Kegagalan Menyediakan Prasarana di Sekolah
Kisah seorang bapa yang sukarela beli kipas angin untuk kelas anaknya di sekolah bukanlah kes terpencil. Terima kasih team KOSMO yang melaporkan berita ini. https://bit.ly/3Jei1nG
Sebenarnya isu ini besar dan perlu perhatian segera. Banyak kelas di sekolah kita yang bermasalah dengan kipas angin dan lampu.
Saya juga acapkali melihat masalah ini bila menyelia latihan mengajar pelajar pelajar saya di sekolah-sekolah. Bila tanya murid-murid dalam kelas, "dah lama kipas ini rosak", biasanya jawapan yang saya terima sama sahaja, "dah lama cikgu".
Malah anak saya sendiri pernah lalui setahun berada di dalam kelas yang kipas angin tidak berfungsi. Malah apabila naik ke tahun seterusnya, satu hari bila beliau masuk semula ke kelas lamanya, kipas tersebut masih belum dibaiki!!
Tindakan bapa ini yang membeli kipas angin dan sedekahkan pada sekolah adalah tindakan terpuji. Itu tandanya beliau mengambil berat tentang keselesaan dan kesejahteraan anak beliau serta rakan-rakan anak beliau di dalam kelas berkenaan.
Tapi dari sudut lain, ini juga bukti KEGAGALAN PENGURUSAN sistem pendidikan dalam menguruskan kesejahteraan anak-anak kita di sekolah.
Walaupun ibubapa boleh dan digalakkan memberikan sumbangan pada sekolah, budaya menyumbang ini tidaklah sampai ke tahap menyediakan infra asas di bilik darjah.
Penyediaan infra seperti kipas dan lampu adalah di bawah tanggungjawab KPM dengan menggunakan duit peruntukan kerajaan.
Bukankah ibubapa sudah pun membayar cukai kepada kerajaan? Jadi jangan kata ibubapa hanya pandai mengadu dan tak membantu pihak sekolah. Bantuan kepada sekolah sudah pun dibuat oleh ibubapa melalui pembayaran cukai setiap tahun.
Sekali lagi saya ulang, kipas rosak bukan kes terpencil.
Selain kipas dan lampu, jika ada ibubapa yang ke sekolah anak-anak anda, lihat juga keadaan tandas murid-murid. Pengalaman saya melawat banyak sekolah, kebanyakan tandas kotor dan sangat hancing.
Guru sendiri pun tak tahan. Sebab itu guru ada tandas guru dan dikunci setiap masa supaya murid-murid tidak curi masuk dan menggunakannya.
Cuba anda tanya betul atau tidak, ramai murid sebenarnya lebih rela menahan diri dari buang air besar di tandas sekolah. Mereka lebih sanggup tunggu sampai balik ke rumah.
Sejahterakah anak-anak kita untuk belajar di dalam bilik darjah dalam keadaan mereka terpaksa menahan perut yang meragam?
Sejahterakah anak-anak kita yang terpaksa belajar dalam keadaan bilik darjah yang sesak dan panas kerana kipas angin rosak?
Sejahterakah guru-guru kita mengajar dalam kelas kelas yang panas?
Mengapa tak buat aduan?
Apa gunanya ada PGB dan kakitangan am sekolah kalau mereka sendiri tak pantau dan selesaikan? Mengapa kena tunggu aduan? (Cumanya bila aduan dibuat selalunya mereka akan kata tiada bajet untuk tukar kipas atau stok belum sampai)
Apa gunanya begitu ramai pegawai di PPD untuk pastikan setiap sekolah di dalam daerah mereka berada dalam keadaan terurus? Mengapa kena tunggu aduan? (Cumanya bila aduan dibuat selalu mereka akan kata proses lambat sedikit sebab kena beli kipas secara pukal/tender).
Apa gunanya begitu ramai pegawai di JPN? Mengapa kena tunggu ada aduan? (Cumanya bila aduan dibuat biasanya akan kata ini urusan PPD dan sekolah).
Bangau oh Bangau...
Akhirnya masalah sekecil kipas angin pun tidak dapat diselenggarakan dengan segera. Anak-anak kita menjadi 'mangsa' kegagalan pengurusan pendidikan dan terpaksalah mereka belajar dalam kepanasan setiap hari.
Inilah hakikat jika pemimpin pendidikan kita mahu tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku di bawah sana. Nak tahu, tanya guru yang 'berani bersuara' demi kebaikan murid-murid.
Ini pun hanya satu contoh kecil dari berbagai lagi isu infra yang lain.
Menariknya, bila dengar Menteri dan rombongan akan turun ke sekolah , semua kerosakan insyaAllah akan siap sebelum sempat kereta menteri sampai ke pintu pagar sekolah.
Inilah 'budaya kerja' kita.
Sumber: Dr Anuar Ahmad
11 Comments
Setuju dengan pendapat Abam Kie. Kadang kesian tengok anak-anak balik sekolah berpanas dan penat. Kita kerja di pejabat syok je ada aircond
ReplyDeleteSetuju belaka apa yang Abam Kie tulis. Dari bau badan anak saya, dah tahu, memang peluh pi sekolah. Yang sekolah petang lagi la. Sian kita tengok. Pasal tandas pun betul, anak saya memang selalu tahan buang air masa kat sekolah. Sebagai ibubapa, tak pernah miss beri sumbangan PIBG bila anak minta. Harap keadaan cara kerja akan improve di masa depan.
ReplyDeleteJangan pandang mudah...
ReplyDeleteKita dah dia abad ke 21
ReplyDeleteMasalah prasana sekolah masih di takuk lama
pelajar2 dan guru2 yang menjadi mangsa
Pelbagai masalah prasarana yg memberi kemudahan pelajar di sekolah dipandang ringan n masalahnya berterusan
ReplyDeletekipas, tandas, mmg sedih la kalau kt sekolah rendah... yg sekolah menengah xpe jugak dh besar pandai je diorang ikhtiar tp bg anak² sekolah rendah mmg kalau difikirkan sgt xmo antar anak ke sekolah SK
ReplyDeletekecemerlangan murid kpm tuntut tapi kebajikan murid-murid kpm taknak jaga. hurrmm tak tahu nak cakap apa huhuhu
ReplyDeleteTeringat masa sekolah dedulu. Jangankan kipas. Paling sedih bila masuk tandas sekolah. Hancing perin bukan kepalang. Hu3.
ReplyDeletePengalaman saya hantar anak2 ke sekolah berbeza. Satu sekolah kerajaan sepenuhnya. Satu lagi sekolah jenis kebangsaan Cina. Bukan nak agung2kan SJK C, cuma nak bgtau kagumnya walaupun peruntukan dari kerajaan kurang berbanding dgn sekolah kerajaan, infra sekolah mereka jauh lebih baik. Meja kerusi takde yg usang / rosak, ada white board electronic dalam kelas senang cikgu bukak youtube utk tunjuk video pendidikan, dewan sekolah pun selesa, murid2 tak perlu duduk di lantai. Kita parents nak tumpang tandas sekolah pun tak geli nak masuk tandas sekolah mereka. Ibubapa kebanyakannya tak berkira nak sumbangkan duit sebab tau duit akan diuruskan pihak sekolah & PIBG dgn baik. Itu pendapat saya la.
ReplyDeletenak tak nak kena pakat ibu bapa demi keselesaan anak2.. tak payah le harap kementerian
ReplyDeleteKadang2 rasa berat sebelah pun ada abe kie. sekolah elit biasanya prasarana molek, high-end, tip top. tapi sekolah luar bandar ni, faham-faham jelah.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.