kaki tinggi. Bila pasang kipas agar tak putus jari jemari.
10. Pastikan ada ruang ampaian yang sesuai, takkan baju nak hantar dobi dan sidai di ruang tamu.
11. Jangan ambik unit dekat lif, kawasan lift selalu bising dan tempat pertemuan seluruh dunia.
12. Beli dari pemaju yang terkenal dan ada nama, jangan beli yang baru nak buat kali pertama. Lawat projek lepas mereka, kualitinya bagaimana?
13. Semakin banyak fasiliti yang disediakan semakin baik, ada ruang gym, dewan, library dan ruang kahwin lagi.
14. Pelan yang bagus ada dua zon ruang, satu ruang tamu, makan dan dapur, satu lagi zone privacy iaitu bilik kita dan keluarga
15. Pastikan dapat parking, jika dapat 2 parking percuma lebih baik. Satu parking boleh disewakan bagi bayar duit selenggara.
16. Jika dapat pilih yang ada balconi, supaya pengudaraan lebih baik dan selesa buat kita sekeluarga.
Selamat membeli kengkawan, jangan mudah putus asa. Cari sampai jumpa, lambakan apartment makin banyak hari ini.
Lelaki seksi ada rumah sendiri sebelum cari isteri, amacam, ada berani? 😜
Sumber: Azizul Azli Ahmad
9 Comments
nak dapat cari apartment yang seperti di atas memang susah la kalau apartment baru, sebab kebanyakan apartment di kl dan selangor sekarang paling kurang ada belas-belas tingkat dan 1 aras ada lebih 10 rumah. Saya beli rumah apartment bukan baru, jenis apartment lama ada 4 tingkat dan bawah sekali ground floor, saya beli rumah bawah sekali sebab nak rasa ada tanah walapun memang betul ada je jiran yang jenis buang puntung rokok merata tapi sampah lain takde. Setiap aras cuma ada 4 buah rumah sahaja,takde lif sebab apartment lama tapi selesa, ada ruang untuk sidai baju, untuk menanam sayuran.
ReplyDeleteErmm panduan dah ada. Duit yang takda lagi ni haha
ReplyDeleteSELAMAT MEMBELI APARTMEN YG DIINGINI
ReplyDeleteHellu Hellu Hellu
ReplyDeleteCongratulations.
https://www.raydahalhabsyi.com/2022/04/congratulations-preloved-giveaway-lucky.html
Nice sharing..apartment nk bli pun kena chck btul2 kan..
ReplyDeletebanyaknya tips dari abam kie. boleh masuk dalam checklist bila nak beli apartment :)
ReplyDeleteTeringat pengalaman beli apartment masa baru2 kawen. Memang unplanned, sebab asalnya nak beli barang dapur di supermarket AEON, tiba-tiba terbayar deposit beli apartment! Alhamdulillah dapat pemaju yang baik bukannya yang bermasalah. Better ikut tips yg Abam Kie share ni daripada buat macam kiteorang hahaha!
ReplyDeleteno. 15 tu, kekdg 2 parking lots pun x cukup...suami isteri kekdg ada kereta lain2, kekdg ada family car lagi..anak2 besar ada kereta lain lg...
ReplyDeleteseronok dapat beli apartment idaman hati...
Perkongsian yang ohsem.. tq abam kie..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.